Skala (peta)
Skala pada peta merujuk kepada nisbah unit pada peta atau atlas yang bersamaan dengan jarak sebenar. Skala peta boleh dikategorikan kepada empat jenis; nisbah terkecil, pecahan, perkataan, atau grafik. Skala yang ditulis dalam perkataan merupakan skala leksikal.
Peta kadangkala disebut mempunyai skala besar atau skala kecil. Skala besar merujuk kepada nisbah yang digunakan untuk jarak atau keluasan yang kecil, supaya objek kelihatan lebih besar. Sebaliknya, skala kecil pula digunakan untuk merujuk kepada nisbah yang digunakan untuk kawasan yang luas.