Dinsman
Datuk Che Shamsudin bin Othman (atau dalam penulisan lebih dikenali dengan Dinsman) ialah seorang penulis[1], sasterawan dan budayawan di Malaysia[2]. Beliau dilahirkan di Kampung Raja, Jitra, Kedah, pada 20 Mei 1949. Beliau menerima pendidikan agama di Maktab Mahmud, Alor Setar, sebelum melanjutkan pengajian ke Kolej Islam, Petaling Jaya. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropolgi- Sosiologi) diperolehinya daripada Universiti Malaya, 1974.
Che Shamsudin Othman | |
---|---|
Lahir | Che Shamsudin bin Othman 20 Mei 1949 Kampung Raja, Kubang Pasu, Jitra, Kedah |
Nama pena | Dinsman |
Pekerjaan | pemuisi, pelakon drama, penggiat teater |
Warganegara | Malaysia |
Warganegara | Malaysia |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pergerakan sastera | "Seniman Paksi Rakyat" (Paksi) |
Anugerah | Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1976, 1983) Penglima Mahkota Wilayah - P.M.W. (2020) |
Saudara | Ahmad Lutfi Othman (adik) |
Beliau berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka dari tahun 1974 hingga 1979. Selain menulis drama, puisi, cerpen, dan esei budaya, Dinsman juga menulis buku politik dan menghasilkan dokumentari video (VCD). Melalui drama Bukan Bunuh Diri, Dinsman pernah menerima hadiah Pelakon Terbaik dan Pengarah Terbaik dalam Pertandingan Drama peringkat kebangsaan, anjuran Kementerian Kebudayaan, 1975.
Dinsman juga berjaya menggerakkan kumpulan teater dan melahirkan seniman tanah air seperti kumpulan Kopratasa[3]. Beliau turut menubuhkan gerakan sastera di bawah nama Seniman Paksi Rakyat (atau PAKSI) pada Jun 2008[4].
Hasil penulisan
suntingDrama
sunting- Protes (1972)
- Jebat (1973)
- Bukan Bunuh Diri (1974)
- Ana (1976)
- Di Pulau Sadandi (1977)
- Projek Izie (1982)
- Tamu Dari Medan Perang (2006) - drama terakhir yang dipentaskan
Buku drama
sunting- Bukan Bunuh Diri
- Tamu Dari Medan Perang
Buku puisi
sunting- Puisi Panjang Untuk Mahathir (1977)
- Macam Orang Gila (2001).
Buku politik
sunting- Gawat - Gagalnya Formula Mahathir (1998)
- 100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia (2008).
Dokumentari video
sunting- Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz (2001)
- A. Samad Said: Kehidupan Seorang Seniman Malaysia (2005)
- Wanita di Kelantan: Dihormati atau Didiskriminasi? (2008)
Skrip yang belum dipentaskan
sunting- Siapakah Takutkan Amerika (1996)
- Teater Nabi Yusuf (Teater dari Al-Quran) 2005
- Apocalipso (2008).
Anugerah dan penghargaan
suntingDarjah kebesaran
sunting- Wilayah Persekutuan
- Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) - Datuk (2020)[5]
Anugerah kesusasteraan
sunting- Pelakon Terbaik dalam Pertandingan Drama Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ("Jebat") (1973)
- Pelakon Terbaik dalam Pertandingan Drama Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ("Protes") (1974)
- Hadiah Sastera Perdana Malaysia ("Ana") (1976)
- Hadiah Sastera Perdana Malaysia ("Puisi Panjang Untuk Mahathir") (1983)
- Sarjana Persuratan (Kehormat) dari Universiti Utara Malaysia (2008)[3]
Rujukan
sunting- ^ Mengapa orang sastera mesti harapkan orang politik?
- ^ "Dinsman". Insider Archived. Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ a b BERNAMA (15 Oktober 2008). "Dinsman terima anugerah ijazah doktor kehormat". Dialog Rakyat. Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ "Mengenang Azizi bukan sekadar mengenang". Seniman Paksi. 14 Oktober 2011. Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ Semakan penerima darjah kebesaran