Al Jazeera English
Rencana ini perlu dikemas kini.(Mei 2020) |
Al Jazeera English (AJE) ialah saluran berita dan ehwal semasa bahasa Inggeris 24 jam yang beribu pejabat di Doha, Qatar, saluran pertama dan seumpamanya di dunia yang berpangkalan di Timur Tengah. Dari kedudukan unik tersebut, saluran berkenaan berazam untuk mengimbangi arus media perdana semasa dengan laporan dari dunia membangun ke barat dan dari benua selatan ke utara. Ia juga turut menyediakan ruang kepada suara yang tidak didengari, menggalakkan perbahasan dan mencabar bukti-bukti tanggapan umum.
Negara | Inggeris |
---|---|
Kawasan siaran | Antarabangsa |
Slogan | Setting The News Agenda |
Ibu pejabat | Pusat penyiaran: Doha, Kuala Lumpur, London and Washington D.C. |
Pemilikan | |
Pemilik | Al Jazeera |
Saluran kembar | Al Jazeera |
Sejarah | |
Dilancarkan | 15 November 2006; 17 tahun yang lalu |
Ditutup | 1 April 2022Kristal-Astro) (HD) | (
Ketersediaan | |
Terestrial | |
Triangle TV Auckland & Wellington | limited scheduled transmission on FTA UHF channels at certain hours |
Kabel | |
Buckeye CableSystem | Saluran 220 |
Cable TV | Saluran 34 |
Elisa | (digital tuner required) |
Global Destiny Cable | Saluran 41 |
KDG | Saluran 842 |
NOOS-UPC | Saluran 64 |
Satelit | |
AsiaSat 3S Asia/ME/Australia | 3760 H / 26000 / 7/8 |
Astra 1KR Eropah | 11508 V / 22000 / 5/6 |
Astro | Saluran 513 (HD) |
NJOI | Saluran 513 (HD) |
Indovision | Saluran 55 |
Badr C Afrika/ME | 3996 V (analogue signal) |
Canal Digitaal | Saluran 64 |
Canal Digital Scandinavia | Saluran 57 |
CanalSat | Saluran 331 |
Cyfrowy Polsat | Saluran 95 |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 602 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / Sooka |
Unifi TV | playTV@unifi |
YouTube | Watch live |
VDC | [1] (subscription) |
Dengan empat pusat penyiaran di Doha, Kuala Lumpur, London dan Washington DC serta jabatan biro berita antarabangsa di segenap penjuru dunia, Al Jazeera English bertekad untuk melaraskan agenda berita, merumpunkan budaya dan menyalurkan pandangan umum kepada lebih 1 bilion penonton televisyen berbahasa Inggeris.
Al Jazeera English menyiarkan rancangan terbitan umum seperti laporan dan analisis warta berita, rancangan umum ehwal semasa dan rencana, temuramah langsung, berita hiburan, laporan perniagaan dan sukan, melalui laporan yang objektif, tidak tepat
dan berat sebelah. Ia juga merupakan rangkaian televisyen definisi tinggi yang pertama di dunia.
Sejarah
suntingIdea penubuhan saluran berita bahasa Inggeris oleh Al Jazeera timbul pada sekitar tahun 2003 dengan matlamat menjadi sebuah saluran berita alternatif bagi mengimbangi arus media perdana semasa. Pada bulan Oktober 2005, syarikat induk Al Jazeera Satellite Network secara rasmi mengumumkan hasrat berkenaan dan 13 bulan kemudian, Al Jazeera English secara rasmi memulakan siaran tepat pada pukul 8 malam waktu Malaysia bersamaan 15 November 2006 kepada lebih 80 juta isi rumah seluruh dunia, sekali ganda lebih daripada sasaran awal saluran tersebut.
Dalam perancangan awal, saluran berkenaan bakal dikenali sebagai Al Jazeera International, tetapi ditukar kepada Al Jazeera English beberapa hari sebelum tarikh pelancaran rasmi. Ia juga sepatutnya memulakan siaran secara rasmi pada bulan Jun 2006 tetapi ditunda ke kemudian hari atas sebab kekurangan teknologi televisyen definasi tinggi pada waktu itu.
Operasi
suntingPusat penyiaran
sunting[Pusat Penyiaran Kuala Lumpur.]] Al Jazeera English beroperasi melalui empat pusat penyiaran di Doha, Kuala Lumpur, London dan Washington DC. Lokasi dan kedudukan pusat penyiaran tersebut dipilih mengikut konsep putaran bumi mengelilingi suria. Pusat Penyiaran Doha adalah pangkalan operasi utama Al Jazeera English dimana kebanyakkan rancangan siaran dan terbitan serta tenaga kerja saluran berkenaan tertumpu. Pusat Penyiaran Kuala Lumpur pula dipilih sebagai pusat operasi utama rantau Asia & Australasia diikuti dengan Pusat Penyiaran London, benua Eropah dan Pusat Penyiaran Washington DC, benua Amerika Utara & Selatan.
Dalam satu sesi temuramah bersama pengarah urusan Al Jazeera English, Nigel Parsons, beliau memberitahu para wartawan bahawa pemilihan Kuala Lumpur ke atas Hong Kong dan Singapura bagi pusat operasi serantau bukan berdasarkan kepada status negara islam Malaysia semata-mata, tetapi atas sebab sokongan dan kerjasama kerajaan Malaysia, kos yang kompetitif, hubungan kebudayaan dan politik antara dua negara (Qatar dan Malaysia) yang akrab, kemudahan dan prasarana yang baik serta sumber tenaga manusia yang berkebolehan [2]. Pusat Penyiaran Kuala Lumpur beroperasi dan terletak di tingkat 60, Menara 2, Menara Berkembar Petronas. Ia dirasmikan oleh perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi pada 16 Februari 2007.
Biro berita antarabangsa
suntingOperasi Al Jazeera English turut disokong oleh 20 jabatan biro berita antarabangsa saluran tersebut di serata dunia bagi mengumpul, menyedia dan melapor laporan dan analisis warta berita untuk siaran empat pusat penyiaran di Doha, Kuala Lumpur, London dan Washington DC. Al Jazeera English juga berkongi sumber dan tenaga manusia dengan lebih 40 jabatan biro berita saluran induk berkenaan, Al Jazeera. Mereka bercadang untuk mengembangkan lagi jabatan biro berita antarabangsa saluran berkenaan di masa hadapan.
Penerbitan
suntingFormat
suntingAl Jazeera English secara amnya menggunakan pendekatan format yang berbeza untuk setiap laporan warta berita dan rancangan umum siaran terbitan saluran tersebut. Pengurusan dan siaran beritanya beredar dari Kuala Lumpur ke Doha, London dan Washington DC mengikut konsep putaran bumi mengelilingi suria. Sama seperti kebanyakkan saluran berita 24 jam antarabangsa yang lain, laporan dan kemaskini berita disiar pada setiap 30 minit dan kemuncak jam.
Ramai pemerhati bebas bersetuju bahawa laporan warta berita Al Jazeera English lebih jelas, terperinci dan berkecuali. Laporan dan analisis warta berita saluran berkenaan lebih jelas melibatkan pandangan semua pihak dari setiap penjuru, satu perbezaan paling ketara berbanding dengan kebanyakkan media arus perdana yang lain. Al Jazeera English juga banyak memberi fokus kepada kawasan yang kurang diberi perhatian oleh media arus perdana. Antaranya laporan warta berita eksklusif krisis kemanusiaan di Darfur, Sudan serta laporan cetera dari Myanmar dan Korea Utara.
Rancangan
suntingSelain daripada laporan dan analisis warta berita, Al Jazeera English turut menyiarkan rancangan terbitan umum dalam format definisi tinggi seperti program ehwal semasa & rencana umum, temuramah & debat langsung, cetera, hiburan dan sukan, melalui laporan yang objektif, tepat dan tidak berat sebelah. Berikut adalah senarai beberapa rancangan semasa terbitan dan siaran Al Jazeera English.
Berita
sunting
|
|
|
|
|
Temuramah & debat
sunting
|
|
|
|
|
|
Rancangan & rencana umum
sunting
|
|
|
Internet
suntingAlJazeera.Net adalah laman sawang rasmi Al Jazeera English. Selain laporan berita, ia turut menyediakan maklumat dan informasi mengenai profil korporat, waktu siaran, rancangan terbitan, profil pemberita dan kenyataan akhbar. Laman tersebut menggunakan zon waktu Mekah sebagai rujukan kemaskini. AlJazeera.Net versi terkini dilancarkan serentak pada hari perasmian saluran berkenaan pada 15 November 2006.
Tenaga kerja
suntingTenaga kerja Al Jazeera English terdiri daripada individu-individu yang berpengalaman. Ramai diantara mereka adalah bekas tenaga kerja utama dari syarikat penyiaran dan agensi berita ternama seperti AFP, BBC, CNN, ITV dan Sky News. Al Jazeera English juga telah berjaya memikat ramai nama-nama besar dan tersohor dalam bidang penyiaran berita seperti David Frost, Rageh Omaar, Riz Khan, Teymoor Nabili dan Veronica Pedrosa.
Belakang tabir
suntingPENGARAH & TIMBALAN PENGARAH
Berikut adalah senarai tenaga kerja utama pengurusan Al Jazeera English.
- Pengarah Urusan: Nigel Parsons
- Timbalan Pengarah Urusan, Berita dan Perancangan: Ibrahim Helal
- Pengarah Berita dan Rancangan: Steve Clark
- Timbalan Pengarah Berita: Al Anstey
- Timbalan Pengarah Rancangan: Coleena Reid
- Pengarah Editor: Omar Bec
- Pengarah Reka Kreatif: Morgan Almeida
- Pengarah Komersil: Lindsey Oliver
- Pengarah Sumber Manusia: Wendy Fagan
- Pengarah Kejuruteraan: Colin Sherriff
KETUA EDITOR DAN KETUA BIRO BERITA
Berikut adalah senarai ketua editor dan ketua biro berita Al Jazeera English.
- Ketua Editor: Ahmad al-Sheikh
- Ketua Editor, Laman Sawang dan Media Baru: Russell Merryman
- Ketua Biro, Afrika: Andrew Simmons
- Ketua Biro, Kuala Lumpur: Trish Carter
- Ketua Biro, London: Sue Phillips
- Ketua Biro, Moscow: Olga Stukalova
- Ketua Biro, India: Anmol Saxena
- Ketua Biro, Washington D.C: Will Stebbins
Hadapan tabir
suntingBerikut adalah senarai tenaga kerja hadapan tabir Al Jazeera English.
Penyampai berita & wartawan lokasi
suntingAfrika
sunting- Wartawan lokasi:-
Amerika
sunting- Pusat penyiaran: Washington DC
- Penyampai/personaliti berita:
- Anand Naidoo
- Dave Marash
- Ghida Fakhry
- Kimberly Halkett
- Wartawan lokasi:
- PBB, New York: Mark Seddon
- Buenos Aires: Lucia Newman
- Caracas: Mariana Sanchez
- New York: Kristen Saloomey
- Washington D.C: Rob Reynolds dan Viviana Hurtado
Asia
sunting- Pusat penyiaran: Kuala Lumpur
- Penyampai/personaliti berita:
- Divya Gopalan
- Hamish MacDonald
- Laura Kyle
- Teymoor Nabili
- Veronica Pedrosa
- Wartawan lokasi
Eropah
sunting- Pusat penyiaran: London
- Penyampai/personaliti berita:
- Barbara Serra
- Felicity Barr
- Laurence Lee
- Nick Clark
- Stephen Cole
- Wartawan lokasi:
Timur Tengah
sunting- Pusat penyiaran: Doha
- Penyampai/personaliti berita:
- Darren Jordon
- David Foster
- Imran Garda
- Jane Dutton
- Julie MacDonald
- Kamahl Santamaria
- Lauren Taylor
- Maryam Nemazee
- Sami Zeidan
- Shiulie Ghosh
- So Rahman
- Wartawan lokasi:
- Timur Tengah: Rula Amin
- Baitulmaqdis: Jacky Rowland
- Beirut: Zeina Khodr
- Doha: Hashem Ahelbarra , Hoda Abdel-Hamid, James Bays, John Cookson dan Mike Hanna
- Gaza: Nour Odeh
- Ramallah: Walid Batrawi
- Penyampai & wartawan sukan:
- Andrew Richardson
- Brendan Connor
- Carrie Brown
- Dara McIntosh
- Joanna Gasiorowska
- Rahul Pathak
- Wayne Hay
- Penyampai laporan cuaca:
- Steff Gaulter
Pengacara rancangan
sunting- Shamim Chowdhury
- Ghida Fakhry (Asharq Al-Awsat, Lebanese Broadcasting Corporation)
- Steve Chao – 101 East
- Mehdi Hasan – The Café / UpFront:
- Sorious Samura – People & Power
- Jane Arraf (asalnya dari Christian Science Monitor) – Baghdad
- Steve Gaisford (Sky News, ITV, Channel 5)
- Dorothy Parvaz: Doha
- Phil Rees – (asalnya dari AJ.IU)
- Fred Weir (asalnya dari Christian Science Monitor) – Moscow
Penjenamaan
suntingBagi tujuan penjenamaan, Al Jazeera English telah melantik sebuah syarikat rekaan dan produksi terkemuka dari Manhattan, New York, uvphactory (UVPH) bagi tujuan tersebut. Hasilnya, tenaga kerja kreatif UVPH yang diketuai oleh Alexandre Moors dan Brian Welsh telah menghasilkan pakej grafik berita, 8 identiti animasi tiga dimensi (3D) 15 saat dan 30 identiti aksi langsung 15 saat untuk Al Jazeera English. Berikut adalah senarai tenaga kreatif UVPH yang terlibat dalam projek penjenamaan tersebut.
- Pengasas: Scott Sindorf dan Damijan Saccio
- Pengarah/Pengarah Kreatif: Alexandre Moors
- Penerbit Eksekutif: Brian Welsh
- Pereka:
- Alexandre Moors
- Bashir Hamid
- Colin Hess
- Ketua Animasi 3D:
- Scott Sindorf
- Bashir Hamid
- Animasi 3D: Ryan Bradley
- Pengatur Huruf:
- Bashir Hamid
- Shuyi Wu
- John Stanch
- Editor: Robert Lopuski
- Pengarah Fotografi: Brian O'Carroll
- Pengurus Produksi: Melissa Sarno
Identiti
suntingProgram perisian Adobe After Effects 7.0, Adobe Illustrator CS, Adobe Photoshop CS, Apple Final Cut Pro 5.0, Next Limit’s RealFlow fluid simulator, Softimage|XSI 5.1 dan Syflex Cloth Simulator menjadi pilihan para tenaga kreatif UVPH bagi menghasilkan projek penjenamaan tersebut. Berikut adalah hasil kerja UVPH untuk Al Jazeera English.
- Grafik berita utama
- UVPH menggunakan animasi 3D bagi grafik pembuka tirai berita Al Jazeera English. Menurut pengarah reka kreatif Al Jazeera English, Morgan Almeida, garis lurus pada rekaan grafik tersebut adalah jelmaan longitut bumi yang mewakili peredaran masa, selaras dengan matlamat dan konsep saluran tersebut bersiaran merentasi semua zon masa bumi. Berikut adalah urutan grafik pembuka tirai berita Al Jazeera English.
-
Urutan 01
-
Urutan 02
-
Urutan 03
-
Urutan 04
- Klip video contoh: Video 1
- Identiti animasi 3D
- Bagi penjenamaan identiti saluran berkenaan, UVPH telah menghasilkan 8 identiti animasi 3D 15 saat. Menurut pengarah kreatifnya, Alexandre Moors, rekaan tersebut mendapat ilham daripada kebudayaan masyarakat Arab seperti warna dan tekstur. Animasi logo dan logo adalah hasil reka cipta Bashir Hamid.
-
Identiti 3D 01
-
Identiti 3D 02
-
Identiti 3D 03
-
Identiti 3D 04
- Identiti aksi langsung
- Bagi menghasilkan 30 klip identiti aksi langsung 15 saat, UVPH telah menghantar sepasukan tenaga pakarnya ke Afrika Selatan bagi menjalani sesi pengambaran. Pemilihan Afrika Selatan dibuat berdasarkan kepada kepelbagian sumber semulajadi & ciptaan manusia, keindahan alam flora & fauna serta geografi dan lanskap menarik negara tersebut. Secara keseluruhannya pasukan UVPH telah meluangkan masa selama 35 jam di dalam helikopter merakam latar bandaraya Cape Town, Durban dan Johannesburg dari udara dengan menggunakan kamera definisi tinggi Panasonic Varicam. Selain Afrika Selatan, identiti aksi langsung turut dirakam di London, New York, Rom, Belanda, Kemboja dan beberapa bandaraya dan negara lain.
-
Identiti 01
-
Identiti 02
-
Identiti 03
-
Identiti 04
Capaian
suntingJumlah capaian antarabangsa Al Jazeera English dianggarkan pada sekitar 80 juta isi rumah. Ia kini merupakan antara tiga saluran berita 24 jam berbahasa Inggeris terbesar di dunia selepas BBC World dan CNN International.
Petikan
suntingBerikut adalah beberapa petikan menarik dari saluran Al Jazeera English.
- "Lakukan perkara yang betul, untuk tujuan yang benar. Dan itulah yang saya lihat Al Jazeera lakukan." - Josh Rushing, 2006, Al Jazeera English.
- "Saya dengar lebih banyak mengenai kebenaran, dan mendapat kebenaran dalam cerita saya, bandingkan dengan mengawal maklumat, seperti yang saya lakukan semasa menjadi jurucakap. - Josh Rushing, 2006, Al Jazeera English.
- "Kita akan melihat di semua kawasan yang diabaikan oleh media barat." - Dave Marash, 2006, Al Jazeera English.
- "Sekiranya ia (berita) wajar, ianya akan keudara, mahupun ia Bush ataupun Bin Laden." - Barbara Serra, 2006, Al Jazeera English.
Galeri
sunting-
Identiti 05
-
Identiti 06
-
Identiti 07
-
Identiti 08