Kuih lopes
kuih
Kuih lopes merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia diperbuat daripada pulut yang dikukus dalam kukusan. Setelah sejuk, ia dipotong dan digaul dengan kelapa parut kering.
-
Kuih lopes hijau.
Resepi
suntingRamuan
sunting- 1 kg beras pulut
- 5 helai daun pandan
- 1 biji kelapa 1 cawan gula melaka
- Beberapa helai daun pisang
- Tali
Penyediaan
suntingRendam beras pulut sehingga ia kembang dan kukus sehingga setengah masak. Gaulkan pulut dengan perahan air daun pandan. Daun pisang dibuat kelongsong dan diikat bahagian pangkalnya dengan tali. Masukkan pulut tadi ke dalam kelongsong dan pastikan ia tidak terlalu padat dan ikatkan di bahagian hujungnya.
Kukuskan pulut tadi sehingga masak dan sejukkan. Kelapa diparut dan campurkan sedikit garam. Potong pulut yang telah disejukkan dan gaulkan dengan kelapa parut.Hidangkan dengan air gula melaka yang dimasak.