Disember 2009
Disember 2009 ialah bulan ke-12 untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Selasa dan berakhir selepas 31 hari pada hari Khamis. Ia merupakan bulan terakhir untuk dekad 2000-an.
Portal:Hal semasa
suntingBerikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 31 Disember - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa akhbar The Herald boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.
- 30 Disember - Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid meninggal dunia.
- 27 Disember - Penemuan makam seorang pemimpin zaman Tiga Kerajaan di China, Cao Cao (gambar potret) diumumkan.
- 24 Disember - Bekas Presiden Venezuela Rafael Caldera meninggal dunia.
- 18 Disember - Sukan Asia Tenggara 2009 berakhir dengan Thailand mendapat pingat emas terbanyak.
- 17 Disember - Penemuan planet luar suria GJ 1214 b yang jisim dan jejarinya selaras dengan ciri planet lautan diumumkan.
- 15 Disember - Kapal terbang penumpang berbadan lebar Boeing 787 Dreamliner (gambar), menjalankan penerbangan sulungnya.
- 7 Disember - Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibuka di Copenhagen, Denmark.
- 3 Disember - Teodoro Obiang Nguema Mbasogo (gambar) dipilih semula sebagai Presiden Guinea Khatulistiwa.
- 3 Disember - Pengebom berani mati membunuh 22 orang, termasuk tiga orang menteri Kerajaan Persekutuan Peralihan, di Mogadishu, Somalia.
- 2 Disember - Rwanda menjadi negara pertama diisytiharkan bebas periuk api di bawah Perjanjian Ottawa.
- 1 Disember - LIMA 2009 diadakan di pulau Langkawi.