Cao Wei
Wei atau Cao Wei (Hanzi: 曹魏) (220 - 265) adalah salah satu daripada tiga rejim yang bersaing untuk menguasai China semasa Zaman Tiga Kerajaan. Dinasti itu diasaskan oleh Cáo Cāo yang menjadi ketua tentera yang paling kuat di utara dan tengah China. Selepas tahun 213, kawasan pemerintahan feudalnya dinamai Wèi.
Cao Wei (曹魏) 魏 | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
10 Disember 220–4 Februari 265 (44 tahun, 56 hari) | |||||||||
Ibu negara | Luoyang | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Cina | ||||||||
Agama | Taoisme, Konfucianisme, Agama rakyat China | ||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||
Maharaja | |||||||||
• 220 - 226 | Cao Pi | ||||||||
• 226 - 239 | Cao Rui | ||||||||
• 239 - 254 | Cao Fang | ||||||||
• 254 - 260 | Cao Mao | ||||||||
• 260 - 265 | Cao Huan | ||||||||
Era Sejarah | Tiga Kerajaan | ||||||||
10 Disember 220 | |||||||||
• Pelepasan takhta kepada Dinasti Jin | 4 Februari 265 (44 tahun, 56 hari) | ||||||||
Populasi | |||||||||
• | 40,000,000 | ||||||||
Mata wang | Syiling China, Wang kertas China | ||||||||
|
Ahli-ahli sejarah sering membubuh awalan Cáo (daripada nama keluarga Cáo Cāo) kepada Wèi untuk membezakannya daripada negeri-negeri lain di sejarah China yang juga dikenali sebagai Wèi, umpamanya Negeri Wèi semasa Zaman Negeri-Negeri Berperang, serta kemudiannya Wèi Utara. Pada tahun 220, apabila Cao Pi, anak lelaki Cáo Cāo menggulingkan maharaja terakhir Dinasti Han, Wèi menjadi nama dinasti baru yang diasaskannya.
Sejarah
suntingSemasa kemerosotan Dinasti Han, bahagian utara China dikuasai oleh Cáo Cāo (wg: Ts'ao Ts'ao), Urus Setia Empayar keapda maharaja Han yang terakhir (sila lihat Penyatuan China utara). Pada tahun 213, Cáo Cāo digelar Wei Gong (Duke Wèi) dan diberikan sepuluh buah kota sebagai kawasan kekuasaanya yang dinamai "Negeri Wèi". Ketika itu, bahagian selatan China telahpun dibahagikan kepada dua buah kawasan yang dikuasai oleh dua orang hulubalang (kemudian Kemaharajaan Shu dan Kemaharajaan Wu). Pada tahun 216, Cao Cao dinaikkan pangkat menjadi Wèi Wang (Putera/Raja Wèi).
Cao Cao meninggal dunia pada tahun 220 dan anak lelakinya, Cao Pi, mewarisi gelaran Wèi Wang serta jawatan Urus Setia Empayar bapanya. Pada tahun yang sama itu, Cao Pi merampas takhta dan mengasaskan Dinasti Wèi, dengan ibu kotanya di Loyang. Bagaimanapun, takhtanya dipertikaikan dengan serta merta oleh Liu Bei dari Shu Han, diikut turut oleh Sun Quan dari Wu Timur pada tahun 222.
Wèi menewaskan Shu Han pada tahun 263, tetapi tidak lama kemudian pada tahun 265, Dinasti Wèi digulingkan oleh Sima Yan, cucu kepada Sima Yi serta juga Urus Setia Empayar Wèi yang terakhir. Sima Yan kemudian mengasaskan Dinasti Jin. Pada keseluruhannya, terdapat lima raja Dinasti Wèi.
Ibu kota Wèi ialah Luoyang.
Tokoh-tokoh utama Cao Wèi
sunting
Nama selepas kematian | Nama keluarga (dalam huruf tebal) dan nama Cina | Tempoh pemerintahan | Nama zaman dan tempohnya |
---|---|---|---|
Kelaziman Cina: Nama keluarga serta nama pertama, dan agak kurang biasa, "Wèi" + nama selepas kematian + "di" | |||
Maharaja Wen dari Wei China, 文, py. wén | Cao Pi, 曹丕, py. cáo pī | 220-226 | Huangchu (黃初 huang2 chu1) 220-226 |
Maharaja Ming dari Wei China, 明 py. míng | Cao Rui, 曹叡, py. cáo rùi | 226-239 | Taihe (太和 tài hé) 227-233 Qinglong (青龍 qīng lóng) 233-237 |
Shao (少 py. shao4) atau raja Qi dari Wei China, 齊王, py. qí wáng | Cao Fang, 曹芳, py. cáo fāng | 239-254 | Zhengshi (正始 zhèng shĭ) 240-249 |
Gaoguixiang Gong dari Wei China, 高貴鄉公, py. gāo gùi xīang gōng | Cao Mao, 曹髦, py. cáo máo | 254-260 | Zhengyuan (正元 zhèng yúan) 254-256 |
Maharaja Yuan dari Wei China, 元, py. yúan | Cao Huan, 曹奐, py. cáo hùan | 260-265 | Jingyuan (景元 jĭng yúan) 260-264 |
Pautan luar
sunting- Edisi Bo Yang bagi Zizhi Tongjian oleh Sima Guang. 柏楊版資治通鑑