Wangsa Capet

(Dilencongkan daripada Dinasti Capet)

Wangsa Capet (Les Capétiens), Dinasti Capet atau Kerabat diraja Perancis adalah sebuah dinasti keturunan orang Frank yang telah diasaskan oleh Hugues Capet. Ia antara kerabat diraja yang terbesar yang tertua di Eropah dan dunia, yang mana terdiri dari jurai anggota lelaki yang berketurunan Hugh Capet. Waris tertua memerintah Perancis sebagai dengan nama Kerabat Capet yang mana bermula dari pemilihan Hugh Capet pada tahun 987 sehingga kematian Charles IV pada tahun 1328. Ia kemudian digantikan dengan cabang-cabang kadet, iaitu Kerabat Valois dan Bourbon, yang mana memerintah sehingga Revolusi Perancis.

Dinasti Capet

Armorial Capet
NegaraPerancis
Kerabat utamaDinasti Robert
Gelaran
Diasaskan987
PengasasHugh Capet
Ketua terkiniDipertikaikan
Cabang kadetLihat di bawah

Dinasti ini telah memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Perancis. Awalnya, kekuasaan mereka hanya terhad sekitar tanahair orang-orang Franks, Île-de-France, tetapi kemudian raja-raja Capet perlahan-lahan mula meluaskan kuasa dan pengaruh mereka sehingga mencakupi keseluruhan kerajaan. Bagi naratif yang lebih terperinci akan perkembangan kuasa diraja Perancis, lihat Tanah Takhta Perancis.

Anggota-anggota dinasti ini secara tradisinya merupakan penganut Katolik Kristian. Hampir kesemua anggota Capet bersekutu dengan Gereja. Orang-orang Perancis juga merupakan peserta perang-perang Salib yang paling aktif, yang mana menghasilkan satu siri raja-raja Salib seramai lima orang iaitu – Louis VII, Philip Augustus, Louis VIII, Saint Louis, dan Philip III. Persekutuan dinasti Capet dengan paus mengalami pukulan hebat selepas malapetaka dalam Perang Salib Aragon. Anak lelaki dan penganti bagi Philip III, Philip IV, telah memalukan seorang paus dan meletakkan paus di bawah kawalan Perancis. Dinasti Valois yang kemudiannya, bermula dengan Francis I, tidak mengendahkan perbezaan agama dan bersekutu dengan Sultan Uthmaniyah untuk melawan perluasan kuasa Empayar Suci Rom. Henrii IV adalah seorang Protestant semasa ditabalkan, tetapi sedar akan keperluan untuk menukar mazhab beliau selepas empat tahun berlakunya perang keagamaan.

Para anggota keluarga Capet umumnya menikmati hubungan kekeluargaan yang harmoni. Mengikut tradisi, anak-anak lelaki dan adik beradik lelaki kepada Raja Perancis akan diberikan wilayah untuk mengekalkan pangkat mereka dan menjauhkan mereka daripada menuntut takhta kerajaan Perancis. apabila cabang-cabang kadet Capet ingin menjadi raja, cita-cita mereka bukan ditumpukan pada takhta Perancis tetapi takhta-takhta kerajaan beraja asing. Dengan ini, anggota dinasti Capet merebak dengan luas di seluruh Eropah.

Pada zaman moden, kedua-dua Raja Felipe VI dari Sepanyol dan Grand Duke Henri dari Luxembourg adalah anggota dalam kerabat ini, yang mana berasal dari jurai keturunan dinasti dinasti Bourbon. Bersama-sama dengan Kerabat Habsburg, ia menjadi salah satu daripada dua buah keluarga diraja yang paling berpengaruh di Eropah, menguasai politik Eropah selama lima kuru.n.

Daftar raja-raja Perancis dari Wangsa Kapetia

sunting

Pada tahun 1328 wangsa ini tidak mempunyai keturunan lelaki sama sekali, dan peraturan Salik melarang penguasa wanita. Kerana demikian maka rekan-rekan kerajaan melantik raja baru, Philippe dari Valois, anak buah Philippe IV, dan menandai dimulainya Wangsa Valois.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Bacaan lanjut

sunting
  • Ingmar Krause: Konflikt und Ritual im Herrschaftsbereich der frühen Capetinger – Untersuchungen zur Darstellung und Funktion symbolischen Verhaltens. Rhema-Verlag, Münster 2006, ISBN 978-3-930454-62-4
  • Fawtier, Robert. The Capetian Kings of France: Monarchy & Nation (987–1328). Macmillan, 1960. (translated from French edition of 1941)
  • Hallam, Elizabeth M. Capetian France 987–1328. Longman, 1980.
  • Le Hête, Thierry. Les Capetiens: Le Livre du Millenaire. Editions Christian, 1987.

Pautan luar

sunting
  • Marek, Miroslav. "Genealogies of the Capetian dynasty from Genealogy.eu". Genealogy.EU. External link in |publisher= (bantuan)