Di Ambang Pintu Kasih
Di Ambang Pintu Kasih ialah album studio pertama Ramlah Ram bersama label BMG setelah menamatkan kontrak beliau bersama Nawab Production, yang dipasarkan 16 Disember 1992, hanya beberapa bulan sebelum album Nadi Cinta. Album ini memuatkan lagu hit yang sama tajuknya dan Madah Dan Kerenah. Melalui album ini, Ramlah mendapat pencalonan akhir (top 5) untuk anugerah Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) di Anugerah Industri Muzik 1993. Bagaimanapun, memandangkan album Di Ambang Pintu Kasih bersaing dengan sebuah lagi album terbitan Nawab Production iaitu Nadi Cinta, sambutan penjualannya agak perlahan namun tetap mendapat anugerah Gold Disc iaitu terjual melebihi 25,000 unit.
Di Ambang Pintu Kasih | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 16 Disember 1992 | |||
Dirakamkan pada | 1992 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | BMG | |||
Penerbit | M. Nasir Fauzi Marzuki Saari Amri | |||
Kronologi Ramlah Ram | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Senarai runut
sunting- Di Ambang Pintu Kasih (Hidayat)
- Cinto Badarai (M Nasir / Keon)
- Curang (Saari Amri)
- Aku Tetap Aku (Zuraini Khalid / Nanee)
- Tinggal Kata-kata (Zuriani Khalid / Nanee)
- Cinta Nan Satu (Fauzi Marzuki / Habsah Hassan)
- Berikanlah Cahaya-Mu (Rosli Ali)
- Kenangan Dalam Realiti (M Nasir / Azam Dungun)
- Pintu Cintaku Selalu Terbuka (M Nasir / Juwie)
- Madah Dan Karenah (M Nasir / S Amin Shahab)
Pencalonan
sunting- Anugerah Industri Muzik (1993)
- Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita)
Pautan luar
sunting- RAMLAH RAM - ALBUM SELEPAS ERA AHMAD NAWAB Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine, 1 Julai 2007. Dicapai pada 6 Januari 2010.