Deal or No Deal Malaysia
Versi bahasa Inggeris Deal or No Deal Malaysia ialah rancangan permainan yang disiarkan di ntv7. Hadiah terkecil ialah RM 0.10, sementara hadiah utamanya ialah RM 100,000. Versi bahasa Inggeris mula ditayangkan pada 3 November 2007, diacarakan oleh Aanont Wathanasin. Corak permainannya sama dengan versi Cina yang mula disiarkan sebelum ini.
Deal or No Deal Malaysia | |
---|---|
Format | Rancangan permainan |
Pencipta | John de Mol |
Dibintangi oleh | Aanont Wathanasin |
Negara asal | Malaysia |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 1 jam per episod |
Penyiaran | |
Saluran asal | ntv7 |
Siaran asal | 3 November 2007 – kini |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Permainan
suntingDi setiap episod, enam orang peserta diajukan soalan-soalan pengetahuan am yang perlu dijawab mereka dengan tepat sebanyak dua kali agar dapat memasuki permainan utama. Peserta boleh membunyikan pembaz jika merasa tahu jawapannya sebelum pengacara selesai membacakan pilihan jawapan. Satu jawapan salah sahaja boleh menyebabkan peserta tersingkir.
Peserta yang menjawab dua soalan dengan tepat layak ke permainan utama. Selepas pengacara menanyakan tujuan peserta itu hendak meraih wang, munculnya papan wang dan 26 orang gadis Revlon, setiap seorang memegang peti yang membawa nilai wang. Peserta memilih sebuah peti dengan menaruh harapan agar peti itu membawa nilai tertinggi.
Selepas itu, peserta diminta memilih peti-peti yang tinggal untuk disingkirkan, kali ini dengan harapan mengandungi nilai terendah kerana nilai peti-peti yang disingkirkan itu sememangnya bukan dalam peti yang diambil peserta. Setelah selesai menyingkirkan peti-peti, pengacara menerima panggilan telefon dari "jurubank" misteri yang hendak peserta itu meninggalkan permainan dengan jumlah wang terendah yang boleh. Jurubank itu meluahkan komen mengenai pemain dan menyebut tawarannya kepada pengacara lalu pengacara mengumumkan tawaran itu kepada pemain.
Di sinilah pemain perlu memilih sama ada untuk menjual peti itu dan apa-apa nilai terkandung dalamnya sekali kepada jurubank, sekaligus menerima tawaran bank (dengan menekan butang di atas panel) atau menolak tawaran dan buka peti-peti lain (bilangan peti yang dibuka berkurangan sambil permainan berlarutan) (dengan menutup penutup butang), itupun selepas ditanya "Deal or No Deal?" oleh pengacara. Nilai-nilai yang disingkirkan dari papan wang mempengaruhi tawaran jurubank; jika nilai-nilai yang terendah dibuka, tawaran boleh meningkat; begitu juga, jika nilai-nilai yang tertinggi dibuka, tawaran boleh jatuh.
Pada awal permainan, pemain diminta memperkenalkan beberapa kenalan yang dijemputnya yang duduk di tepi. Mereka boleh membantu pemain dengan memberi nasihat mengani langkah mana yang harus diambil dan peti mana yang harus disingkirkan.
Permainan juga diserikan tepukan dan sorakan penonton di studio yang kedengaran terutamanya apabila nilai peti terendah dibuka dan menyorak "No Deal!" (atau "Deal!" jika penonton mendapati risikonya terlalu besar) apabila pemain mendengar tawaran jurubank.
Aapbila pemain akhirnya memutuskan untuk menerima tawaran jurubank atau menolak tawaran terakhir apabila tinggal dua peti yang belum dibuka, pemain itu diajukan satu soalan yang mana pengacara hanya memberikan bayangan dan orang-orang yang duduk di tepi boleh membantu dalam masa yang singkat sebelum pengacara mendesak pemain menjawab. Penonton dilarang membantu pemain walau apa cara pun pada masa ini. Jika peserta menjawab dengan betul, maka dia menang nilai penuh, jika tidak hanya 20% daripadanya boleh dibawa pulang.
Pada masa inilah, jika pemain menerima tawaran jurubank (apabila tiga atau lebih peti belum dibuka), dia diberi senario andaikan dia tidak menerima tawaran lalu membuka peti lagi, pemain memilih sebuah peti, kali ini mengharapkan nilai tinggi dibuka (kerana nilai tinggi yang tersingkir dari papan wang menyebabkan nilai tawaran jatuh) disusuli nilai yang mungkin ditawarkan oleh jurubank. Apabila tinggal dua buah peti sahaja, pemain memilih sama ada membuka peti yang masih dipegang gadis atau yang dipagang dirinya (iaitu nilai dalam peti itulah yang dibawa balik). Nilai dalam kedua-dua peti pasti didedahkan dan permainan tamat.
Nilai dalam peti
sunting
|
|
Statisitk
sunting- Pemenang RM100,000: Timothy Shim (disiarkan 2 Mac 2008)[1]
- Pemenang pertama RM 0.10: (disiarkan 23 Februari 2008)
- Pemenang kedua RM 0.10: (disiarkan 7 Februari 2009)
- Peratus terima tawaran terbaik dijual pada RM 50,100 untuk RM 0.10 atau 501,000 % disiarkan pada 19 April 2007
- Tawaran terendah : RM 0.20 pada 7 Februari 2009
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Azhariah Kamin (2008-03-04). "Winning Big". The Star. Dicapai pada 2008-03-04.