Anjing Castro Laboreiro
Anjing Castro Laboreiro[a], anjing lembu Portugis[b], anjing pengawal Portugis, atau anjing penjaga Portugis[c] ialah satu baka anjing daripada jenis anjing penjaga haiwan ternakan yang berasal dari Castro Laboreiro di pergunungan utara di Portugal.[1]
Nama lain | Anjing lembu Portugis Anjing pengawal Portugis Anjing penjaga Portugis | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Portugal | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah
suntingNama Portugis-nya, yang memaksudkan "anjing [dari] Castro Laboreiro", merujuk sebuah bandar kecil di utara jauh Portugal, kini sebuah paroki di kawasan perbandaran Melgaço. Bandar ini terletak di pergunungan sama dengan Taman Negara Peneda-Gerês.[2] Walaupun kini disambungkan dengan lebuh raya moden, kawasan pergunungan dan berbatu itu dahulunya agak terpencil. Baka moden diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan sangat lama, yang bekerja dengan gembala haiwan ternakan di pergunungan dan mempertahankan haiwan ternakan daripada serigala dan pemangsa besar lain.
Asal usul baka ini tidak diketahui, walaupun banyak legenda diberikan. Kelab baka Portugis menyatakan bahawa "Semua yang bertulis tentang asal usulnya semata-mata cereka, tanpa sebarang ketepatan saintifik atau sejarah ... data adalah jarang atau tidak wujud ... kebanyakan baka penjaga dan baka gembala tidak mempunyai catatan sebelum tahun 1900".[3]
Terdapat sebutan anjing Castro Laboreiro pada abad ke-19 tetapi bukan sebelum tahun 1800. Camilo Castelo Branco dalam novel beliau A Brasileira de Prazins (1882) menyebut "anjing-anjing dari Castro Laboreiro, sangat garang ..."[3]
Kajian-kajian genetik moden telah menunjukkan bahawa baka moden adalah unik berbanding dengan baka-baka serupa lain di Portugal.[4]
Ia dikatakan "ganas terhadap serigala."[1]
Dengan pembasmian serigala dan pemangsa besar lain, anjing Castro Laboreiro kehilangan kegunaan aslinya. Perubahan kaedah pertanian sepanjang seratus tahun terkini menyebabkan banyak anjing ini ditinggalkan, lalu menjadi jalang dan menjadi masalah untuk mereka yang menternak lembu dan kuda.[perlu rujukan]
Kini, baka ini kebanyakannya telah dikeluarkan dari wilayah dan tujuan aslinya dan dibela sebagai anjing pendamping dan pengawal. Ia pertama kali dipamerkan dalam pameran anjing pada tahun 1914 dan piawaian baka bertulis pertama adalah oleh doktor haiwan Manuel Marques pada tahun 1935 apabila baka ini diiktiraf oleh Clube Português de Canicultura, kelab kenel rasmi Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) untuk Portugal yang didirikan pada tahun 1897.[5] Anjing Castro Laboreiro diiktiraf oleh FCI dalam Kumpulan 2, Seksyen 2.2: Mastif, Jenis Gunung, Portugal (baka nombor 150).[6] Ia juga diiktiraf, dengan nama Portugisnya, oleh United Kennel Club di Amerika Syarikat, dalam kumpulan Kumpulan Anjing Penjaga-nya. Ia mungkin juga disenaraikan dengan nama cão de Castro Laboreiro, nama dengan bunyi serupa, atau versi bahasa Inggeris berlainan bagi namanya (seperti Portuguese cattle dog, "anjing lembu Portugis", atau Portuguese watchdog, "anjing pengawal Portugis") oleh pembiak baka komersial besar, kelab kenel kecil yang memerlukan pengesahan baka sedikit atau tidak memerlukan pengesahan baka untuk pendaftaran, dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet yang mempromosikannya sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan baharu menurut fesyen atau unik. Walau apa pun, angka spesimen baka ini tidak melebihi 500 ekor di seluruh dunia. Di Portugal, terdapat enam orang pembiak baka, ditambahi dengan beberapa lagi di tempat lain di Eropah (di United Kingdom dan di Jerman) dan seorang di Amerika Syarikat.[perlu rujukan]
Penampilan
suntingPenampilan terpiawai yang untuknya anjing Castro Laboreiro telah dibiakbakakan adalah bergaris luar mirip serigala. Ia merupakan anjing besar, tetapi tidak terlalu besar. Ketinggian tidak patut melebihi 60 cm (24 in) pada paras kelasa dan berat tidak patut melebihi 40 kg (88 lb); betina agak lebih kecil. Warna lapis bulu kerap diperihalkan dengan istilah-istilah serigala: "warna serigala gelap", "warna serigala cerah". Kebanyakan pembiak baka lebih menyukai warna yang dianggap paling tulen, yang dipanggil "warna gunung" (cor do monte),[7] juga diperihalkan serupa dengan lapis bulu serigala, namun sebagai kelabu cerah dan gelap bercampur berselang-seli dengan helaian bulu (bukan tompok-tompok) yang berwarna perang (dipanggil "biji pain") atau merah gelap (dipanggil "mahogani"), lalu membentuk corak brindle menyeluruh.[8]
Isu kesihatan
suntingIsu kesihatan yang spesifik untuk baka ini belum didokumenkan. Anjing yang diwakili sebagai anjing Castro Laboreiro mungkin bercampur dengan baka-baka lain, yang mungkin mempunyai masalah kesihatan genetik lain. Pembeli anak anjing patut bertanya kepada pembiak baka tentang jenis pengujian kesihatan yang dilakukan pada induk jantan dan betina; pembiak baka bertanggungjawab tentu dapat memberikan maklumat. Status "baka jarang" tidak menjamin keimunan daripada penyakit terwaris atau kehilangan upaya.
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ کسترو لابوريرو ; Portugis: cão de Castro Laboreiro ; bahasa Inggeris: Castro Laboreiro dog
- ^ Jawi: انجيڠ لمبو ڤورتوݢيس ; bahasa Inggeris: Portuguese cattle dog
- ^ Jawi: انجيڠ ڤڠاول ڤورتوݢيس; انجيڠ ڤنجاݢا ڤورتوݢيس ; bahasa Inggeris: Portuguese watchdog
Rujukan
sunting- ^ a b Pugnetti, Gino (15 November 1980). Schuler, Elizabeth Meriwether (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs [Panduan Simon & Schuster untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. m/s. 91. ISBN 9780671255275. OCLC 778984341.
- ^ "Panoramio is no longer available". www.panoramio.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2005.
- ^ a b "História" [Sejarah]. APCCL.net (dalam bahasa Portugis). Associação Portuguesa do Cão de Castro Laboreiro. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2015. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ van Asch, Barbara; Pereira, Luísa; Pereira, Filipe; Santa-Rita, Pedro; Lima, Manuela; Amorim, António (22 Jun 2005). "MtDNA diversity among four Portuguese autochthonous dog breeds: a fine-scale characterisation" [Kepelbagaian mtDNA dalam kalangan empat baka anjing autokton Portugis: pencirian berskala halus]. BMC Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 6 (1): 37. doi:10.1186/1471-2156-6-37. ISSN 2730-6844. PMC 1180824. PMID 15972107. S2CID 12782147.
- ^ Clube Portugues de Canicultura (dalam bahasa Portugis)
- ^ "FCI breeds nomenclature: Group 2 : Pinscher and Schnauzer - Molossoid and Swiss Mountain and Cattledogs" [Tatanama baka FCI: Kumpulan 2: Pincer dan Schnauzer - Molossoid dan Anjing Gunung dan Anjing Lembu Switzerland] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 13 Julai 2024.
- ^ ""cor do monte", que é considerada uma característica étnica" ["warna gunung", yang dianggap sebagai ciri etnik] (dalam bahasa Portugis). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2012. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 170 CÃO DE CASTRO LABOREIRO (Castro Laboreiro Dog)" [Piawaian FCI No. 170 Anjing Castro Laboreiro] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Clube Português de Canicultura. Disemak oleh Jennifer Mulholland dan Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Januari 2011. Dicapai pada 13 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
Bacaan lanjut
sunting- Hancock, David (31 Ogos 2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds [Anjing Para Gembala: Ulasan Baka Pastoral] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847978097. OCLC 900020382.
- Kojima, Toyoharu (4 Ogos 2005). Legacy of the Dog: The Ultimate Illustrated Guide [Legasi Anjing: Panduan Berilustrasi Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Tetsu Yamazaki. (ed. ke-2 semakan dan kemas kini). San Francisco, California, Amerika Syarikat: Chronicle Books. ISBN 9780811851138. OCLC 1348267081.