CAR FOOD SAHUR (CFS) adalah sebuah festival makanan tahunan bulan Ramadan yang bermula di tepi Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu anjuran Mandalika yang diadakan di Malaysia sejak 2015. Pada awalnya, ia diadakan dari jam 10 malam sehingga 5:30 pagi, tetapi kemudiannya setelah beberapa tahun penganjuran dan mengambilkira pandangan vendor dan pengunjung waktu tamat operasi acara diubah kepada 3:00 pagi bermula tahun 2017. Carfood Sahur beroperasi tiap tahun selama 23 hari pada bulan Ramadan.

CFS 7.0 2024

Sejarah Acara

sunting
 

Carfood Sahur diasaskan oleh 8 pengasas utama iaitu Ku Bad, Che Ku Basir, Farissa Azlan(Pengasas Groovy Soda), Ida Nurnajidah, Ariel Ariff, Syahid Shaari(Aid Punk), Hafiz Usamah dan Fakhrul Koji yang di sokong oleh Tranunglicious dan diselaraskan dibawah NGO Kolektif Kreatif PUNCA(kini dikenali sebagai Mandalika) yang di Pengerusikan oleh Ku Bad sendiri.

Idea "Car-food" datang dari aktiviti mingguan Ka-buk Sale PUNCA di Dataran di Kampung Cina dengan kerjasama Wakil Komuniti Kampung Cina iaitu TLP Action team yang diketuai oleh Arkitek Tempatan Terengganu iaitu Encik Low Wan Cheong, Encik Mishesh Ramesh dan JKKK Kampung Cina.

Carfood Sale

sunting

Car-food Sale adalah evolusi dari jualan Carboot Sale yang khusus kepada penjualan makanan dan minuman berkonsep. Mula diasaskan oleh Ku Bad bersama Noorhilmi atau Imi di Dataran Kampung Cina dengan kerjasama Groovy Soda(diasaskan oleh Pcha) dan Tranunglicious.

 
Poster Rasmi Carfood Sale 2015 anjuran PUNCA dengan kerjasama JKKK Kampung Cina. Usahasama Groovy Soda dan Tranunglicious.

Bermula dengan 15 buah kenderaan berkumpul di Pentas Kampung Cina menyajikan pelbagai makanan dan minuman yang menarik.

Tidak hanya sekadar mengadakan untuk semata-mata berniaga akan tetapi mengisi hujung minggu dengan pelbagai aktiviti seperti wayang pacak, busking dan berbagai-bagai lagi.

Aktiviti ini mendapat perhatian daripada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman yang turut membuat ciapan di Twitter miliknya menyokong penuh serta mempromosikan acara yang cukup sederhana ini.

 
 
 
 

Pengenalan Carfood Sahur

sunting

Car-food Sahur diperkenalkan dengan satu tujuan utama, iaitu kembali menghidupkan kemeriahan malam bulan Ramadhan dengan pengisian yang berfaedah di Kuala Terengganu. Tradisi "Moreh" merupakan budaya yang bermula dari Masjid sesudah menunaikan ibadah solat sunat Tarawih . Sementara penggunaan istilah khusus Sahur sebagai salah satu alternatif penyediaan tempat khusus untuk membeli juadah untuk Sahur di luar rumah di sekitar Kuala Terengganu. Dengan menyedari bahawa tidak banyak pilihan yang ada di Bandar Kuala Terengganu, maka komuniti ini yakin dan percaya bahawa dengan memperkenalkan Carfood Sahur ini dapat memberi satu pilihan destinasi kepada mereka yang ingin menikmati juadah ber Sahur atau Moreh diluar rumah pada waktu malam hari, samaada mereka yang baru pulang dari menghadiri aktiviti-aktiviti Ramadhan di Masjid ataupun mereka yang tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan untuk Sahur.

Tidak dinafikan bahawa tradisi ini juga sedikit sebanyak datang dari budaya Moreh masyarakat Kelantan yang lazim dengan menikmati juadah "Colek" yang merupakan hidangan wajib untuk moreh untuk masyarakat Kelantan. Namun Carfood Sahur menyediakan pelbagai hidangan lain-lain juga yang disediakan dari masakan usahawan-usahawan muda seperti Lempeng Pisang, Nasi Lemak, Nasi Mendy, Nasi Himpit bersama Sambal, Kuih Lopes , Hazelnut Coffee, Spaghetti Aglio Olio, Sandwich, Kuih Batang Buruk , Mini Karipap, Nasi Putih Ayam Madu / Ikan Bakar dan sebagainya.

Konsep lepak atau "Lesehan" [1] atau dalam bahasa Terengganu iaitu "Selepek" adalah suatu budaya dalam hal jual-beli makanan atau sesuatu barang sambil duduk di atas tikar/lantai juga diperkenalkan oleh Punca sejak 2013 lagi memberi pengalaman baharu kepada pengunjung yang hadir ke acara ini.

Carfood Sahur 2015

sunting

Bertempat di hadapan bulatan kecil Pantai Batu Buruk, sebanyak 9 gerai dari boot kereta dipasang untuk memperkenalkan Carfood Sahur yang pertama yang diadakan pada hujung minggu bermula dari 25 sehingga 27 June 2015 bersamaan 8 Ramadan 1436 Tahun Hijrah dari jam 12:00 malam sehingga 5 pagi hanya berbekalkan "Genset" ataupun Penjana Elektrik Mudah alih.

Permulaan Carfood Sahur pada tahun itu dengan kerjasama NGO PUNCA mendapat sambutan dan sokongan dari rakan-rakan komuniti yang hadir memeriahkan lagi acara ini. Sehingga mendapat liputan dari Akhbar Sinar Harian pada 15 July 2015.

 
Keratan akhbar Sinar Harian mengenai Carfood Sahur pada tahun 2015.

Walaupun cukup sederhana, namun itulah matlamat asal mulanya komuniti ini. Bukan untuk mencari keuntungan semata-mata akan tetapi untuk menyeru keberkatan didalam berusaha bersama-sama rakan dan taulan.

 

Carfood Sahur 2016

sunting

Acara tahunan ini kembali semula pada tahun 2016 bermula dari 16 Jun sehingga 3 July 2016 bersamaan 1437 Tahun Hijrah. Peralihan lokasi asal kepada tapak yang lebih strategic iaitu di Jalan Persinggahan terletak di tempat letak kereta di belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah berdekatan Pantai Batu Buruk. Dengan jumlah penyertaan bertambah maka bertambah lagi lah hidangan juadah untuk moreh ataupun sahur kali ini. Ketiadaan NGO PUNCA yang sedang melalui fasa peralihan dan pemutihan pada waktu itu disambut oleh Komuniti Duyong Art Gallery sebagai rakan usaha-sama untuk siri CFS 2016.

Kali ini mendapat sambutan dari pelbagai pihak termasuklah YAB Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman yang telah berkunjung sebanyak dua kali, selebriti tempatan Mat Dan , Zizan Razak , Redza Rosli dan ramai lagi.

Mengagih Juadah Sahur untuk para Gelandangan di sekitar Bandar Kuala Terengganu

sunting

Oleh kerana sambutan kali ke-dua ini mengalakkan, dengan kutipan derma dibuat menerusi jualan dan busking telahpun diagihkan merata tempat yang telah dikenalpasti tempat-tempat para gelandangan, golongan miskin tegar ataupun petugas-petugas yang bekerja lewat malam seperti Polis, Pengawal Keselamatan ataupun pekerja-pekerja disekitar kawasan Bandar Kuala Terengganu.

Carfood Sahur 2017

sunting

Acara kali ini yang bermula dari 5 Jun sehingga 22 Jun 2017 bersamaan 1438 Tahun Hijrah diteruskan di tapak yang sama seperti tahun sebelumnya dengan kerjasama NGO Mandalika (dahulu dikenali sebagai PUNCA). Disokong penuh oleh ramai lagi selebriti tempatan seperti Azmi Caliph Buskers , El Saifuddin Hot FM , Hafiz Hamidun , Dj Syazwan Manis FM , Mickey Ayo , Lisa Manis FM, Nura Manis FM , Rafly Rahamat , Muaz Mohamed dari Kool FM dan ramai lagi.

Untuk edisi kali ini Mat Dan sendiri terlibat bersama menjadi salah seorang daripada para Vendors Rasmi Carfood Sahur pada masa yang sama mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dihadiri oleh puluhan dan ratusan pengunjung yang bukan sahaja datang untuk berswafoto bersamanya namun turut mengambil kesempatan untuk turut merasai hidangan yang dijual oleh beliau sendiri.

Sekali lagi Carfood Sahur mendapat kejutan dengan hadirnya YAB Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman memeriahkan acara santai ini. Menggambarkan betapa komited dan konsistennya beliau yang menyokong penuh peniaga-peniaga kecil tempatan di dalam Terengganu ini sehingga diabadikan didalam Akhbar Digital Terengganu Times pada 17 June 2017 yang bertajuk "MB Rafiz Rai Pengunjung Carfood Sahur".

Kerjasama dengan Sukarelawan SPRING

sunting

Menerusi NGO Mandalika, Komuniti Carfood Sahur berkerjasama dengan satu lagi badan bukan kerajaan terdiri dari golongan belia iaitu Sukarelawan SPRING dengan terzahirnya program Explorasi Ramadan "Give Us a Chance" 5.0 bertempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah .

Diantara pengisian Program ini adalah untuk mengumpul derma serta menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim di dalam Terengganu. Majlis berbuka puasa telahpun dianjurkan untuk menyantuni tetamu istimewa ini dengan penampilan khas oleh Mat Dan dan KT Buskers untuk menghiburkan mereka.

Carfood Sahur 2018

sunting

Acara tahun 2018 berlangsung dari 22 May sehingga 12 June 2018. "Gimmick" Promosi kali ini menampilkan kerjasama dengan Penyampai Berita Terkenal iaitu saudara Hilmy Ashley. Turut membantu dan menyokong acara tahunan ini iaitu Pelakon Zalfa Zin , Zizan Razak, Pempengaruh Tempatan Ervan Rizuan, Nura Manis FM, Syazwan Manis FM dan ramai lagi.

Kerjasama ke-2 dengan Sukarelawan SPRING

sunting

Setelah kerjasama pertama pada tahun sebelumnya berlangsung dengan jayanya, maka kerjasama kali ke 2 telahpun diusahakan bersama dengan kerjasama komuniti lain seperti MAOC (Myvi Alza Owner Club). Seperti biasa Majlis pembahagian sumbangan bertempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah dan kemudiannya pada keesokkan harinya majlis santai bersahur di tapak acara Carfood Sahur berlangsung dengan baiknya melibatkan anak-anak yatim didalam Terengganu.

Carfood Sahur 2019

sunting

Merupakan edisi Carfood Sahur ke-5. Berlangsung dari 10 Mei sehingga 2 Jun 2019. Menampilkan 61 Jenis Hidangan Makanan dan 18 Jenis Minuman sempena acara kali ini. Turut membantu menghebahkan acara kali ini Mat Dan , Pelakon Terkenal Riz Amin , Fezrul Khan , Zalfa Zin , Syazwan dari Manis FM , Zizan Razak , Pengasas Syahera Beauty - Aen Syahera dan ramai lagi.

Media turut tidak melepaskan peluang untuk membuat liputan atas penganjuran Carfood Sahur kali ini seperti TV9, Bernama TV dan SINAR.

Malam Tema Rasmi Carfood Sahur

sunting

Ini merupakan salah satu tarikan utama Carfood Sahur yang menjadi amalan tiap tahun setiapkali ianya dianjurkan. Bermula dari 2014 dahulu, malam tema ini terinspirasi ketika berlangsungnya Peranakan Festival, acara tahunan bagi meraikan kepelbagaian kaum dalam satu tempat di Kampung Cina, Kuala Terengganu yang di anjurkan oleh Dewan Perniagaan Cina Terengganu, JKKK Kampung Cina dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu dan NGO PUNCA yang bertanggungjawab untuk membawakan peniaga-peniaga kreatif Terengganu untuk turut sama menjayakan acara ini. Tujuan utama malam tema adalah untuk mengimbau kembali kenangan dimasa silam dimana semua masyarakat dari Melayu, Cina dan India semuanya hidup dengan harmoni. Tema yang dikenakan adalah simbol kepada perpaduan dan membawa maksud kesatuan yang teguh didalam menghormati budaya hidup masing-masing.

Namun berbeza sedikit dengan tema di Carfood Sahur, konsep yang dikenakan adalah pakaian ala-ala Nelayan zaman dahulu, Lelaki berkain Batik atau Pelikat dipadankan dengan baju putih atau baju pagoda. Sementara Wanita mengenakan baju Kurung Kedah dan berkain batik.

Konsep ini telahpun mendapat perhatian pelbagai media seperti UTUSAN Pantai Timur, Berita Harian dan Harian Metro dengan terbitnya artikel yang bertajuk "Bersahur Zaman Silam di Pantai Batu Buruk" - 20 May 2019. Disusuli pula dengan artikel yang dikeluarkan oleh Teganu Kita pada 23 May 2019 yang bertajuk " Car Food Sahur Idea Kreatif Anak Muda Jadi Tarikan".

Derma Amal buat Palestin

sunting

Didalam bersuka ria, Carfood Sahur tidak pernah melupakan golongan yang kurang bernasib baik atau saudara seagama yang tertindas didalam atau luar Negara. Sebahagian kutipan derma busking dan jualan telahpun disalurkan kepada Yayasan Al Khair dan Al-Quds Foundation Malaysia dan disempurnakan pemberian tersebut menerusi majlis makan malam amal Iftar Air Mata Palestin bertempat di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur pada hari Ahad, 26 Mei 2019.

Open Mic Session

sunting

Salah satu segment "Street Dakwah" didalam Carfood Sahur yang membawakan panel tempatan untuk berkongsi pandangan dan pendapat mengenai isu semasa ataupun ketuhanan. Untuk tahun 2019 dengan kerjasama Masjid Al-Muktafi Billah Shah kami membawakan Bro Syafiq, Bro Amir, Bro Afizal, Bro Mustaqim, Bro Raja dan Bro Faizul sebagai panel jemputan sementara diselang selikan dengan persembahan Warisan Buskers yang terdiri daripada Zainy. Aidil Balqis dan Apex Tajudin.

Carfood Sahur "Ditidurkan"

sunting

Pada hujung 2019 ketika komuniti CFS sedang merencana untuk menganjurkan Carfood Sahur 2020. Dunia dihebahkan dengan wabak yang sangat merbahaya, iaitu Pandemik COVID-19 di Malaysia . Tahun pertama apabila Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan menunjukkan petanda yang tidak baik tentang keadaan kesihatan Negara ini yang kian diselubungi oleh COVID-19 ini. Pelbagai sektor telah menerima kesan yang sangat dahsyat apatah lagi penganjuran acara tahunan yang telah dijalankan tiap tahun ini.

Carfood Sahur secara rasminya terpaksa "ditidurkan" atau ditangguhkan pada suatu tarikh atau tahun yang tidak lagi dapat dipastikan.

Carfood Sahur 2022

sunting

Walaupun pada ketika ini Kerajaan telahpun melonggarkan segala aktiviti sosial dan penganjuran acara, namun disebabkan faktor ekonomi masing-masing yang masih kurang stabil memaksa semua ahli komiti dan NGO Mandalika menangguhkan acara Carfood Sahur 2022.

Kebangkitan Carfood Sahur 2023

sunting

Pada akhir tahun 2022, kesan daripada COVID-19 dengan wujudnya lambakan penjaja yang luar biasa disekitar Kuala Terengganu merupakan cabaran utama untuk CFS kembali menganjurkan acara tahunan ini.

Apalagi bila ada pihak penjaja lain yang telah menduduki tapak yang telah cukup sinonim dengan CFS selama 4 tahun sebelum wujudnya COVID-19 ini telah bertapak dengan menganjurkan acara moreh atau sahur yang berkonsepkan yang lebih kurang sama. Hal ini merupakan satu cabaran besar kepada pihak CFS dalam menentukan tempat yang strategik untuk membuat "comeback".

Setelah mengenalpasti beberapa tempat yang berpotensi, pada 25 January 2023 beberapa kertas cadangan telah diterbitkan bagi di bincangkan bersama ahli komiti CFS. Sebuah mesyuarat ringkas diadakan setelah 3 tahun lamanya di kedai milik Aid Punk. Selesai mesyuarat, semua ahli yang terlibat membuat lawatan pada tapak-tapak yang dicadangkan didalam mesyuarat untuk dipertimbangkan sama-sama.

5 Februari 2023, perjumpaan kali ke dua dibuat bagi menentukan lokasi acara serta persiapan yang perlu dibuat dalam masa yang sangat singkat.

20 Februari 2023, mewakili CFS Ida Paloma pergi menghadiri perbincangan dengan Primula Beach Hotel hasil dari perbincangan memberi semangat baru untuk meneruskan secara sewaan.

Setelah melalui pelbagai cabaran dan kaeranah,secara rasminya Carfood Sahur 6.0 dilangsungkan pada 28 Mac sehingga 19 April 2023 bertempat di Lot Parking F Primula Beach Hotel. Menampilkan 27 Vendor yang menyajikan 75 Jenis Makanan dan 15 Jenis Minuman.

Sambutan yang Luar-biasa Hari Pembukaan CFS 6.0 2023

sunting

Hari Pertama, 28 Mac 2023 menyaksikan kejadian yang sangat luar biasa dengan kehadiran pengunjung yang melimpah ruah hadir memenuhi tapak acara Carfood Sahur setelah 3 tahun direhatkan atas faktor-faktor tertentu yang tak dapat dielakkan. Dianggarkan purata pengunjung(berdasarkan jualan hari tersebut) yang hadir dari jam 9 malam sehingga 3 pagi mencapai sekitar 8000 orang pengunjung. Menunjukkan betapa masih utuh dan setianya sokongan terhadap jenama "Carfood Sahur" itu sendiri.

Mendapat liputan Media dan Pempengaruh

sunting

Ekoran dari sambutan luar-biasa hari pertama acara, minggu berikutnya pula dibanjiri dengan hebahan media tempatan dan perkongsian pempengaruh yang tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke acara Carfood Sahur ini. Antaranya adalah terbitan dari Sinar Harian yang bertajuk "Carfood Sahur kembali meriah selepas dihentikan akibat Covid-19".

Rujukan

sunting
  1. https://x.com/OhMyTranung/status/617376121403740160 5 July 2015.
  2. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/06/24/eating-for-charity-at-car-food-sahur-in-terengganu/ "Eating for charity at Car Food Sahur in Terengganu" 24 June 2016.
  3. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/237489/lepak-sahur-di-tepi-pantai-metrotv "Lepak sahur di tepi pantai" https://www.youtube.com/watch?v=0_tUORTVXic&embeds_referring_euri=https%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2F&source_ve_path=MjM4NTE&feature=emb_title13 June 2017.
  4. https://www.malaymail.com/news/eat/drink/2018/06/03/car-food-sahur-at-batu-buruk-beach-continues-to-attract-visitors/1637887 ‘Car Food Sahur’ at Batu Buruk beach continues to attract visitors 3 June 2018.
  5. "Car food Sahur Pikat Pengunjung" https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/06/433397/car-food-sahur-pikat-pengunjung 3 June 2018.
  6. Astro Awani https://www.astroawani.com/berita-malaysia/car-food-sahur-di-pantai-batu-buruk-tarik-ramai-pengunjung-177190 3 June 2018.
  7. Mstar https://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2018/06/03/car-food-sahur 3 June 2018.
  8. https://www.trdi.my/car-food-sahur-idea-kreatif-anak-muda-jadi-tarikan "Carfood Sahur Idea Kreatif anak muda jadi tarikan" 21 Mei 2019.
  9. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/20/car-food-sahur-proves-a-huge-hit-among-locals/ "Carfood Sahur proves a huge hit among locals" 20 Mei 2019.
  10. https://berita.mediacorp.sg/gaya-hidup/kian-ramai-orang-bentang-tikar-sahur-tepi-pantai-di-car-food-175661 "Kian ramai orang bentang tikar sahur tepi pantai di 'Carfood Sahur' " Media Corp Singapore 19 May 2019.
  11. https://batam.tribunnews.com/2019/05/20/car-food-sahur-di-kuala-trengganu-malaysia-setiap-malam-ribuan-pengunjung-gelar-tikar-di-pantai?page=all " 'Car Food Sahur' di Kuala Trengganu Malaysia, Setiap Malam Ribuan Pengunjung Gelar Tikar di Pantai" Tribun News Indonesia 20 May 2019.
  12. https://mediapermata.com.bn/car-food-sahur-terus-dapat-sambutan/ 22 May 2019.
  13. https://www.nst.com.my/news/nation/2019/05/489797/fancy-having-sahur-pre-merdeka-setup "Fancy having sahur pre merdeka setup" NST 19 May 2019.
  14. https://www.bernama.com/en/news.php?id=1727946 Bernama 19 May 2019.
  15. https://www.bernama.com/en/news.php?id=1727946 "Carfood Sahur Kembali Lagi"
  16. https://www.sinarharian.com.my/article/252461/edisi/terengganu/car-food-sahur-kembali-meriah-selepas-dihentikan-akibat-covid-19 "Carfood Sahur kembali meriah selepas dihentikan akibat Covid-19" Sinar Harian 1 April 2023.
  17. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/04/04/car-food-sahur-tonjol-keunikan-tersendiri/ "Carfood Sahur tonjol keunikan tersendiri" 4 April 2023.
  18. https://www.terengganu.gov.my/index.php/ms/arkib/berita-utama/1830-car-food-sahur-kini-kembali-pikat-pengunjung "Carfood Sahur kini kembali pikat pengunjung" Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu 3 April 2023.
  19. https://www.facebook.com/malaysia.travel.my/videos/accentuate-your-sahur-experience-at-car-food-sahur-by-the-beach-with-friends-and/727630662391203/ "Accentuate your sahur experience at Carfood Sahur" Tourism Malaysia 6 April 2023.
  20. https://www.youtube.com/watch?v=-9TRxOswfRc Buletin TV3 4 April 2023.
  21. https://www.tiktok.com/@projektravel/video/7222503453140995355?lang=en Projek Travel 16 April 2023.
  22. https://www.tiktok.com/@tourismterengganu/video/7215810845975072006 Tourism Terengganu 29 Mac 2023.