Daerah Subis

(Dilencongkan daripada Daerah Sibuti)

Subis merupakan sebuah daerah yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Miri, wilayah Sarawak, Malaysia. Pusat pentadbiran bagi daerah ini terletak di Bekenu.

Subis
Sibuti
Peta daerah Subis
Peta daerah Subis
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMiri
Pekan pentadbiranBekenu
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Subis
Keluasan
 • Jumlah3,821 km2 (1,475 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah57,289
 • Kepadatan15/km2 (39/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
98xxx
Laman sesawangmdsubis.sarawak.gov.my

Daerah ini memiliki keluasan sebanyak 3,821 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 57,289 orang pada tahun 2020.[1] Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera Sarawak, dengan sebahagian besarnya berbangsa Iban.

Sejarah

sunting

Pada tahun 1883, Kesultanan Brunei telah menyerahkan kawasan Miri dan Baram kepada kerajaan Brooke, yang juga termasuk kawasan Subis. Semasa pemerintahan British di Sarawak yang bermula pada tahun 1945, Subis telah diletakkan di bawah daerah Miri yang berada dalam pentadbiran Bahagian Keempat.[2] Subis juga telah dijadikan sebuah daerah kecil di bawah daerah Miri, dengan nama Daerah Kecil Sibuti.

Subis kemudiannya dipisahkan dari pentadbiran daerah Miri setelah dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh. Daerah Kecil Niah-Suai turut dimasukkan ke daerah Subis.

Pentadbiran

sunting

Daerah Subis terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Subis yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Miri. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Subis. Terdapat satu daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah ini, iaitu Niah-Suai.

Politik

sunting

Daerah Subis diletakkan di bawah empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kemena (N69) dan Samalaju (N70) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Bintulu (P217), dan Bekenu (N71) serta Lambir (N72) di bawah kawasan Parlimen Sibuti (P218).

Geografi

sunting
 
Pemandangan Taman Negara Bukit Lambir

Daerah Subis terletak di timur negeri Sarawak, juga di barat bahagian Miri. Daerah Subis bersempadan dengan daerah Miri di timur laut, daerah Beluru di timur, daerah Sebauh di selatan, daerah Bintulu di barat dan Laut China Selatan di barat.

Daerah Subis mempunyai keluasan kira-kira 3,821 kilometer persegi. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar, dengan ketinggian maksimum mencapai 418 meter.[1] Terdapat juga kawasan yang berbukit terutamanya di selatan dan tengah daerah. Di daerah terdapat dua taman negara iaitu Taman Negara Gua Niah yang menjadi kawasan kajian arkeologi dan Taman Negara Bukit Lambir.

Antara sungai utama di daerah ini ialah Sungai Niah, Sungai Suai dan Sungai Sibuti.

Demografi

sunting
Kumpulan etnik penduduk (2020)[3]
Etnik Peratusan
Iban
  
58.4%
Bumiputera lain
  
19.2%
Melayu
  
15.4%
Cina
  
4.6%
Melanau
  
1.4%
Lain-lain
  
1.0%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Subis ialah seramai 57,289 orang dengan kepadatan penduduk 15 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 16,490 isi rumah dengan 20,236 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Marudi merupakan Bumiputera Sarawak, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 14,659 orang.[4][5]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 6,574
Bumiputera lain 33,668
Cina 1,969
India 24
Lain-lain 395
Bukan warganegara - 14,659
Jumlah 57,289
Agama di Subis - Banci 2020
Agama Peratusan
Islam
  
45.5%
Kristian
  
44.1%
Lain-lain
  
7.1%
Buddha
  
2.6%
Tidak beragama
  
0.7%

Di daerah Subis, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 45 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 44 peratus. Penduduk beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan hampir tiga peratus daripada jumlah penduduk. Terdapat juga penduduk beragama lain seperti Hindu serta tidak beragama yang membentuk kumpulan minoriti di daerah ini.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Islam 26,089
Kristian 25,283
Buddha 1,494
Hindu 20
Lain-lain 1,172
Tidak beragama 411
Tidak diketahui 2,820
Jumlah 57,289

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Malaysia, Jabatan Perangkaan. "Subis Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my. Dicapai pada 2024-12-18.
  2. ^ "Pengenalan Miri". Portal Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2020. Dicapai pada 16 November 2024.
  3. ^ "Pengenalan Subis". miri.sarawak.gov.my. Pejabat Daerah Subis. Dicapai pada 2024-12-18.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.

Pautan luar

sunting