Córdoba, Sepanyol
Córdoba, Cordova atau Kurtubah (Arab: قُرطُبَة, rumi: Qurṭubah[1]) ialah ibu kota serta bandar raya
wilayah Córdoba, Andalusia, selatan Sepanyol. Terletak di sebelah Sungai Guadalquivir pada 37.88° Utara, 4.77° Barat, bandar raya ini telah diasaskan oleh Claudius Marcellus dengan nama Corduba pada zaman Rom kuno. Pada tahun 2005, jumlah penduduknya adalah 321,164 orang.
Córdoba
Cordova Qurṭubah قرطبة | |
---|---|
Negara | Sepanyol |
Komuniti pemerintahan sendiri | Andalusia |
Wilayah | Córdoba |
Comarca | Córdoba |
Daerah pentadbiran | Córdoba |
Kerabat Diraja | Kerabat Silva |
Pentadbiran | |
• Jenis | Kerajaan Majlis-Datuk Bandar |
• Badan | Ayuntamiento de Córdoba |
• Datuk Bandar | Isabel Ambrosio Palos (PSOE) |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,255.24 km2 (484.65 batu persegi) |
Aras | 120 m (390 ft) |
Penduduk (2008) | |
• Jumlah | 325,453 |
• Kepadatan | 260/km2 (670/batu persegi) |
Demonim | Qurtubi, Kurtubi |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
Poskod | 14001–14014 |
Bahasa-bahasa rasmi | Sepanyol |
Laman sesawang | www |
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Córdoba |
Nama rasmi | Córdoba |
Sebahagian dari | Q100593640, Comarca de Córdoba, Red de Juderías de España |
Inskripsi | 1984 (sesi ke-8) |
Lanjutan | 1994 |
Keluasan | 1,253 km2 (1.349×1010 ka2) |
Laman sesawang | https://www.cordoba.es/ |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Wilayah Córdoba, Sepanyol |
Koordinat | 37°53′N 4°47′W / 37.89°N 4.78°W |
sunting · sunting di Wikidata |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Córdoba, Sepanyol |
Pada hari ini, bandar raya moden yang mempunyai saiz yang sederhana ini mengandungi banyak peringatan seni bina yang menarik tentang zaman ketika Cordoba merupakan sebuah ibu kota yang berkembang maju di bawah Khilafah Cordoba yang memerintah hampir seluruh Semenanjung Iberia. Dianggarkan bahawa Cordoba didiami sehingga 500,000 orang ketika itu, merupakan bandar raya yang kedua terbesar di dunia pada abad ke-10, selepas Byzantium.
Cordoba ialah tempat kelahiran empat orang ahli falsafah yang terkenal:
- Lucius Annaeus Seneca, seorang Rom yang tabah;
- Ibnu Rushd, seorang Islam
- Maimonides, seorang Yahudi
dan mungkin juga Abraham Cohen de Herrera. Cordoba juga merupakan tempat asal Lucan, seorang pemuisi Rom dan lebih terkini, beberapa pelukis flamenko, termasuk Paco Peña, Vicente Amigo, dan Joaquín Cortés.
Sejarah
suntingPrasejarah dan antik
suntingBahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. |
Pemerintahan Islam
suntingCórdoba ditawan pada tahun 711[2] oleh tentera Moor. Tidak seperti kota-kota Iberia yang lain, tiada peristiwa penyerahan diri ditandatangani dan ia ditawan dengan cara serbuan. Córdoba kemudian ditadbir secara terus di bawah pemerintahan Muslim. Para komander Moor menempatkan diri mereka dalam kota dan pada tahun 716 menjadikan ia sebagai sebuah ibu kota wilayah, yang mana tunduk di bawah kekuasaan khilafah Umayyah di Damsyik; dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai قرطبة (Qurṭubah).
Kawasan-kawasan berbeza diagihkan di mana Gereja Saint Vincent dikongsi oleh penganut Kristian dan Islam, sehingga Masjid Cordoba mula dibina di tempat yang sama semasa pemerintahan Abd-ar-Rahman I. Abd al-Rahman membenarkan penganut Kristian untuk membina semula gereja mereka yang musnah membeli separuh Gereja St Vincent daripada pihak Kristian. Pada Mei 766, Cordoba telah dipilih sebagai ibu kota emiriah Muslim merdeka di al-Andalus, kemudian menjadi sebuah khilafah. Semasa zaman kegemilangan khilafah pada tahun 1000 AD, Córdoba didiami sehingga 500,000 penduduk,[3] meskipun anggaran julat antara 350,000 hingga 1,000,000 orang. Pada kurun ke-10 dan ke-11, Córdoba merupakan salah sebuah kota paling maju di dunia selain memiliki pusat kebudayaan, politik, kewangan dan ekonomi yang maju.[4] Masjid Besar Córdoba mula dibina semasa zaman ini. Selepas pertukaran pemerintaha, keadaan mula berubah dengan pantas. "Wizurai al-Mansur–pemerintah tidak rasmi al-Andalus bermula pada 976 sehingga 1002—telah membakar hampir kesemua buku-buku falsafah untuk membodek para ulama Moor; manakala yang selebihnya dijual atau musnah dalam perbalahan sesama sendiri tidak lama kemudian.[5]
Reinhardt Dozy menulis:[6]
The fame of Córdoba penetrated even distant Germany: the Saxon nun Hroswitha, famous in the last half of the 10th century for her Latin poems and dramas, called it the Ornament of the World.
— Reinhardt Dozy
Roger Collins menulis:[7]
The Arab conquest created the conditions for a state of almost permanent warfare in the Iberian Peninsula ... and in scale and intensity exceeded anything to be found elsewhere in Western Europe in these centuries.
— Roger Collins in "Caliphs and Kings: Spain, 796-1031"
Walabagaimanapun, selepas kematian al-Mansur, pertikaian dalaman untuk merebut kuasa antara puak-puak berbeza telah menyebabkan kemusnahan Medina Azahara dan bangunan-bangunan menakjubkan yang lain di Córdoba. Kota ini mula merosot untuk dekad-dekad seterusnya dan selepas kejatuhan khilafah pada tahun 1031, Córdoba menjadi ibu kota bagi taifa republikan yang merdeka. Negara hayat pendek ini kemudian ditakluk oleh Al-Mu'tamid ibn Abbad, pemerintah dari Seville pada tahun 1070 sebelum dijatuhkan oleh Almoravid, dan kemudian oleh khilafah Almohad.
Semasa kejatuhan kota Cordoba, peranan sebagai ibu kota Muslim al-Andalus telah diberikan kepada Seville.
Sejarah moden
suntingSemasa zaman Reconquista Sepanyol, Córdoba telah ditawan oleh Raja Ferdinand III dari Castile pada 29 Jun 1236, selepas dikepung selama beberapa bulan. Kota ini dipecahkan kepada 14 colaciones, dan beberapa bangunan gereja baru telah dibina.
Kota ini terus merosot terutamanya selepas Zaman Pembaharuan. Pada kurun ke-18, jumlah penduduknya menurun kepada 20,000 orang. Jumlah penduduk dan keadaan ekonominya mula bertambah baik hanya bermula pada awal kurun ke-20.
Disebabkan kota ini memiliki banyak tapak-tapak warisan bersejarah, ia kemudian diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 17 Disember 1984. Kota ini juga mempunyai beberapa kawasan moden termasuk daerah Zoco dan stesen keretapi.
Kerajaan wilayah Junta de Andalucía untuk beberapa ketika telah mengkaji untuk membina sebuah Kawasan Metropolitan Córdoba yang mana akan terdiri daripada ibu kota ini sendiri, bandar Villafranca de Córdoba, Obejo, La Carlota, Villaharta, Villaviciosa, Almodóvar del Río dan Guadalcázar. Jumlah penduduk di kawasan ini adalah sekitar 351,000 orang.
Geologi
suntingSuhu dan iklim
suntingBahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. |
Infrastruktur
suntingBahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. |
Bandar-bandar kembar
suntingBahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. |
Rujukan
sunting- ^ "Bekas-Bekas Peninggalan Islam di Semenanjung Sepanyol" (Mei 1954). Qalam no. 46. m/s. 15-6, 25 - melalui Persatuan Penyelidikan Jawi Jepun Pusat Pengajian Bidang Bersepadu, Universiti Kyoto, Jepun
- ^ "Córdoba History". Dicapai pada 16 July 2009.
- ^ J. Bradford De Long and Andrei Shleifer (October 1993), "Princes and Merchants: European City Growth before the Industrial Revolution", The Journal of Law and Economics, University of Chicago Press, 36 (2): 671–702 [678], doi:10.1086/467294
- ^ Gilman, D. C.; Peck, H. T.; Colby, F. M., penyunting (1905). . New International Encyclopedia (ed. 1st). New York: Dodd, Mead.
- ^ http://www.spainthenandnow.com/spanish-history/cordoba-historical-overview/default_41.aspx
- ^ "Spain from the 6th to 12th Century History". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-18. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Roger Collins, Caliphs and Kings: Spain, 796-1031, ISBN 978-0-631-18184-2
- Sumber utama