Hapi (dewa)
Hapi (bahasa Mesir: ḥꜥpj) merupakan dewa banjir tahunan sungai Nil dalam agama Mesir purba. Banjir membawa mendapan yang menyuburkan tanah di tebing sungai, membolehkan orang Mesir bercucuk tanam.[1] Hapi amat disambuti oleh orang Mesir. Antara gelaran Hapi ialah "Dewa Ikan dan Burung Rawa" dan "Tuhan Sungai yang Membawa Tumbuhan"
Hapi | |||||
---|---|---|---|---|---|
Nama dalam hieroglif |
| ||||
Pusat kultus utama | Elephantine | ||||
Simbol | Teratai | ||||
Pasangan | Meret (sesetengah laporan) |
Mitologi
suntingBanjir tahunan Sungai Nil kadangkala dikatakan sebagai Ketibaan Hapi.[1] Kerana banjir ini memberikan tanah yang subur di padang pasir, Hapi melambangkan kesuburan. Dia mempunyai payudara wanita yang besar kerana dia dikatakan membawa hasil tuaian yang kaya dan berkhasiat. Oleh sebab kesuburannya, kadang-kadang dia dianggap sebagai "bapa para dewa",[1] dan dianggap sebagai bapa penyayang yang membantu mengekalkan keseimbangan kosmos, dunia atau alam semesta dalam sistem yang teratur dan harmoni.[1] Dia dikatakan tinggal di dalam gua di sumber sungai Nil berhampiran Aswan.[2] Kultus Hapi yang utama terletak di Riam Pertama bernama Elephantine. Pendeta-pendetanya membuat upacara untuk memastikan tahap aliran yang stabil yang diperlukan dengan banjir tahunan. Di Elephantine nilometer rasmi, alat pengukur paras air, dipantau dengan teliti untuk meramalkan tahap banjir, dan para pendetanya tentu amat tekun memerhatikannya.
Hapi tidak dianggap sebagai tuhan Sungai Nil tetapi kejadian banjirnya.[3] Dia juga dianggap "teman Geb", dewa bumi Mesir, dan "raja Neper", dewa bijian.[4]
Gambaran
suntingWalaupun lelaki dan memakai janggut palsu, Hapi digambarkan dengan payudara geleber dan perut yang besar, melambangkan kesuburan Nil. Dia juga sering mempunyai kulit biru[5] atau hijau, warna air. Sifat lainnya berbeza-beza, bergantung pada wilayah Mesir di mana gambarannya dihasilkan. Di Mesir Hilir, dia dihiasi dengan tumbuhan papirus dan dihadiri oleh katak, yang terdapat di wilayah itu, dan simbol-simbolnya. Di Mesir Hulu pula, terdapat lebih banyak teratai dan buaya di Sungai Nil, jadi inilah menjadi simbol wilayah itu dan apa-apa yang berkait dengan Hapi di sana. Hapi sering digambarkan membawa persembahan makanan atau menuang air dari bekas tembikar, tetapi jarangnya dia digambarkan sebagai badak air. Semasa Dinasti Kesembilan Belas, Hapi sering digambarkan sebagai kembar, masing-masing memegang dan mengikat bersama-sama batang panjang dua tumbuhan yang mewakili Mesir Hulu dan Hilir, secara simbolik mengikat kedua-dua negeri di sekeliling hieroglif yang bermaksud "kesatuan".[5] Lambang simbolik ini sering diukir di dasar patung firaun yang bertakhta.[5] Ahli sejarah Mesir, Al Maqrizi (1364–1442), menceritakan dalam "El Khutat El Maqrizia" (Rencana Maqrizian) beliau bahawa anak dara dikorbankan hidup-hidup setiap tahun sebagai "pengantin Nil" ("Arous El Nil") dan ini telah diterima dalam sejarah selewat-lewatnya pada tahun 1970-an,[6] tetapi dakwaan ini disangkal oleh sesetengah ahli beberapa pakar Mesir seperti Bassam El Shammaa.[7]
Galeri
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hapi |
Rujukan
sunting- ^ a b c d Wilkinson, hlm. 106
- ^ Wilkinson, p.108
- ^ Wilkinson, p.105
- ^ Wilkinson, p.117
- ^ a b c Wilkinson, p.107
- ^ Desmond Stewart, Wonders of Man The Pyramids and the Sphinx pg.99
- ^ "The Nile Bride sacrifice is a big myth, says Egyptologist". Masress.
Nukilan
- Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-05120-7.