Charok Koksan
Charok Koksan (Jawi: چاروق كوكسن ), atau juga dikenali sebagai Caruk Koksan merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[1] Charok Koksan mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Batang Tunggang Kiri, bermula di Bukit Koh Mai dan tamat di pertemuan Charok Pumuk.[2] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Charok Koksan | |
---|---|
Caruk Koksan, Charok Kok San | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah Darul Aman |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Batang Tunggang Kiri |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Bukit Koh Mai |
• lokasi | timur Kampung Seraya |
• ketinggian | 400–410 meter (1,312.3–1,345.1 ka) |
Muara | Charok Pumuk |
• lokasi | utara Kampung Pumok |
• koordinat | 6°24′14″N 100°39′07″E / 6.404°N 100.652°EKoordinat: 6°24′14″N 100°39′07″E / 6.404°N 100.652°E |
• ketinggian | 154 meter (505.2 ka) |
Panjang | Tidak diketahui |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Charok Pumuk → Sungai Agon → Sungai Padang Sanai → Sungai Padang Terap → Sungai Anak Bukit → Sungai Kedah → Selat Melaka |
Sistem sungai | Lembangan Sungai Kedah |
Anak sungai | |
• kiri | anak sungai tanpa nama |
• kanan | anak sungai tanpa nama |
Sejarah
suntingTinjauan awal mengenai kewujudan Charok Koksan telah dilakukan pada September 1928 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. Survey). Nama Charok Koksan turut dipaparkan dan diterbitkan dalam peta topografi Malaya 1945, berskala 1:63,360, di rujukan grid RG3792 (dengan nama C. Koksan).[3][4] Kedudukan koordinat mengenai Charok Koksan pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°25′N 100°39′E / 6.417°N 100.650°E.[1]
Ciri-ciri fizikal
suntingSungai Charok Koksan berpunca di Bukit Koh Mai (Bahasa Thai: เขาไหม้ใหญ่ ; RTGS: Khao Mai Yai), dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 400–410 meter (1,312.3–1,345.1 ka). Sumber sungai Charok Koksan terletak di barat kawasan perkampungan Kampung Seraya di Mukim Batang Tunggang Kiri, dan terletak berdekatan dengan sumber saliran lain seperti Charok Pumuk dan Charok Kabu.[3][4] Charok Koksan akan bergerak ke penamatnya dengan pergerakan melengkung ke barat daya, kemudian menuju ke hilirnya ke arah selatan, dengan menelusuri kawasan perhutanan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Koh Mai. Sebelum tamat di pertemuan antara Sungai Agon (atau Sungai Agong), Charok Koksan akan membengkok ke barat. Charok Koksan bermuara di kawasan Kampung Pumok, di ketinggian dari aras laut iaitu 154 meter (505.2 ka).[3][4]
Ciri-ciri lembangan
suntingCharok Koksan merupakan salah satu sungai dalam sistem Lembangan Sungai Kedah dalam sub-lembangan Sungai Padang Sanai.[2] Menurut peta FMS Survey, terdapat tiga sungai tanpa nama bermuara di Charok Koksan. Dua anak sungai Charok Koksan ialah berpunca daripada Bukit Koh Mai, manakala selebihnya berpunca daripada Bukit Nguan.[3][4]
Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar lembah Charok Koksan perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[5][6] Kawasan lembah Charok Koksan dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur aduk kegunaannya merangkumi industri pertanian, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[7][8] Dalam peta 1945, lokasi muara Charok Koksan telah dijadikan sebagai kawasan penanaman buah-buahan yang tidak berpagar oleh penduduk asal Kampung Pumok.[3][4]
Klimatologi
suntingIklim di sekitar kawasan lembah Charok Koksan ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di lembah sungai Charok Koksan pada tahun 2000 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan yang paling panas ialah Mei dengan suhu mencecah 27.8 °C (82.0 °F) dan bulan paling sejuk ialah Januari dengan suhu 26.4 °C (79.5 °F).[9][10] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,152 milimeter (84.7 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 314.1 milimeter (12.4 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Julai dengan 101.0 milimeter (4.0 in).[9][10]
Rujukan
sunting- ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
- ^ a b "Charok Koksan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ a b c d e Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11 (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Survey Department, Federated Malay States. 1945.
- ^ a b c d e Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11 (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section. 1949.
- ^ "NASA Earth Observations: Population Density" [Pemerhatian Bumi NASA: Kepadatan Penduduk]. NASA/SEDAC (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
- ^ Center for International Earth Science Information Network; Columbia University (2015). "Gridded Population of the World, Version 4 (GPWv4): Population Density" [Populasi Dunia Bergrid, Versi 4 (GPWv4): Kepadatan Penduduk]. Sosioeconomic Data and Application Center (SEDAC), NASA (dalam bahasa Inggeris). NASA. doi:10.7927/H49C6VHW. Dicapai pada 21 Februari 2023.
- ^ "NASA Earth Observations: Land Cover Classification" [Pemerhatian Bumi NASA: Klasifikasi Penutup Bumi] (dalam bahasa Inggeris). NASA/MODIS. Dicapai pada 30 Januari 2016.
- ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kelian Pintu Wang, Kedah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2022.
- ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.