Buchimgae
Buchimgae (부침개), atau lempeng Korea, merujuk secara meluas kepada apa-apa jenis bahan goreng leper dalam adunan telur atau adunan yang bercampur dengan bahan-bahan lain.[1][2][3] Secara lebih khusus pula, ia hidangan yang dibuat dengan menggoreng adunan pekat yang dicampur dengan telur dan bahan-bahan lain sehingga lempeng rata nipis terbentuk.[4]
Buchimgae | |
---|---|
![]() Banga-buchimgae (lempeng pudina Korea) | |
Nama alternatif | Lempeng Korea, Korean pancake, buchim, jijim, jijimgae, jijimi, jeonbyeong |
Jenis | Gorengan |
Jenis sajian | Pembuka selera, banchan, anju |
Tempat asal | Korea |
Masakan berkaitan | Masakan Korea |
Bahan utama | Ikan, daging, ayam, makanan laut, sayur-sayuran, tepung, telur |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Nama Korea | |
---|---|
Hangul | 부침개 |
Hanja | n/a |
Perumian Semakan | buchimgae |
McCune–Reischauer | puch'imgae |
Jenis
suntingBuchimgae
sunting- hobak-buchimgae (호박부침개) – lempeng zukini Korea[5]
- kimchi-buchimgae (김치부침개) – lempeng kimci
- memil-buchimgae (메밀부침개) – lempeng gandum kuda
- beberapa jenis pajeon (파전) – lempeng daun bawang
- beberapa jenis buchu-jeon (부추전) – lempeng daun kucai
Jeon
suntingJeon ialah hidangan yang dibuat dengan menggoreng campuran berperisa dengan ikan, daging, dan sayur-sayuran yang dihiris atau dicincang ke dalam minyak. Bahan-bahan ini disalut dengan tepung gandum sebelum campuran digoreng di dalam minyak.[6]
Bindae-tteok
suntingBindae-tteok ialah hidangan yang dibuat dengan mengisar biji kacang hijau yang telah direndam, ditambahkan sayuran dan daging, dan dimasak sehingga campuran telah mencapai bentuk bulat dan leper. Tiada tepung atau telur ditambah ke dalam bindae-tteok.[7]
Jangtteok
suntingJangtteok ialah hidangan yang dibuat dengan menambah tepung gandum kepada gochujang atau doenjang (pes kacang soya). Sayur-sayuran seperti daun bawang ditambahkan dan campuran digoreng dalam minyak di atas kuali leper.
Galeri
sunting-
Pelbagai jenis buchimgae
-
Aehobak-buchimgae (lempeng zukini Korea)
-
Bindae-tteok (lempeng kacang hijau)
-
Buchimgae pajeon (lempeng daun bawang)
-
Daseulgi-buchimgae (lempeng siput air tawar)
-
Kimchi-buchimgae (lempeng kimci)
-
Memil-buchimgae (lempeng gandum kuda)
-
Mil-jeonbyeong (lempeng gandum) berinti
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Allchin, Catherine M. (8 Mac 2016). "Korean pancakes are salty, savory, sublime". The Seattle Times. Dicapai pada 5 Disember 2016.
- ^ "buchim" 부침. Korean–English Learners' Dictionary. National Institute of Korean Language. Dicapai pada 8 Disember 2016.
- ^ Kim, Rahn (30 September 2014). "Guess the most searched words about Korea". The Korea Times. Dicapai pada 28 Mei 2017.
- ^ "buchimgae" 부침개. Korean–English Learners' Dictionary. National Institute of Korean Language. Dicapai pada 8 Disember 2016.
- ^ Ro, Hyo-sun (8 Ogos 2014). "Hobak buchim (zucchini pancakes)". The Korea Herald. Dicapai pada 28 Mei 2017.
- ^ "jeon" 전. Korean–English Learners' Dictionary. National Institute of Korean Language. Dicapai pada 8 Disember 2016.
- ^ "bindae-tteok" 빈대떡. Korean–English Learners' Dictionary. National Institute of Korean Language. Dicapai pada 8 Disember 2016.