Pingat Pekerti Terpilih

Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) merupakan salah satu dari Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan yang telah diluluskan oleh Dewan Negara Negeri Perak.[1]

Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah melakukan dalam Negeri Perak, satu perbuatan atau perbuatan-perbuatan yang bersifat kelakuan yang cemerlang dan berani. Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Sokongan ke atas dan dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera dan Polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Leftenan Muda (Tentera Darat, Laut dan Udara) dan Inspektor di dalam Pasukan Polis.[2]

Pautan luar

sunting