Dadih ([da.dih atau da.déh], Jawi: داديه atau داده‎; bahasa Minangkabau: dadiah[1] [da.diah]) adalah sejenis produk tenusu mirip yogurt tradisional khas dalam kalangan masyarakat Minangkabau yang lazimnya dihasilkan menggunakan susu kerbau (Bubalus bubalis), namun susu lembu juga digunakan.

Bekas buluh yang terisi dadiah yang siap dibuat

Perkataan "dadih" ini menyerap dari bahasa Sanskrit दधि dadhi "susu yang mengental";[2] ia sepunca dengan dudh, dimakan dalam kalangan orang Sindhi di India dan Pakistan; sementara itu, orang Parsi biasa memakan susu tertapai serupa dengan bawang merah dan mentimun mirip cara biasa memakan dadih dilakukan oleh orang Minangkabau pada masa dahulu.

Penghasilan dan penghidangan

sunting

Susu kerbau atau lembu dibiarkan menapai dalam suatu bekas buluh yang ditutup dengan daun pisang (Musa sp.) atau daun bebaru (Hibiscus tiliaceus) yang telah dilayukan di atas api. Proses fermentasi dilakukan dalam suhu ruangan dan berlangsung hingga terjadi penggumpalan sekitar 2 sampai 3 hari.[3]

Dadih biasanya dihidang sebagai makanan sarapan di mana ia lazim dicampur dengan emping (sejenis kerupuk nasi) dan gula merah.[4] Dadiah dapat juga dijadikan sebagai lauk pendamping nasi panas dan sambal.[3]

Dadih manis

sunting

Terdapat juga jenis dadih yang dihasilkan sebagai pencuci mulut terutamanya di Malaysia di mana bahan berlainan digunakan untuk mendapatkan sifat kegumpalan yang diingini: susu segar diadun bersama gula, garam, serbuk agar-agar dan perisa tertentu sebelum menyejuk agar segera mengeras.

Dadih moden sebegini ada dibuat dengan berperisa buah-buahan seperti keladi, jagung, strawberi, kelapa antara lainnya. Namun, terdapat juga dadih yang dibuat dengan berperisa vanila dan coklat. Sos buah-buahan ada turut dihidang bersama dadih manis ini untuk memberi rasa yang sedap.

Khasiat

sunting

Dari beberapa penelitian diketahui bahwa dadih mengandung bakteri baik iaitu asid laktik (Lactobacillus casei) berpotensi sebagai probiotik.[5][6] Asid laktik di dalam dadih berperan dalam pembentukan tekstur dan cita rasa.

Bakteri asid laktik dan produk turunannya mampu mencegah timbulnya berbagai penyakit seperti mencegah enterik bakteri patogen, menurunkan kadar kolesterol di dalam darah, mencegah barah usus, anti mutagen, anti karsinogenik, dan meningkatkan daya tahan tubuh.[7][8] Selain itu, dadih diduga efektif sebagai antivaginitis.[9][10][11][12]

Di tempat lain

sunting

Susu yang diperam di dalam buluh juga merupakan makanan tradisional di Terengganu. Buluh yang digunakan adalah lebih kecil (ukur lilit 4-5 inci) dan dipanggil susu masam. Ia biasanya berbentuk agak keras (seperti agar-agar) dan di makan begitu sahaja atau dicampur sedikit gula.

Rujukan

sunting
  1. ^ "dadiah". Kamus Minangkabau-Indonesia. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. 1985. m/s. 70.
  2. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 468. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 56.
  3. ^ a b "Dadih, Probiotik Khas Nusantara". Viva Newas. 27 Januari 2012. Dicapai pada 9 Jun 2012.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Indonesian's Culture Heritages Portal". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-11. Dicapai pada 2019-11-19.
  5. ^ M. Carmen Collado; Ingrid Surono; Jussi Meriluoto; dan Seppo Salminen. Potential probiotic characteristics of Lactobacillus and Enterococcus strains isolated from traditional dadih fermented milk against pathogen intestinal colonization. Journal of Food Protection, Vol. 70, No. 3, 2007. hlm. 700–705.
  6. ^ M. Carmen Collado; Ingrid Surono; Jussi Meriluoto; dan Seppo Salminen. Indigenous dadih Lactic Acid Bacteria: Cell-surface Properties and Interactions with Pathogens. Journal of Food Science, Vol. 72, No. 3, 2007. hlm. 89–93
  7. ^ Surono I.S. dan Hosono A. 1996. Antimutagenicity of milk cultured with lactic acid bacteria from dadih against mutagenic terasi. Milchwissenschaft 51: hlm. 493–497.
  8. ^ Surono I.S. 2003. In vitro probiotic properties of indigenous dadih lactic acid bacteria. Asian-Aus J Anim Sci 16: hlm. 726–31.
  9. ^ Surono I.S.; M. C. Collado; Seppo Salminen; dan Jussi Meriluoto. Effect of glucose and incubation temperature on metabolically active Lactobacillus plantarum from dadih in removing microcystin-LR Food and Chemical Toxicology. Vol. 46, Issue 2, Februari 2008. hlm. 502–507.
  10. ^ Nybom, Sonja M. K.; M. Carmen Collado; Ingrid S. Surono; Seppo J. Salminen; dan Jussi A. O. Meriluoto. Effect of glucose in removal of microcystin-LR by viable commercial probiotic strains and strains isolated from dadih fermented milk. Journal of Agriculture and Food Chemistry. Vol. 56, No 10, 2008.
  11. ^ Ingrid S. Surono; Toshiaki Nishigaki; Anang Endaryanto; dan Priyo Waspodo. Indonesian biodiversities, from microbes to herbal plants as potential functional foods. Journal of the Faculty of Agriculture Shinshu University. Vol. 44 No.1. 2, 2008.
  12. ^ Ingrid S. Surono; Usman Pato; Koesnandar; dan Akiyoshi Hosono. In vivo Antimutagenicity of Dadih Probiotic Bacteria towards Trp-P1. Asian-Aust. J. of Anim. Sci. Vol. 22, No. 1: hlm. 119–123. 2009.

Pautan luar

sunting