Chwinamul (juga dieja chuinamul atau chinamul) ialah sayur daun Korea. Ia mengandungi pelbagai spesis tumbuhan berbunga liar, termasuk Aster scaber. Terdapat lebih kurang 24 jenis yang boleh dimakan boleh dijumpai di pergunungan. Daunnya mempunyai bauan yang tersendiri dan pengambilannya dipercayai menyihatkan kerana mengandungi protein, kalsium, vitamin B1·B2, niasin, dan zat besi. Ia sering digoreng tumis sehingga layu dan dihidang sebagai banchan (hidangan sampingan atau lauk), termasuk dalam makanan seperti bibimbap, dan juga berguna untuk tujuan perubatan.[1]

Chwinamul
Geon chwinamul(chwinamul tumis kering)
Nama Korea
Hangul취나물
Perumian Semakanchwinamul
McCune–Reischauerch'winamul

Kapelbagaian

sunting
  • Chamchwi (참취): Jenis yang paling biasa, tunasnya yang muda dimakan.[2]
  • Gaemichwi (개미취): Tunas mudanya dimakan, batang dan akar dijadikan ubat tradisional.[3]
  • Gaksichwi (각시취): Tunas mudanya dimakan.[4]
  • Miyeokchwi (미역취): Tunas mudanya dimakan, keseluruhan pokok dijadikan ubat tradisional.[5]
  • Gomchwi (곰취): Pucuk daunnya dimakan, akarnya dijadikan ubat tradisional.[6]

Makanan dengan chwinamul

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting