Laurus nobilis atau juga dikenali dengan nama lazimnya dafnah[2] (pinjaman Arab: دفنة, rumi: dafnah) mahupun laurel[3] (disebut [lau.rĕl]) ialah sejenis spesies tumbuhan malar hijau dalam keluarga berbunga Lauraceae. Ia bertaburan asal di kawasan Mediterranean di selatan benua Eropah.

Laurus nobilis
Pucuk daun dan putik bunga tumbuhan ini
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Keluarga:
Genus:
Laurus
Spesies:
nobilis
Nama binomial
Laurus nobilis

Botani

sunting

Tumbuhan ini jenis malar hijau yang mampu mencapai ketinggian antara 7 hingga 18 meter.[4] Pokok dafnah merupakan tumbuhan jenia ekaseks di mana bunga-bunga jantan dan betina ia tidak muncul dalam tumbuhan sama;[5] putik bunganya kelihatan kuning kehijauan dan berpasangan pada setiap helai daun, pasangan bunga ini berdiameter sekitar 1 sentimeter dengan panjang sekitar 6-12 sm dan lebar sekitar 2-4 sm.

Buah yang terhasil ialah drup warna hitam menyerupai zaitun berukuran 1 sentimeter panjang[5] dengan satu biji benih di dalamnya.[6][4]

Kegunaan

sunting

Daun dari tumbuhan ini boleh digunakan secara khusus sebagai bahan rempah untuk tujuan menyedapkan masakan tertentu, lagi-lagi masakan dalam budaya Mediterranean[5] baik dalam sup, kaldu atau sebagai bahan perisa makanan salai.[7] Daun ini lazimnya tidak boleh dimakan secara terus; ia sama ada dibuang sebelum dihidangkan atau dibiarkan untuk tujuan hiasan.

Pati dihasilkan dari dedaun tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk tujuan dan aromaterapi.[8]

Dalam kepercayaan

sunting

Masyarakat Yunani Purba mengaitkan tumbuhan ini dengan Daphne (Yunani: Δάφνη, akar nama Arab tumbuhan ini) iaitu nimfa pembantu dewi bumi Gaia.[9] Dedaun ini sering dikumpulkan dan dirajut untuk menghasilkan perhiasan yang dipakai menandakan status tinggi dalam masyarakat, terutamanya dalam kalangan orang kuat seperti pahlawan.[2] Amalan ini turut dibawa ke dalam masyarakat Rom purba yang turut melihat dafnah sebagai simbol kegemilangan.[10] Pokok ini turut dikaitkan dengan sifat-sifat keabadian,[11] kemakmuran dan kesihatan.[12][13]

Rujukan

sunting
  1. ^ Khela, S.; Wilson, B. (2018). "Laurus nobilis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T203351A119996864. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-1.RLTS.T203351A119996864.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ a b "'dafnah'". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. Dicapai pada 14 Februari 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  3. ^ "'laurel'". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 14 Februari 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^ a b Stace, C. A. (2010). New Flora of the British Isles (ed. Third). Cambridge, U.K.: Cambridge University Press. ISBN 9780521707725.
  5. ^ a b c Vaughan, John Griffith; Geissler, Catherine (2009). The New Oxford Book of Food Plants. Oxford: Oxford University Press. m/s. 150. ISBN 978-0-19-954946-7. Dicapai pada 2010-12-31.
  6. ^ Konstantinidou, E.; Takos, I.; Merou, T. (2008). "Desiccation and storage behavior of bay laurel (Laurus nobilis L.) seeds". European Journal of Forest Research. 127 (2): 125–131. doi:10.1007/s10342-007-0189-z.
  7. ^ Green, Aliza (2006). Field Guide to Herbs & Spices. Philadelphia: Quirk Books. ISBN 978-1-59474-082-4. Dicapai pada 31 Disember 2010.
  8. ^ Encyclopedia of Herbs. "Bay Laurel: Laurus nobilis". AllNatural.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-19. Dicapai pada 31 Disember 2010.
  9. ^ Robert Graves (1955). The Greek Myths: Part 1. Penguin Books. m/s. 21.k-21.L.
  10. ^ De Cleene, Marcel; Lejeune, Marie Claire (2003). Compendium of symbolic and ritual plants in Europe, Volume 1. Man & Culture. m/s. 129. OCLC 482791069.
  11. ^ Plinius yang Tua. Natural History Book XV.39.
  12. ^ Annette Giesecke (2014). The Mythology of Plants: Botanical Lore from Ancient Greece and Rome. J. Paul Getty Museum. m/s. 35–36.
  13. ^ Plinius yang Tua. Natural History Book XV, 35.

Pautan luar

sunting