Hadiah Sastera Perdana Malaysia

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) atau pada awalnya dikenali dengan nama Hadiah Karya Sastera (HKS) merupakan cetusan ilham Tun Abdul Razak Hussein mantan Perdana Menteri Malaysia. [1]

Hadiah Sastera Perdana Malaysia
JenisAnugerah Sunting nilai ini di Wikidata
LokasiKuala Lumpur
NegaraMalaysia
Disampaikan olehDewan Bahasa dan Pustaka
Kali pertamasejak 1971
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hadiah Karya Sastera diperkenalkan pada tahun 1971 melalui Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Allahyarham YAB Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia ketika itu prihatin untuk meningkatkan mutu karya kesusasteraan negara dan sebagai memberikan galakan kepada setiap karya yang memenangi hadiah. Bagi melaksanakannya, sebuah panel telah ditubuhkan pada 24 Julai 1971, untuk menilai dan meneliti genre karya sastera dalam bentuk novel, cerita pendek, sajak (antologi dan stensilan) dan drama yang dipertontonkan kepada umum sepanjang tahun 1971. Panel terdiri daripada penulis, peneliti dan pengkaji Kesusasteraan Melayu, diketuai oleh YBhg. Tan Sri Ghazali Shafie sebagai pengerusi.

Pada awalnya, Hadiah Karya Sastera diadakan pada setiap tahun, iaitu dari tahun 1971 hingga 1976. Sebanyak 1,374 buah sajak, 294 buah cerpen, tujuh buah novel dan empat buah drama telah dinilai. Karya yang dinilai adalah karya yang memiliki ciri-ciri universal dan bertunjangkan nilai masyarakat Malaysia. Pengkategorian terbahagi kepada beberapa kategori seperti sajak, cerpen, antologi sajak, drama dua babak, novel dan penulisan esei/kritikan sastera. Anugerah pertama ini telah memberikan pengiktirafan kepada 30 orang penulis, antaranya, Ahmad Sarju (kategori puisi), Khadijah Hashim (kategori cerpen) dan Azizi Haji Abdullah (kategori novel).

Nama Hadiah Karya Sastera ditukar kepada Hadiah Sastera Malaysia dan dikekalkan sehingga tahun 1995. Pada tahun 1996 namanya ditukarkan kepada Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) dan kekal sehingga ke hari ini. Sejak 2012, ianya telah dilaksanakan secara tahunan atas cadangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan tujuan meningkatkan daya saing antara penulis untuk menghasilkan karya sastera dalam Bahasa Melayu yang bermutu tinggi.[2]


KATEGORI A: BUKU/KUMPULAN

sunting
  •  Menongkah Lumrah - Azmah Nordin (1996/1997)
  •  Armagedon Jilid 1: Mandala - Arena Wati (2004/2005)
  •  Bedar Sukma Bisu, DBP - Faisal Tehrani (2006/2007)
  •  Daun, DBP - Malim Ghozali PK (2008/2009)
  •  Baldatun Thoiyyibatun - Pelita Dalam Kaca (2010/2011)
  •  Penyeberang Sempadan, UP&D - Anwar Ridhwan (2012)
  •  Qalam Kalbu, ITBM - Sri Rahayu Mohd Yusop (2013)
  •  Nenek, ITBM – Razali Endut (2014)
  •  Bukan Orang-orang, ITBM - Hafizah Iszahanid (2015/2016)
  • Hari-hari Terakhir di Jesselton - Ruhaini Matdarin (2017/2018)<re>[1]</ref>

KUMPULAN CERPEN

sunting
  •  Terima Kasih Tuhanku – Baharuddin Kahar (1984/1985)
  •  Yuda, DBP – Zaen Kasturi (1992/1993)
  •  Merengkuh Langit, DBP – SM Zakir (1994/1995)
  •  Sang Tahanan - Abdullah Tahir (1996/1997)
  •  Mekar Sakura di Mimbar Cinta - Ilham Hamdani (2006/2007)
  •  Bayangan Silam, DBP - Osman Ayob (2008/2009)
  •  Serigala dan Sekuntum Tulib, DBP – SM Zakir (2010/2011)
  •  Selamat Datang ke Malaywood, ITBM - Roslan Jomel (2012)
  •  Hujan Hujung Januari, ITBM - Rebecca Ilham (2013)
  •  Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim, DBP – Malim Ghozali Pk (2014)
  •  Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Ginkgo, ITBM - Jasni Matlani (2015/2016)
  • Roden yang Cenderung untuk Bunuh Diri - Roslan Jomel (2017/2018)

KUMPULAN PUISI

sunting
  •  Petang Condong – T. Alias Taib (1996/1997)
  •  Mim, DBP – Kemala (1998/1999)
  •  Membentuk Elok di Teluk Esok, DBP - Zainal Abidin Suhaili (2000/2001)
  •  Bahasa Senjata, DPMP - Sahrunizam Abdul Talib (2002/2003)
  •  Salju Shibuya - Muhammad Haji Salleh (2004/2005)
  •  Kristal di Laut Bulan, DBP - Siti Zaleha Hashim (2006/2007)
  •  Khazanah Segala Rimba, DBP – Marzuki Ali (2010/2011)
  •  Alien Menchari Chinta, ITBM – Ramzah Dambul (2012)
  •  77 Tuju (Siri Ingatan kepada Kawan), ITBM – Zaen Kasturi (2015/2016)
  •  Sepasang Sayap di Bahu, Kata-pilar – Muzaf Ahmad (2017/2018)

KUMPULAN DRAMA

sunting
  •  Saya dari Tanjung Penaga, DBP - Marzuki Ali (2015/2016)

KATEGORI KANAK-KANAK

sunting
  •  Anak-anak Bertuah - Ismail Restu (1996/1997)
  •  Memori Atiah – Awang Abdullah (2002/2003)
  •  Azrul Wira Anak Laut – Hassan Omar (2006/2007)
  •  Umairah dan Kuda Putih - Kusyi Hirdan (2008/2009)
  •  Beruk, amen kreatif – Azizi Hj Abdullah (2010/2011)
  •  Suteki Da Ne Aleena, ITBM – Mass Ruhaiza Ali (2013)
  •  …rahsia Dhia!, DBP – Zainun Mustapha (2014)
  •  Iqbal Membina Jaya, DBP – Radzemah Bolhassan (2015/2016)

KUMPULAN CERPEN

sunting
  •  Si Kecil Berhati Mulia, DBP - Ghazali Ngah Azia (1996/1997)
  •  Impian Kami - Halis Azhan Mohd. Hanafiah (2002/2003)
  •  Lukisan Lisa untuk Ibu, Ana Muslim - Que Lyana Shuhaimi (2012)
  •  E-mel dari Shinjuku, DBP – Ariff Mohamad (2013)
  •  Anak wawasan, DBP – Muhammad Irfan Nyia Abdullah (2015/2016)

KUMPULAN PUISI

sunting
  •  Dari Jendela Terbuka: Sejambak Puisi Kanak-kanak – Anis (2008/2009)
  •  Pantun dan Syair, DBP - Muda@Daud bin Yusof (2010/2011)
  •  Bijak Si Katak Bijak, ITBM - Siti Zainon Ismail (2012)
  •  Pesanan Pendeta, ITBM – Mahaya Mohd Yassin (2013)
  •  Sakura, DBP – Mahaya Mohd Yassin (2014)
  •  Tekukur di Ranting, K’ Publishing – Khadijah Hashim (2015/2016)

KUMPULAN DRAMA

sunting
  •  Mimpi Laila, ITBM - Amelia Hashim (2013)
  •  Bangau Oh Bangau, DBP – Azmizi Zakaria (2015/2016)

BUKU BERGAMBAR

sunting
  •  Di Mana Sebelah Lagi, Cerdik Publicatian - Razisatul Asyifah Ismail (2014)
  •  Tapir dengan Kotak Ajaib, DBP – Mohd Norazmi Mohd Mokhtar (2015/2016)

KATEGORI REMAJA

sunting
  •  Tanah Ini, UP&D - Gunawan Mahmood (1996/1997)
  •  Bukan Legasi Lalang, UP&D – Sri Rahayu Mohd Yusop (2000/2001)
  •  Trilogi Cinta, UP&D - Siti Jasmina Ibrahim (2002/2003)
  •  Adam, DBP – Baharudin Kahar (2004/2005)
  •  Manikam Kalbu, DBP – Faisal Tehrani (2006/2007)
  •  Bimasakti Menari, UP&D - Sri Rahayu Mohd Yusop (2010/2011)
  •  Ke Pulau Sebatik 1, ITBM - Nur Mustika (2012)
  •  Sepetang di Kafe Biblioholic, JS adiwarna – Ainunl Muaiyanah Sulaiman (2013)
  •  Gerbang Raudhah, DBP – Rohaidah Yon (2014)
  •  Empunya Kalbu, UP&D – Sri Rahayu Mohd Yusop (2015/2016)

KUMPULAN CERPEN

sunting
  •  Warna-Warna Pelangi Timur, DBP - Shahriza Abdul Rahman (1996/1997)
  •  Kasih Seputih Kemboja, DBP – Azmah Nordin (2000/2001)
  •  Gamitan Lausanne - Baharudin A. Manan (2002/2003)
  •  Inspirasi Cinta, ITBM – Rozninah Abd Azib (2012)
  •  Tetamu Istimewa, ITBM – Mohd Helmi Ahmad (2014)
  •  Obsesi Cintamu, Zulaikha, ITBM – Nazri Hussein (2015/2016)

KUMPULAN PUISI

sunting
  •  Aku Hanya Mahu ke Seberang, Pekan Ilmu – Hashim Yaacob (2000/2001)
  •  Memetik Mawar - Lim Swee Tin (2002/2003)
  •  Umpama Mutiara, DBP - Nawawee Mohammad (2008/2009)
  •  Mimpi Kotaku, ITBM – Hilmi Rindu (2014)
  •  Madu di Tangan, ITBM – Mohd Helmi Ahmad (2015/2016)

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting