Divisyen ke-11 India
Divisyen ke-11 Tentera British India (11 Divisyen India) adalah sebuah divisyen dalam Tentera British India yang menjadi sebagai daripada III Kor Tentera British India yang diperintah oleh Markas Gerakan Tanah Melayu (Malaya Command). Semasa Pertempuran Malaya 11 Divisyen India dipertanggungjawabkan dengan pertahanan sebelah utara Semenanjung Tanah Melayu, khususnya bahagian sempadan dengan Thailand.
Sejarah
sunting11 Divisyen India ditubuhkan pada 15 September 1940 di Kuala Lumpur dan menjadi Markas Pasukan Kawasan Utara (Force HQ Northern Area). Pada 12 Oktober 1940, pasukan ini dinamakan semula sebagai Divisyen ke-11 Infantri India dan Markas Pasukan Kawasan Utara. Pada 16 April 1941, pasukan ini sekali lagi diubahkan namanya menjadi Divisyen ke-11 Infantri India (nama Markas Pasukan Kawasan Utara digugurkan).
Untuk tempoh 15 September 1940 hingga 15 April 1941, 11 Divisyen India diletakkan di bawah perintah Markas Gerakan Tanah Melayu (Malaya Command) (Lt. Jen. A. E. Percival) tetapi mulai 16 April 1941 Divisyen ini diletakkan di bawah penguasaan III Kor India (Lt. Jen. Lewis Heath).
11 Divisyen India diperintah oleh Mejar Jeneral Murray-Lyon dari tarikh penubuhannya sehingga ia dipecat oleh Lt. Jen. Percival. Kepimpinan 11 Divisyen India kemudiannya dipangku oleh Brig. A.C.M. Paris sebelum diambil alih oleh Billy Key.
11 Divisyen menyerah diri kepada Tentera Jepun pada 15 Februari 1942 bersama-sama dengan 130,000 orang askar Komanwel apabila Jeneral Percival bersetuju menyerah diri tanpa syarat kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita.
11 Divisyen India terlibat dalam kempen selama 10 minggu untuk cuba menyekat kemaraan Tentera Jepun dari bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. 11 Divisyen adalah formasi tentera pertama bertempur dengan Tentera Jepun di Malaya apabila Jepun memulakan serangan pada 8 Disember 1941. 11 Divisyen mengalami kemalangan jiwa yang tinggi dalam Pertempuran Jitra, Pertempuran Gurun dan kemudiannya Pertempuran di Slim River.
Selepas pertempuran sengit semasa Pertempuran Muar, 11 Divisyen India terpaksa berundur ke Singapura dan bergabung dengan 9 Divisyen India. Briged ke-8 India dari divisyen ini bertempur hingga saat-saat terakhir sebelum kejatuhan Singapura.
Sebab Kekalahan Pertempuran Jitra
suntingSebab utama kekalahan adalah tentera India dan British dalam 11 Divisyen India tidak diberikan latihan mencukupi dalam peperangan hutan walaupun sudah lebih satu tahun ditubuhkan Mej. Jen. Murray-Lyon tidak menegaskan latihan mencuckupi untuk anggota-anggota pasukannya di dlama peperangan hutan.
Perancangan pertahanan yang disediakan oleh Murray-Lyon juga tidak menyeluruh. Kedudukan pertahanan 11 Divisyen terlalu lemah – garisan pertahanan hadapan pasukan ini merentasi kawasan sejauh 7 batu, dengan hanya menggunakan 2 briged. Satu batalion juga diletakkan secara terasing tanpa diberikan atau memberikan bantuan sesama. Dua batalion lagi ditempatkan di laur kawasan pertahanan tanpa diberikan pertahanan anti-kereta kebal. Langkah ini sungguh mencari nahas.
Sepatutnya Murray-Lyon membuatkan garisan pertahanan yang dimampatkan dan diaturkan dengan cara “in depth” dan pertahanan keliling. Sebaliknya terdapat ruang di antara garisan pertahanan 6 Briged dan 15 Briged yang membolehkan tentera Jepun menyusup masuk dan membelakangi pasukan pertahanan British.
Susunan Perang Pada 10 Disember 1941
sunting- Markas 11 Divisyen Infantri India – Sungai Petani
Mej. Jen. David Murray-Lyon
- 6 Briged Infantri India – Jitra
Brig. Jen. W. O. Lay
Batalion 1/8, Rejimen Punjab
Batalion Ke-2, Rejimen East Surrey
Batalion 2/16, Rejimen Punjab
- 15 Briged Infantri India - Jitra
Brig. Jen. K. A. Garrett
Batalion Pertama, Rejimen Leicestershire - Lt. Kol. Esmond Morrison Kemudiannya memerintah Battalion British)
Batalion 1/14, Rejimen Punjab - Lt. Kol. James Fitzpatrick (tercedera di Asun)
Batalion 2/9, Rejimen Jat
- 28 Briged Infantri India – Ipoh
Brig. Jen. W. St. John Carpendale
Batalion 2/1, King George V's Own Gurkha Rifles - Lt. Kol. Jack Fulton (Mati semasa menjadi tawanan perang)
Batalion 2/2, King George V's Own Gurkha Rifles
Batalion 2/9, King George V's Own Gurkha Rifles
Nota : 28 Briged pada asalnya adalah pasukan simpanan III Kor tetapi dipindahkan ke bawah perintah 11 Divisyen pada 8 Disember 1941.
- Krohcol (Kroh, Penang & Utara Malaya)
(Lt. Kol. H.D. Moorhead)
Batalion 3/16 Rejimen Punjab
Batalion 5/14 Rejimen Punjab
2/3 Kompeni Kenderaan Australia
- Unit Sokongan
Rejimen Ke-3 Kavalri India
Batalion Pertama Rejimen infantri Bahawalpur
Rejimen Medan Ke-137 Royal Artillery
Rejimen Medan 155 Regiment RA
Rejimen Gunung Ke-22 Rejimen Artileri India
80th Anti-Tank Regiment Royal Artillery
3 Kompeni Medan Askar Jurutera India
17 Kompeni Medan Askar Jurutera India
23 Kompeni Medan Askar Jurutera India
46 Kompeni Askar Jurutera India
43 Kompeni Askar Jurutera India
Pautan Luar
suntingRujukan
sunting- Colin Smith (2006). Singapore Burning. England: Penguin Books. ISBN 978-0-14-101036-6.