Akademi Binaan Malaysia

Syarikat latihan Malaysia

Akademi Binaan Malaysia [1] (Jawi: اكاديمي بينأن مليسيا secara rasmi disingkat sebagai ABM) ialah anak syarikat CIDB Holdings di bawah seliaan CIDB Malaysia. Akademi Binaan Malaysia dipertanggungjawab menyediakan latihan kemahiran dan pengurusan berkaitan pembinaan, menguju, dan menilai kemahiran serta mengakreditasi pekerja mahir industri pembinaan.

Akademi Binaan Malaysia
Nama dagangAkademi Binaan Malaysia
Jenis/bentuk sahGovernment Linked-Institutions
IndustriPusat Latihan dan Penilaian CIDB Malaysia
Ditubuhkan
Ibu pejabatMalaysia Malaysia
Bilangan lokasi
  • Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah
    Kuala Lumpur
  • Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan
    Johor
  • Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
    Terengganu
  • Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
    Kedah
  • Akademi Binaan Malaysia Sarawak
    Sarawak
  • Akademi Binaan Malaysia Sabah
    Sabah
Perkhidmatan
  • Program Latihan Kompetensi Belia dan Personel Binaan
  • Program Akreditasi Kemahiran CIDB
  • Program Latihan Suai Khas (Customised)
Syarikat indukCIDB Holdings
Tapak webwww.akademibinaan.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Akademi Binaan Malaysia [2], menawarkan kursus yang menjurus kepada latihan kemahiran berkaitan pembinaan meliputi program latihan kompetensi kemahiran belia lepasan sekolah dan personel binaan, program akreditasi kemahiran CIDB dan latihan suai khas.

Kampus ABM

sunting
Cawangan Kampus ABM Alamat Kampus ABM Saiz Kampus Kapasiti Pelatih
Akademi Binaan Wilayah Tengah Jalan Chan Sow Lin 55200 Kuala Lumpur 10 Ekar 300 Pelatih
Akademi Binaan Wilayah Selatan Lot 2067, Batu 3, Jalan Tampoi 81200 Johor Bahru Johor Darul Takzim 200 Ekar 300 Pelatih
Akademi Binaan Wilayah Timur Jenagor, 21700 Kuala Berang Terengganu Darul Iman 118 Ekar 800 Pelatih
Akademi Binaan Wilayah Utara Lot 2991 &2992, Jalan Sintok – Padang Sanai 06010 Sintok Kedah Darul Aman 60 Ekar 700 Pelatih
Akademi Binaan Sarawak Tingkat 1, Blok C, Kompleks CIDB Jalan Sultan Tengah 93050 Kuching Sarawak 60 Ekar 1,000 Pelatih
Akademi Binaan Sabah 0.6 km Jalan Kayu Madang 4, Kampung Kayu Madang, Telipok, 88450 Kota Kinabalu, Sabah 5.01 Ekar 236 Pelatih

Visi dan Misi

sunting

Visi: Untuk mengukuhkan pengaturan keinstitusian untuk kerjasama yang mendapat pengiktirafan global.

Misi: Untuk mengukuhkan struktur institusi dan akan menghasilkan peningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan pembangunan sumber manusia bagi industri pembinaan negara.

Matlamat ABM

sunting
  • Melahirkan lebih ramai personel binaan mahir dan separuh mahir tempatan.
  • Menyediakan peluang kepada pekerja binaan mempertingkatkan tahap kemahiran.
  • Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, peka keselamatan, mementingkan kualiti dan cekap.
  • Menyokong industri pembinaan, memupuk daya saing selari dengan teknologi yang semakin maju.
  • Membangun dan merintis laluan untuk mengeksport pekerja mahir tempatan ke luar negara.
  • Menyediakan kursus yang lebih terancang dengan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi.

Rujukan رجوكن

sunting
  1. ^ [Anak Syarikat CIDB Malaysia https://www.cidb.gov.my/anak-syarikat/]
  2. ^ [Anak Syarikat CIDB Holdings https://akademibinaan.com.my/tentang-abm/ ]

Pautan Luar ڤاوتن لوار

sunting