Abdul Rahman I
Abdul Rahman I juga disebut sebagai Abd ar-Rahman I atau Abdul Rahman al-Dakhil ("Pendatang") merupakan pengasas khilafah Cordoba. Beliau mengembara bersama-sama pengawal peribadinya selepas kejatuhan kerajaan bani Umaiyah di Damsyik sehingga sampai di Sepanyol. Setibanya di sana, beliau memaklumkan tentang keadaan pergolakan dan pertukaran tampuk pemerintahan di benua Arab. Dengan itu, kerajaan Islam di Sepanyol mengisytiharkan pemisahan daripada kerajaan bani Abbasiyah dan melantik Abdul Rahman I sebagai Amir bagi kerajaan Islam Sepanyol.
Abd al-Rahman I | |
---|---|
Emir Córdoba Pertama | |
Pemerintahan | 15 Mei 756– Oktober 788 |
Didahului oleh | Yusuf ibn 'Abd al-Rahman al-Fihri (sebagai gabenor al-Andalus) |
Diikuti oleh | Hisham I |
Keputeraan | 731 Palmyra, berhampira Damsyik, ash-Sham |
Kemangkatan | Oktober 788 (umur 57) Córdoba, Al-Andalus |
Pasangan | Hulal |
Anakanda | Sulayman Omar Hisham I Abdallah |
Dinasti | Umayyad |
Ayahanda | Mu'awiya ibn Hisham |
Bonda | Ra'ha, isteri berketurunan Berber daripada puak Nafza[1] |
Agama | Islam |
Kematian
suntingTarikh sebenar kematian Abdul Rahman pada azalinya masih samar, namun, para sejarawan telah menyifatkan bahawa beliau telah meninggal sekitar tahun 785 hingga 788 M. Abdul Rahman telah meninggal dunia di Bandar Cordoba (City of Cordova) dan dikebumikan di suatu tapak yang digelar "Mezquita". Sebelum kematiannya, Abdul Rahman, telah mewasiatkan anak lelaki kesayangannya Hisham I untuk mewarisi takhta Kerajaan Bani Umaiyah di Sepanyol.
Rujukan
sunting- ^ Granada: A Case Study of Arab Urbanism in Muslim Spain, James Dickie, The Legacy of Muslim Spain, ed. Salma Khadra Jayyusi and Manuela Marín, (Brill, 1994), 19.
Didahului oleh - |
Ketua Umaiyah | Diikuti oleh: Hisham I |
Amir Cordoba 788–796 |