Anjing penuding Mallorca

baka anjing dari Sepanyol
(Dilencongkan daripada Ca Mè Mallorquí)

Anjing penuding Mallorca[a] ialah satu baka anjing penuding Sepanyol yang berasal dari pulau Mallorca, di Kepulauan Balear. Ia digunakan secara tradisinya sebagai anjing penuding dalam perburuan. Ia diiktiraf secara rasmi oleh pemerintah kebangsaan Sepanyol pada tahun 2004, tetapi tidak diiktiraf sama ada oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa atau Real Sociedad Canina de España.

Anjing penuding Mallorca
Nama lainCa mè
Negara asalSepanyol
Trait
Berat Jantan 18–23 kilogram (40–51 lb)
Betina 15–20 kilogram (33–44 lb)
Tinggi Jantan 50–60 sentimeter (20–24 in)
Betina 45–55 sentimeter (18–22 in)
Bulu Pendek dan licin
Warna Hitam padu, perang, jingga atau lemon, dwiwarna dengan putih atau triwarna
Catatandiiktiraf di bawah undang-undang kebangsaan Sepanyol[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Anjing penuding Mallorca berasal dari pulau Mallorca di Kepulauan Balear dan merupakan salah satu daripada beberapa baka anjing penuding sangat serupa yang asli di Sepanyol, termasuk anjing penuding Navarra dan anjing penuding Burgos.[2][3] Baka ini banyak digunakan oleh pemburu Mallorca sepanjang abad kelapan belas, abad sembilan belas, dan awal abad kedua puluh dan, sebagai hasil daripada tulisan sebilangan ahli sukan yang melawat, juga mendapat suatu tahap reputasi antarabangsa semasa tempoh itu.[2][4] Walaupun kebanyakannya terdapat di Mallorca, ia juga lazim di pulau Menorca pada abad kesembilan belas dan abad kedua puluh.[3]

Bilangan baka merosot sepanjang abad kedua puluh kerana peningkatan penggunaan baka penuding import seperti anjing penuding Inggeris dan anjing penuding berbulu pendek Jerman dan, menjelang akhir abad itu, anjing penuding Mallorca hampir pupus.[2]

Sebuah kelab baka, iaitu Club del Ca Mè Mallorquí ("Kelab Anjing Penuding Mallorca"), dibentuk pada tahun 1995[5] dan, pada tahun 2002, diiktiraf oleh Jabatan Pertanian dan Perikanan Pemerintah Kepulauan Balear, yang juga menerbitkan piawaian baka dan mengasaskan buku pembaka untuk anjing penuding Mallorca.[2][3][6]

Anjing penuding Mallorca diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan Sepanyol pada tahun 2004; bersama-sama dengan alano Sepanyol, anjing penuding Garafía, anjing pemburu tikus Mallorca, dan anjing pemburu tikus Valencia, ia ditambahkan ke dalam senarai baka anjing peribumi Sepanyol.[2][3][1]

Pada tahun 2019, baka ini dianggarkan berjumlah beberapa ratus, bukan semuanya didaftarkan dalam buku pembaka.[2]

Perihal

sunting

Anjing penuding Mallorca bersaiz sederhana. Jantan biasanya berdiri setinggi 50–60 cm (20–24 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 18–23 kg (40–51 lb); betina pula adalah lebih kecil sedikit, biasanya kira-kira lebih rendak sebanyak 5 cm (2.0 in) dan lebih ringan sebanyak 3 kg (6.6 lb).[3] Tungkainya panjang dan cukup berotot, dadanya lebar dan dalam, dan ekor dan lehernya agak pendek.[3] Muncungnya lurus, dengan gelambir halus; telinganya terletak tinggi-tinggi, membulat dan bersaiz sederhana, dan tergantung rapat dengan kepala.[3][7]

Lapis bulunya padat, pendek, dan licin.[7] Ia mungkin memiliki mana-mana daripada pelbagai warna termasuk: hitam atau perang padu; dwiwarna hitam dan putih, perang dan putih, jingga dan putih, atau lemon dan putih, berbelak atau berbintik; atau triwarna.[3][7]

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ ماليورکا; Catalan: ca mè mallorquí

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Arias Cañete (2004). 5652. Orden APA/807/2004, de 24 de marzo, por la que se actualiza el anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura (Sepanyol). Boletín Oficial del Estado 77: 13430–13435.
  2. ^ a b c d e f Martínez, A.; Vega, J. L.; Delgado, J. V. (2019). Pons, G. X.; Barceló, A.; Muñoz, M.; del Valle, L.; i Seguí, B. (penyunting). "Caracteritzación genética de razas de caza: casos aplicados a Mallorca" [Pencirian genetik bagi baka pemburu: kes yang berkenaan dengan Mallorca] (PDF). Recerca i gestió dins l'àmbit cinegètic. Mon. Soc. Hist. Nat. Balears (dalam bahasa Sepanyol) (28): 115–117. ISBN 978-84-09-11001-8. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  3. ^ a b c d e f g h Payeras Capella, Llorenç (2009). "Ca Mè Mallorquí". Dalam Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Adán Belmonte, Silvia; Jiménez Cabras, Miguel (penyunting). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan medan kepada baka asli Sepanyol] (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Ministerio de Medio Ambiente y Medio Rural y Marino. m/s. 514–517. ISBN 978-84-491-0946-1.
  4. ^ Ballestero, Elena (18 Mac 2019). "Ca Me Mallorquí, un nuevo reto para la ciencia" [Anjing Penuding Mallorca, Cabaran Baharu untuk Sains]. Última Hora (dalam bahasa Sepanyol). Palma, Sepanyol. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  5. ^ Ca mè mallorquí: Dades generals (Català). Pemerintah Kepulauan Balear. Diarkibkan pada 30 Oktober 2020.
  6. ^ Mateu Morro i Marcé (18 Disember 2002). Ordre del Conseller d'Agricultura i Pesca, de 18 de desembre de 2002, per la qual es crea el Llibre genealògic del Ca mè mallorquí i se'n regula el funcionament (Català). Dalam: Butlletí Oficial de les Illes Balears 156 (28 Disember 2002): 23286–23289.
  7. ^ a b c Ca mè mallorquí: Característiques més destacades (Català). Pemerintah Kepulauan Balear. Diarkibkan pada 30 Oktober 2020.