Daerah Sebauh
Sebauh merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Bintulu. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah pekan Sebauh. Antara pekan lain yang terletak di daerah ini ialah Pandan, Labang dan Tubau.
Sebauh | |
---|---|
Koordinat: 3°07′03″N 113°15′54″E / 3.1175031°N 113.2648667°EKoordinat: 3°07′03″N 113°15′54″E / 3.1175031°N 113.2648667°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Bintulu |
Pihak berkuasa tempatan | Lembaga Kemajuan Bintulu |
Pentadbiran | |
• Pengerusi Kawasan | Datu Haji Muhamad Yakup Kari |
• Pegawai daerah | Thadeus Ling Bartholomew Allu |
Keluasan | |
• Jumlah | 5,229 km2 (2,019 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 29,606 |
• Kepadatan | 5.7/km2 (15/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 98xxxx |
Daerah Sebauh dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 5,229 kilometer persegi. Daerah ini juga mempunyai jumlah penduduk seramai 29,606 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Iban.
Sejarah
suntingPada mulanya Sebauh merupakan sebuah daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah Bintulu. Pada tahun 2015, Sebauh secara rasminya dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh, dan dipisahkan dari pentadbiran daerah Bintulu.[1]
Pentadbiran
suntingDaerah Sebauh terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Sebauh yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Bintulu dan diketuai seorang pegawai daerah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Lembaga Kemajuan Bintulu yang ditadbir Pengerusi Kawasan.
Di bawah pentadbiran daerah Sebauh terdapat sembilan perkampungan dan 286 rumah panjang.[2]
Politik
suntingDaerah Sebauh diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kemena (N69) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Bintulu (P217) dan Murum (N66) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Hulu Rajang (P216).
Geografi
suntingDaerah Sebauh terletak di tengah negeri Sarawak, dan di timur bahagian Bintulu. Daerah Sebauh bersempadan dengan daerah Subis di utara, daerah Beluru di timur laut, daerah Belaga di timur, daerah Tatau di selatan dan daerah Bintulu di barat.
Daerah Sebauh mempunyai keluasan kira-kira 5,229 kilometer persegi, menjadikannya daerah terbesar di Bahagian Bintulu.[3] Bentuk muka bumi di kawasan tengah daerah ini sebahagian besarnya merupakan kawasan rendah dan rata, dengan terdapat beberapa kawasan yang agak berbukit. Di kawasan sempadan daerah Belaga di timur pula bentuk muka buminya merupakan kawasan tinggi dan berbukit di mana maksimum ketinggian mencapai 1,237 meter.[4][3] Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Sungai Kemena.
Demografi
suntingTahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
2000 | 21,535 | — |
2010 | 25,414 | +18.0% |
2020 | 29,606 | +16.5% |
Sumber: [5][6] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Sebauh ialah seramai 29,606 orang dengan kepadatan penduduk enam orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 9,363 isi rumah dengan 10,331 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Sebauh merupakan Bumiputera Sarawak, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan warganegara bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 8,919 orang.[7][8]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 1,142 |
Bumiputera lain | 18,774 | |
Cina | 690 | |
India | 10 | |
Lain-lain | 71 | |
Bukan warganegara | - | 8,919 |
Jumlah | 29,606 |
Agama
suntingDi daerah Sebauh, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 63 peratus diikuti agama Islam sebanyak lebih 35 peratus. Majoriti penganut agama Kristian terdiri daripada penduduk berbangsa Iban dan Orang Ulu. Penganut agama Islam pula sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu, Melanau dan penduduk bukan warganegara. Terdapat juga penduduk yang beragama lain seperti Hindu dan Buddha atau tidak beragama yang membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan satu peratus dari jumlah penduduk.[7]
Agama | Jumlah |
---|---|
Kristian | 18,653 |
Islam | 10,606 |
Buddha | 194 |
Hindu | 8 |
Lain-lain | 111 |
Tidak beragama | 34 |
Jumlah | 29,606 |
Rujukan
sunting- ^ "Pengenalan - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Bintulu". bintulu.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-04.
- ^ "Sebauh District Info - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Bintulu". bintulu.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-21.
- ^ a b Malaysia, Department of Statistics. "Sebauh Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-21.
- ^ "Sebauh topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-21.
- ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 December 2017.
- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.