Condoleezza Rice
Condoleezza Rice (lahir 14 November 1954) ialah diplomat dan profesor Amerika yang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-66, dilantik oleh Presiden George W. Bush.[1] Beliau adalah wanita kedua dilantik menjawat jawatan paling tinggi dalam sejarah A.S, didahului Madeleine Albright yang juga menjawat sebagai setiausaha negara. sehingga Kamala Harris menjadi naib presiden pada tahun 2021. Rice juga orang Orang Amerika Afrika kedua dilantik dalam jawatan tertinggi dalam sejarah A.S. selepas Colin Powell, yang dilantik pada 2001 menggantikan Madeleine Albright dan kemudiannya presiden Obama pada tahun 2009.
Condoleezza Rice | |
---|---|
Pengarah Institusi Hoover | |
Menyandang jawatan 1 September 2020 | |
Didahului oleh | Thomas W. Gilligan |
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-66 | |
Dalam jawatan 25 Januari 2005 – 20 Januari 2009 | |
Presiden | George W. Bush |
Didahului oleh | Colin Powell |
Digantikan oleh | Hillary Clinton |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Birmingham, Alabama, A.S. | 14 November 1954
Parti politik | Republikan |
Tempat belajar | Universiti Denver Universiti Notre Dame |
Bidang pengkhususan | Profesor, Diplomat, Ahli politik |
Tandatangan | |
Condoleezza Rice asalnya penasihat keselamatan negara kepada Presiden Bush dari 2001 - 2005. Sebelum itu beliau adalah profesor sains politik di Universiti Stanford dari 1993-1999.
Semasa pentadbiran George H. W. Bush, Rice berkhidmat sebagai penasihat hal ehwal Rusia dan Eropah Timur, melihat sendiri perjalanan pembubaran Kesatuan Soviet dan penyatuan semula Jerman Barat dan Jerman Timur.
Apabila bertugas sebagai Setiausaha Negara AS, beliau mempelopori Tranformasi Diplomasi terutama pendemokrasian negara-negara Timur Tengah.
Pada 2004 dan 2005, beliau diiktiraf sebagai wanita paling berkuasa di dunia oleh majalah Forbes dan nombor dua pada 2006 selepas Canselor Jerman Angela Merkel. Majalah Time pula mengiktiraf beliau paling berkuasa pada 2004, 2005, 2006 dan 2007.
Kehidupan awal
suntingRice telah dilahirkan di Birmingham, Alabama dan membesar di Titusville. Beliau adalah anak tunggal seorang paderi, John Wesley Rice dan isterinya Angelena Ray. Mereka adalah anggota Gereja Presbyterian. John Wesley Rice adalah kaunselor di Ullman High School. Gereja itu diasaskan oleh datuknya.Angelena adalah guru sainas, muzik di Ullman.
Condoleezza berasal dari perkataan muzik Itali, Con dolcezza yang bermaksud 'si manis'.
Kerjaya akademik
suntingRice bertugas sebagai pembantu profesor Sains Politik dari 1981-1987. Kemudian bertugas sebagai profesor madya dari 1987-1993. Seterusnya ketua profesor dari 1993-1999. Dia diiktiraf pakar berhubung situasi politik Soviet dan Rusia.
Penasihat keselamatan Negara (2001 -2005)
suntingPada 17 Disember 2000, beliau dilantik sebagai penasihat keselamatan negara dan meletakkan jawatannya di Universiti Stanford. Pada 2001, beliau bertemu dengan pengarah CIA, George Tenet berhubung ancaman pengganas yang menjadikan Amerika Syarikat sebagai sasaran utama. Pada 10 Julai 2001, beliau hadir dalam 'mesyuarat tergempar' dengan George Tenet di White House dan telah dapat mengesan potensi 'serangan Al-Qaeda'. Dia bersedia memberi laporan kepada Setiausaha Rumsfeld iaitu Peguam Negara Amerika Syarikat , John Ashcroft.
Apabila ditanya semula hal itu pada 2006, beliau menyatakan dia tidak ingat secara khusus apa yang dibincangkan kerana banyak kali pertemuan telah diadakan dengan George Tenet. Mesyuarat tentang ancaman pengganas itu diadakan dua bulan sebelum Serangan 911.
Rice merupakan penyokong utama pencerobohan Amerika ke atas Iraq pada 2003. Iraq dikatakan mempunyai senjata pemusnah besar-besaran (Weapons Mass Destruction - WMD) dan diserahkan kepada PBB pada 8 Disember 2002. Rice adalah penulis rencana yang disiarkan oleh New York Times bertajuk 'Mengapa Kita Tahu Iraq Berbohong'.
Pada Mac 2004, setelah ditekan , George Bush membenarkan Condoleezza Rice disiasat berhubung perkara-perkara dasar pencerobohan itu . Pada April 2007, Rice menolak atas keistimewaan eksekutif berhubung tuduhan Iraq mendapatkan serbuk uranium kuning dari Nigeria.
Pada 2004, dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, beliau adalah penasihat keselamatan negara pertama yang menyokong presiden sedia ada.
Rice pernah berkata "Saddam Hussein bukanlah sebab utama serangan Amerika terhadap Iraq . Saddam Hussein adalah sebahagian dari Timur Tengah yang membarah dan tidak stabil dan mencipta masalah pada Serangan 911"
Pada 10 Januari 2003 Condoleezza Rice ditemubual oleh wartawan CNN, Wolf Blitzer berhubung tidak adanya senjata WMD di Iraq sebagaimana digembar-germburkan sebelum Amerika menceroboh Iraq dan ternyata Rice telah berbohong. Rice menjawab bahawa beliau membaca laporan lama tentang Osama bin Laden yang hendak menyerang Amerika bertarikh 6 Ogos 200.
Setiausaha Negara (2005 - 2009)
suntingPada 16 November 2004, George Bush melantik Rice sebagai Setiausaha Negara. Pada 26 Januari 2005, Senat Amerika Syarikat mengesahkan perlantikan itu dengan undian 85-13. Mereka mahu Rice membetulkan kegagalan pentadbiran tentera Amerika di Iraq sehingga mencetuskan lebih banyak serangan dari militan Islam.
Inisiatif Utama
suntingSebagai Setiusaha Negara, Rice mahu sistem demokrasi diperluaskan di negara-negara Timur Tengah. Sebenarnya 'idea manis' ini adalah sebagai alasan kukuh untuk terus bertapak di Iraq, Afghanistan dan di Timur Tengah. Idea asasnya mahu mengeksport 'sistem demokrasi Amerika' ke Timur Tengah dan mengajar negara membangun tentang kebaikan demokrasi.
'Tranformasi Demokrasi' melibatkan beberapa unsur utama :
- Memindahkan diplomat Amerika ke negara yang diperlukan seperti ke China, India, Brazil, Mesir, Nigeria, Indonesia, Afrika Selatan dan Lubnan.
- Menghantar para diplomat ke lokasi sukar seperti di Iraq, Afghanistan, Sudan dan Angola. Mereka mestilah fasih beberapa bahasa terutama bahasa Cina, bahasa Arab dan bahasa Urdu.
- Tumpuan kepada kwasan bermasalah seperti keganasan, pengedaran dadah dan wabak penyakit.
- Bekerja dengan negara-negara lain bagi membina prasarana lengkap.
- Menduduki kedudukan peringkat tinggi, menyelia bantuan Amerika di negara asing dan sebagainya.
Langkah-langkah ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan, membasmi kemiskinan, penjagaan kesihatan, program pendidikan dan memperbaiki sistem demokrasi.
Sehubungan itu, Rice menamakan Randall L. Tobias sebagai pentadbir USAID (U.S. Agency for International Development). Iniiatif ini adalah sama seperti bantuan Amerika selepas Perang Dunia II yang berjaya menstabilkan Eropah sebagaimana hari ini.
Tranformasi Demokrasi bukan bertujuan membuat laporan tentang sesebuah negara. Tetapi untuk menukar kehidupan manusia ke arah lebih baik seperti isu AIDS, pendidikan untuk wanita dan jenayah melampau.
Timur Tengah
suntingCondoleezza Rice berusaha memujuk Israel berundur dari wilayah-wilayah Palestin dan membenarkan aliran perdagangan dan perjalanan antara du kawasan terbabit.
Pada 2005, atas gesaan Rice, Israel telah berundur dari tebing Gaza dan sebahagian Tebing Barat. Pada April 2005, beliau berusaha sokongan pemimpin-pemimpin Arab. Pada November 2005, sempadan Gaza berjaya dibuka. Rice melawat Baitulmaqdis pada 14 November .
Pada September 2007, Rice berjaya mempertemukan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dengan Presiden Palestin, Mahmud Abbas di Baitulmaqdis.
Selepas kematian Yasser Arafat, Rice cuba menekankan pilihan raya lebih demokrasi di Palestin. Setiap warga Palestin hendaklah dilibatkan dalam pilihan raya kerana ia adalah kunci mencipta keamanan di Timur Tengah. Hamas dilabel sebagai kumpulan pengganas.In kerana Hamas pada satu ketika adalah parti politik, sementara pada masa lain terbabit dalam keganasan.
Rice setiap penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur mengundi dalam pilihan raya Pihak Berkuasa Palestin pada 25 Januari 2006. Rice mengucapkan tahniah kepada Presiden Abbas walaupun Hamas yang menang dalam pilihan raya itu.
Rice mahu Hamas mengiktiraf kewujudan Israel, melucutkan senjata militia Hamas dan mencari jalan perdamaian. Apabila Hamas menang dalam pilihan raya, Israel telah menyekat wang kepunyaan penduduk Palestin dan mengekatkan lagi sekatan perjalanan keluar masuk ke Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. George Soros menyalahkan Rice kerana enggan berunding dengan Hamas.
Pasca Kesetiausahaan
suntingSelepas Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008 diadakan, presiden Barack Obama melantik Hillary Clinton sebagai setiausaha negara baharu, menggantikan Rice.
Beliau kini menjadi pengarah Institusi Hoover di Universiti Stanford.
Rujukan
sunting- ^ "Rice sworn in as secretary of state". NBCNews.com. Associated Press. January 26, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada October 16, 2015. Dicapai pada January 29, 2013.