Darjah kebesaran negeri Perak

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan daripada Darjah Kebesaran Negeri Perak)

Darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Perak Darul Ridzuan merupakan antara darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak pada setiap tahun kepada rakyat-rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang telah banyak berjasa kepada Paduka Seri Sultan, masyarakat dan Negeri Perak itu sendiri.[1]

Pengurniaan darjah kebesaran negeri diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebagai istana rasmi Sultan Perak untuk menganugerahkan anugerah darjah kebesaran tertinggi mahupun anugerah-anugerah lain negeri.

Senarai

sunting

Kumpulan I : Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati

Kumpulan II : Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Dihormati

Kumpulan III : Darjah Kerabat Azlanii Yang Amat Dihormati

  • Pangkat Pertama Darjah Kerabat Azlanii (DKA I)
  • Pangkat Kedua Darjah Kerabat Azlanii (DKA II)

Kumpulan IV : Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia

Kumpulan V : Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Nazrin Shah Perak Yang Amat Mulia

Kumpulan VI : Darjah Yang Amat Mulia Paduka Cura Si Manja Kini

Kumpulan VII : Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak

Kumpulan VIII : Darjah Yang Amat Mulia Panglima Taming Sari

Kumpulan IX : Pingat-pingat negeri

Anugerah khas

sunting
  1. Darjah Dato' Seri Azlanii (DSA) -- Dato' Seri

Anugerah yang telah dihentikan

sunting

Susunan keutamaan

sunting

Berikut merupakan susunan keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat negeri Perak[2][3]

  1. Darjah Kerabat (DK)
  2. Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah (DKSA)
  3. Darjah Kerabat Azlanii (DKA I)
  4. Darjah Kerabat Azlanii (DKA II)
  5. Darjah Paduka Sultan Azlan Shah (SPSA) -- Dato' Seri Diraja
  6. Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) -- Dato' Seri Diraja
  7. Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) -- Dato' Seri Panglima
  8. Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) -- Dato' Seri
  9. Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) -- Dato' Seri
  10. Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) -- Dato' Pahlawan
  11. Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) -- Dato'
  12. Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) -- Dato'
  13. Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)
  14. Paduka Mahkota Perak (PMP)
  15. Darjah Ahli Perwira Taming Sari (PTS)
  16. Paduka Mahkota Perak (PMP)
  17. Ahli Cura Si Manja Kini (ACM)
  18. Ahli Mahkota Perak (AMP)
  19. Hulubalang Taming Sari (HTS)
  20. Kesatria Taming Sari (KTS)
  21. Perajurit Taming Sari (ATS)
  22. Pingat Keberanian Handal (PKH)
  23. Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
  24. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
  25. Pingat Lama Perkhidmatan (PLP)
  26. Jaksa Pendamai (JP)

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting