3°10′50.9″N 101°39′52.4″E / 3.180806°N 101.664556°E / 3.180806; 101.664556

CIDB Holdings
Nama dagangCIDB Holdings
Nama asliCIDB Holdings Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahGovernment Linked-Company
IndustriCabang Pelaburan CIDB Malaysia
Ditubuhkan
PengasasDatuk Prof. Hj. Abdul Rahman Bin Abdullah
Ibu pejabatWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Malaysia
Bilangan lokasiPejabat Perkhidmatan Jaminan Kualiti
(Kota Kemuning Shah Alam)
Tokoh pentingSupian Bin Musa
(Ketua Pegawai Eksekutif)
Mohd Azizi Ali
(Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif)
Perkhidmatan
  • Ujian Produk dan Bahan, Pensijilan, dan Verifikasi
  • Program Latihan dan Pensijilan Pembinaan
  • Inisiatif kolaborasi
Syarikat indukConstruction Industry Development Board (CIDB Malaysia)
Anak syarikatAkademi Binaan Malaysia
Tapak webwww.cidbholdings.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

CIDB Holdings Sdn. Bhd.[1] (Jawi: چيدب هولديڠس; secara rasmi disingkat sebagai CIDB Holdings/CIDBH) ialah anak syarikat milik penuh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB Malaysia). CIDBH mewakili salah satu peranannya sebagai badan kawal selia dan penjaga industri pembinaan Malaysia. Fungsi kami adalah untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti industri pembinaan Malaysia.

Anak syarikat CIDBH, iaitu enam (6) Akademi Binaan Malaysia (ABM) [2], bertindak sebagai pusat penilaian dan latihan CIDB Malaysia; CIDB IBS adalah peneraju dalam penyelesaian serta pemangkin transformasi industri IBS; manakala CIDB Technologies merupakan pusat penilaian dan latihan CIDB Malaysia bagi Kimpalan, Ujian Tanpa Musnah (NDT), dan Operasi Pengecatan & Pengeboman.

Visi dan Misi ۏيسي دان ميسي

sunting

Visi: Untuk menjadi peneraju utama dalam memudahkan program-program CIDB Malaysia.

Misi: Untuk merealisasikan visi CIDB Malaysia dalam membangunkan industri pembinaan Malaysia ke arah daya saing global.

Sejarah سجاره

sunting

Teraju Pertama CIDB Holdings

sunting
  1. Sr. Abdul Latif Bin Hitam - Ketua Pegawai Eksekutif
  2. Razif Jamaluddin - Pengurus Besar
  3. Mohd Azizi Ali - Pengurus
  4. Fadzil Mokhtar - Eksekutif Akaun
  5. Harina Abdul Halim (Allahyarhamah) - Eksekutif Pentadbiran

1997: Penubuhan CIDB Holdings

sunting

CIDBH dimiliki sepenuhnya oleh CIDB Malaysia telah ditubuhkan pada 20 Januari 1997; 27 tahun yang lalu (1997-01-20). Bermula operasi CIDBH ditunjangi oleh lima (5) warga kerja, dimana peranannya pada ketika itu adalah sebagai cabang pelaburan CIDB Malaysia.

1998: Pejabat Pertama Beroperasi

sunting

Pejabat pertama CIDBH di Kompleks Airtel Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Selangor diterajui perintis pengurusan yang diketuai oleh Sr. Abdul Latif Hitam, selaku Ketua Pegawai Eksekutif yang pertama. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam sektor pembinaan.

Selain daripada cabang pelaburan, CIDBH Juga berperanan menjadi pelaksana program yang dikendalikan oleh CIDB Malaysia. Ianya meliputi program-program seperti pengurusan projek, pengurusan acara dan aktiviti pelaburan (penubuhan anak syarikat).

2000-2007: Pemindahan Operasi

sunting

Pada tahun 2000 CIDBH telah berpindah operasinya di Pejabat CIDBH Grand Season KL dan mempunyai tenaga kerja seramai 16 orang. Dalam pada masa itu, Bisnes utama pada tahun 200 adalah sebagai pengurusan projek dan pelaburan dan koodinasi projek.

Pada tahun 2001 CIDBH telah mengerakkan anak syarikat Akademi Binaan (ABM) Malaysia untuk memulakan operasinya di enam (6) buah lokasi seluruh Malaysia. ABM merupakan pusat latihan kemahiran binaan bertauliah di bawah seliaan CIDB Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan latihan kemahiran dan pengurusan berkaitan pembinaan.

2008-2012: Makmal Ujian Pertama

sunting

Makmal ujian produk CIDBH beroperasi pada tahun 2008 di lokasi Jalan Chan Sow Lin, ABM Wilayah Tengah dengan skop Verifikasi Produk Pembinaan (2008) Pensijilan Produk Pembinaan (2010) dan Ujian Produk Jubin Seramik. Makmal tersebut memperolehi pentauliahan Sijil Akreditasi ISO/IEC 17025 (2009) untuk Verifikasi Produk oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM) sebagai Makmal Akreditasi Malaysia (SAMM). Pada tahun 2010 Makmal Ujian Produk CIDBH berpindah ke Makmal Kerja Raya.

2013-2017 Perkembangan Perniagaan CIDBH

sunting

Pada tahun 2013 CIDBH berpindah ke pejabat baru di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) KL. CIDBH terus berkembang melebarkan sayap perniagaanya dengan adanya Program Latihan dan Pensijilan, Pengujian, Verifikasi dan Pensijilan Bahan/Produk Binaan, dan Koordinasi Program dan Projek. Dalam pada itu, CIDBH juga memperolehi pengiktirafan ISO 9001:2008 (2013) untuk Pengurusan Latihan dan ISO/IEC 17065 (2014) untuk Pensijilan Produk.

2018-2019 Pelancaran Makmal Baru

sunting

Pelancaran makmal baru CIDBH yang dikenali sebagai Pejabat Perkhidmatan Jaminan Kualiti CIDB Holdings seramai 12 orang warga kerja yang beroperasi di Kota Kemuning, Shah Alam. Dirasmikan oleh Datuk Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Malaysia pada 7 November 2018 Selain itu, pengoperasian anak syarikat baru iaitu CIDB IBS Sdn Bhd (2018) dan CIDB Technologies Sdn Bhd (2019).

2020-2022 Norma Baharu

sunting

Pada tahun 2020 CIDBH terus tekad dalam megembangkan perniagaan kearah digital dengan adanya ASSURE (Sistem atas talian) yang menawarkan Pengujian, Pensijilan dan Verifikasi Produk Bahan Pembinaan - Besi dan Keluli. Program Latihan dan Pensijilan - Penawaran Kursus Fasiliti, Program Penilaian Kompetensi Kemahiran Pembinaan, Inisiatif Koordinasi Projek dan Kolaborasi, Pembangunan Kemahiran, Penambahbaikan Kemahiran dan Aktiviti Penilaian dan Pembangunan Subsidiari.

Selain itu, telah penglibatkan syarikat di Program Vaksinasi Kebangsaan Industri Pembinaan (CIVAC). CIDBH juga melancarkan beberapa produk atas talian antaranya CIDBLink, BLINK, Star e-Library.

2023-Kini: CIDBH Terus Melangkah Kehadapan

sunting

Pada tahun 2023 CIDBH terus bertambah bilangan warga kerja dengan 72 warga kerja. Pada Julai 2024, Pejabat CIDBH telah berpindah ke bangunan baru di The MET Corporate Towers yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Pengurusan Syarikat ڤڠوروسن شريكت

sunting

Pengerusi CIDB Holdings

sunting
  1. Datuk prof. Hj. Abdul Rahman Bin Abdullah (1997 - 2002)
  2. Datuk Ir. Hamzah Bin Hasan (2003 - 2010)
  3. Dato' Sri Ir. Dr. Judin Bin Abdul Karim (2011 - Mac 2019)
  4. Datuk Ir. Ahmad 'Asri Bin Abdul Hamid (April 2019 - Kini)

Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Holdings

sunting
  1. Sr. Abdul Latif Bin Hitam (2000 - 2004)
  2. Amir Bin Abdullah (2003 - 2010)
  3. Sr. Abdul Latif Bin Hitam (2011 - 2018)
  4. Supian Bin Musa (2019 - Kini)

Galeri logo ڬالري لوڬو

sunting

Lihat Juga ليهت جوڬ

sunting

Rujukan رجوكن

sunting
  1. ^ [Anak Syarikat CIDB Malaysia https://www.cidb.gov.my/anak-syarikat/]
  2. ^ [Anak Syarikat CIDB Holdings https://akademibinaan.com.my/tentang-abm/ ]

Pautan Luar ڤاوتن لوار

sunting