Bunga akar kuning
spesies tumbuhan
Bunga akar kuning,[2] turut disebut akar cempaka kuning, cempaka hutan, bunga loceng dan alamanda kuning;[2] dengan nama saintifik Allamanda cathartica ialah tumbuhan hiasan genus Allamanda dalam keluarga Apocynaceae. Ia tempatan dari Brazil. Tumbuhan Amerika Selatan ini hidup dengan subur di kawasan terik cahaya matahari dan tanah lembap.[3]
Bunga akar kuning | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Asterid |
Order: | Gentianales |
Keluarga: | Apocynaceae |
Genus: | Allamanda |
Spesies: | A. cathartica
|
Nama binomial | |
Allamanda cathartica | |
Sinonim[1] | |
|
Ia tidak melilit mahupun mempunyai sulur paut atau akar udara. Ia boleh dipangkas membentuk rerenek. Sekiranya tidak dipangkas ia mampu terkapar sehingga 20 kaki tinggi. Bandar Canóvanas, Puerto Rico menerima spesies yang dikenali setempat selaku canario amarillo ini, menjadi bunga rasminya.[4] Ia turut menjadi bunga rasmi Dewan Bandaraya Kuching Utara dan disebut kecobong.[5]
Galeri
sunting-
Sepasang bunga akar kuning.
-
Bunga akar kuning.
-
Buah akar kuning.
Rujukan
sunting- ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species". Dicapai pada 10 Julai 2014.
- ^ a b "Bunga akar kuning - Kamus Bahasa Melayu". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
- ^ "Allamanda cathartica L." Flora Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. 2019. Dicapai pada 2022-02-02.
- ^ Símbolos Oficiales. Diarkibkan 2014-08-22 di Wayback Machine Municipio de Canóvanas.
- ^ DBKU (2 Februari 2022). "Bunga Rasmi Bandaraya". Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kuching Utara. Dewan Bandaraya Kuching Utara. Dicapai pada 2022-02-02.
Lihat juga
suntingSenarai pokok | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |