Cempaka kuning

spesies tumbuhan

Cempaka kuning, cempaka merah, cempaka atau cempa (nama botani: Magnolia champaca) ialah sejenis bunga daripada spesies tumbuhan dalam keluarga Magnoliaceae.[2] Tumbuhan ini berasal dari ekozon Indomalaya yang terdiri daripada Asia Selatan, Tibet serta barat daya Yunnan di selatan China, Indochina dan Asia Tenggara.[4][7][8] Ia boleh ditemui di kawasan-kawasan ekologi hutan tropika dan subtropika lembap pada ketinggian 200-1,600 meter.[4]

Cempaka kuning
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Magnoliid
Order: Magnoliales
Keluarga: Magnoliaceae
Genus: Magnolia
Subgenus: Magnolia subg. Yulania
Seksyen: Magnolia sek. Yulania
Subseksyen: Magnolia subsek. Michelia
Spesies:
M. champaca
Nama binomial
Magnolia champaca
Sinonim[2]
Senarai
    • Champaca michelia Noronha
    • Magnolia membranacea P.Parm.
    • Michelia aurantiaca Wall.
    • Michelia blumei Steud.
    • Michelia champaca L.[3]:34[4][5][6]
    • Michelia euonymoides Burm.f.
    • Michelia rheedei Wight
    • Michelia rufinervis DC.
    • Michelia sericea Pers.
    • Michelia suaveolens Pers.
    • Sampacca euonymoides (Burm.f.) Kuntze
    • Sampacca suaveolens (Pers.) Kuntze

Ia dikenali dengan baunya yang kuat dan harum.[3]:115

Penamaan

sunting

Perkataan cempaka (Jawi: چمڤاک) dan cempa (Jawi: چمڤا) menyerap daripada perkataan Sanskrit: चम्पक, rumi: campaka.[9] Nama cempa digunakan di Semenanjung Melayu.[6]

Botani

sunting

Pokok cempaka kuning tumbuh sehingga ketinggian 50 m. Helai daunnya hijau dan besar dengan ukuran 10-30 sentimeter panjang dan 4-10 sm lebar.[3]:114

Pokok cempaka berbunga selepas 4-5 tahun, tempoh berbunganya sekali dari bulan Jun hingga bulan September[4] atau sepanjang tahun bergantung kepada cuaca tempatan. Sekuntum bunga cempaka terdiri daripada 10-20 kelopak yang lebat dan panjang dengan ukuran 3-5.5 sm.[3]:114

Buahnya berbentuk bujur dengan ukuran 7-15 sm panjang; setiap biji buah pokok cempaka mengandungi 2-4 butir biji benih.[4] Burung juga menggemari buah dari pokok ini.

Hubungan dengan manusia

sunting

Bunga cempaka pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas kemerdekaannya dimasyhurkan sebelum dikalahkan oleh bunga raya pada 1960.[10]

Ia ditanam untuk pembalakan dan juga pokok lanskap di bandar-bandar.[perlu rujukan]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Khela, S. (2014). "Magnolia champaca". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2014: e.T191869A15267603. doi:10.2305/IUCN.UK.2014-3.RLTS.T191869A15267603.en. Dicapai pada 6 November 2022.
  2. ^ a b c "Magnolia champaca (L.) Baill. ex Pierre". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2023. Dicapai pada 19 Ogos 2023.
  3. ^ a b c d Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 34–35, 114–115. ISBN 9789676118929.
  4. ^ a b c d e "Michelia champaca Linnaeus". Flora of China. eFloras. n.d. Dicapai pada 6 November 2022.
  5. ^ "Michelia champaca". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  6. ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "chĕmpaka". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 205 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  7. ^ "Magnolia champaca". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 6 November 2022.
  8. ^ "Michelia champaca". Annotated Checklist of the Flowering Plants of Nepal. eFloras. Dicapai pada 6 November 2022.
  9. ^ Edi Sedyawati; Ellya Iswati; Kusparyati Boedhijono; D. Dyah Widjajanti (1994). "cempaka". Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 51. ISBN 979-459-416-4.
  10. ^ "Bunga Kebangsaan". Maklumat Malaysia. Kerajaan Malaysia. 2021. Dicapai pada 19 Ogos 2023.

Pautan luar

sunting