Brendan Gan

Pemain bola sepak Malaysia

Teks tebal

Brendan Gan
Brendan Gan ketika bermain untuk Sydney
Maklumat peribadi
Nama penuh Brendan Gan Seng Ling
Tarikh lahir (1988-06-03) 3 Jun 1988 (umur 36)
Tempat lahir Sutherland Shire, Australia
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kuala Lumpur City
Nombor 88
Kerjaya remaja
0–1999 Marton Hammers
2000–2007 Sutherland Sharks
2008–2009 Sydney FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008 Sutherland Sharks 15 (6)
2008–2011 Sydney FC 38 (5)
2011 Bonnyrigg White Eagles 9 (2)
2011–2012 Sabah 19 (2)
2013–2014 Rockdale City Suns 22 (3)
2014–2016 Kelantan 31 (0)
2018–2019 Perak 28 (5)
2020–2023 Selangor 60 (12)
2024– Kuala Lumpur City 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2014 Malaysia B-23 5 (0)
2014– Malaysia 37 (1)
Pengalaman
Bola sepak Lelaki
Mewakili  Malaysia
Piala AFF
Tempat ketiga 2022
Piala Raja Thailand
Naib-juara 2022
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 Febuari 2024
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2024

Brendan Gan Seng Ling (Cina ringkas: 颜兴龙Cina tradisional: 顏興龍pinyin: Yán Xìng Lóng; lahir pada 3 Jun 1988) merupakan pemain bola sepak yang kini bermain dengan pasukan Kuala Lumpur City dalam Liga Super Malaysia sebagai pemain tengah. Beliau dilahirkan di Australia namun beliau bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

Kerjaya Kelab

sunting

Gan mula bermain bola sepak untuk kelab tempatan, Marton Hammers sebelum dia menandatangani perjanjian dengan Sutherland Sharks pada tahun 2000 ketika dia berusia dua belas tahun dan telah melalui gred belia mereka untuk membuat penampilan pertama untuk kelab pada itu tahun 2008. Beliau tidak pernah mengecewakan penyokongnya dengan persembahanya tiap-tiap minggu yang telah membawa beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Premier New South Wales.

Sydney FC

sunting

Gan telah ditandatangani oleh Sydney FC untuk skuad Liga Belia Kebangsaan sebelum saingan daripada kelab A-League.[1][2] Pada 28 November 2008, beliau membuat penampilan pertama untuk Sydney FC menentang Queensland Roar dengan penampilan kameo selama 5 minit.[3][4] Pada 7 Disember, beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-78 untuk Sydney FC menentang Newcastle Jets untuk memberikan mereka kemenangan pertama dalam 7 perlawanan.[5]

Gan telah diberikan penampilan pertama senior penuh pada 13 Disember menentang Central Coast Mariners.[6] Beliau menjaringkan gol kedua ketika menentang Melbourne Victory dengan rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti.[7] Brendan menjaringkan gol ketiga seniornya menentang Wellington Phoenix dengan tandukan kuat dari sepakan sudut. Gol ini memberikan Sydney FC kemenangan 2–0 ke atas Wellington dan meletakkan mereka di tangga teratas, melonjakkan Gold Coast United. Pada 2 Disember 2010, hanya dalam permulaan keduanya untuk musim ini, dia menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 3–1, sekali lagi menentang Wellington Phoenix. Dia dibebaskan dari Sydney, bersama beberapa pemain lain pada akhir kempen Liga Juara-Juara AFC 2011.[8]

Bonnyrigg White Eagles

sunting

Gan menandatangani kontrak untuk Bonnyrigg White Eagles dalam Liga Perdana NSW, dan membuat penampilan pertama dalam perlawanan Pusingan 15 menentang Sydney United.

Sabah FA

sunting

Pada 17 November 2011, Brendan Gan telah menyertai sebuah kelab Malaysia, Sabah FA sebagai salah satu daripada dua pemain asing yang dibenarkan di Liga Super Malaysia 2012. Brendan, bersama-sama dengan rakan senegaranya, Michael Baird telah menandatangani kontrak selama setahun dengan Sabah.[9]

Rocdale City Sun

sunting

Karier Brendan Gan di Sabah hanya bertahan semusim sahaja. Pada tahun 2013, Brendan Gan kembali ke Australia dan menyertai kelab Rockdale City Suns.[10]

Kelantan FA

sunting

Pada November 2013, Gan kembali ke Malaysia dan menandatangani kontrak tiga tahun dengan kelab Liga Super Malaysia, Kelantan menjelang musim 2014. Dia sepatutnya didaftarkan sebagai pemain tempatan Kelantan tetapi tidak mendapat kelulusan FAM kerana menurut FAM, mana-mana pemain untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan diwajibkan memiliki kad pengenalan atau pasport Malaysia. Pada 6 April, beliau secara rasmi memperoleh kad pengenalan sebagai rakyat Malaysia dan telah didaftarkan oleh Kelantan sebagai pemain tempatan semasa jendela perpindahan April 2014.[11][12][13][14]

Gan membuat penampilan pertama ketika perlawanan antara Kelantan menentang Terengganu yang berkesudahan 1–1. Dalam perlawanan pertama Liga Super Malaysia 2015, Gan mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate serius di lutut kanannya yang akan menghalangnya untuk hampir sepanjang musim 2015.[15] Pada September 2016, Brendan mengalami satu lagi kecederaan ACL, kali ini di lutut kirinya yang menyebabkan dia tidak bermain selama 10 bulan, menyebabkan dia tidak dapat beraksi pada Piala AFF 2016 di mana dia dilepaskan oleh kelab itu pada penghujung 2016.[16]

Perak FA

sunting

Selepas pulih daripada kecederaan ACL jangka panjang, Pada 15 Disember 2017, Gan menandatangani kontrak dengan Perak.[perlu rujukan] Pada 24 Februari 2018, Brendan bermain perlawanan bola sepak dalam lebih setahun semasa perlawanan menentang Pahang FA. Beliau akan bermain dalam perlawanan pusingan awal 2 Liga Juara-Juara AFC 2019 menentang kelab Hong Kong, Kitchee di mana beiau bermain sepanjang minit ke-120 membantu kelab itu mara ke pusingan play-off terakhir menentang Korea Ulsan Hyundai. Pada 8 Februari 2019, beliau menjaringkan gol pertama untuk kelab itu dalam keputusan seri 1–1 menentang Kedah FA.

Selangor

sunting

Pada 1 Disember 2019, Gan secara rasmi menyertai kelab Liga Super Malaysia, Selangor. Pada Julai 2021, Gan disahkan menghidap kanser testis dan terlepas baki musim.[17][18] Pada Jun 2022, beliau kembali dengan keputusan 7–0 ke atas Sarawak United, menjaringkan dua gol. Beliau dilantik sebagai kapten Selangor sejak 2021. Pada penghujung musim Liga Super Malaysia 2023, Selangor mengesahkan pemergian Gan bersama mereka selepas empat musim bersama.[perlu rujukan]

Kerjaya Antarabangsa

sunting

Gan membuat penampilan pertama bersama Malaysia sebagai pemain berlebihan dengan pasukan Malaysia bawah-23 menentang Yemen bawah-23 dalam persiapan untuk Sukan Asia 2014.

Senior

sunting

Gan kemudiannya membuat untuk pasukan kebangsaan Malaysia pada 24 Mac 2016 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 menentang Arab Saudi. Dia menjaringkan gol antarabangsa pertama dalam kemenangan 2–1 ke atas Thailand semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2022.

Kehidupan peribadi

sunting

Gan dilahirkan di Australia kepada seorang ibu Australia dan bapa Cina Malaysia dari Seremban, Negeri Sembilan.[perlu rujukan]

Statistik kerjaya

sunting

Pasukan

sunting
Sehingga 2 Februari 2024
Penampilan dan gol mengikut pasukan, musim dan pertandingan
Pasukan Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Benua[c] Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sutherland Sharks 2008 Liga Perdana NSW 15 6 3 0 18 6
Jumlah 15 6 3 0 18 6
Sydney FC 2008–09 Liga-A 9 2 9 2
2009–10 19 1 3 0 22 1
2010–11 10 2 10 2
2011–12 0 0
Jumlah 38 5 3 0 41 5
Bonnyrigg White Eagles 2011 Liga Perdana NSW 9 2 1 0 10 2
Jumlah 9 2 1 0 10 2
Sabah 2012 Liga Super Malaysia 19 2 1 0 1 0 21 2
Jumlah 19 2 1 0 1 0 21 2
Rockdale City Suns 2013 Liga Perdana Nasional 22 3 4 0 26 3
Jumlah 22 3 4 0 26 3
Kelantan 2014 Liga Super Malaysia 13 0 2 0 8 0 23 0
2015 1 0 1 0
2016 17 0 1 0 5 0 23 0
Jumlah 31 0 3 0 13 0 47 0
Perak 2018 Liga Super Malaysia 12 1 1 0 10 1 23 2
2019 16 4 5 1 8 2 1 0 30 7
Jumlah 28 5 6 1 18 3 1 0 53 9
Selangor 2020 Liga Super Malaysia 10 4 1 0 11 4
2021 11 0 11 0
2022 16 5 3 0 7 0 26 5
2023 23 3 2 1 4 0 29 4
Jumlah 60 12 5 1 12 0 77 13
Kuala Lumpur City 2024–25 Liga Super Malaysia 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 222 35 26 2 43 3 2 0 293 40
  1. ^ Termasuk Piala FA Malaysia kecuali Australia
  2. ^ Termasuk Piala Malaysia kecuali Australia
  3. ^ Termasuk Liga Juara-Juara AFC

Antarabangsa

sunting
Sehingga 26 Mac 2024
Kemunculan dan gol mengikut pasukan dan tahun
Pasukan Tahun Kemunculan Gol
Malaysia 2016 7 0
2019 8 1
2021 5 0
2022 4 0
2023 6 0
2024 7 0
Jumlah 37 1
No Tarikh Tempat Kap Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 14 November 2019 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia 14   Thailand 1–1 2–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022

Anugerah

sunting

Selangor

sunting

Antarabangsa

sunting

Malaysia

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Gan: I'm Only Here For A Year
  2. ^ Sydney's Gan set for homecoming, au.fourfourtwo.com. Accessed 8 Mei 2024.
  3. ^ Hassett, Sebastian (28 November 2008). "Kosmina turns to young Gan". The Sydney Morning Herald.
  4. ^ "Gan's the man most likely to soar". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2012. Dicapai pada 4 Disember 2008.
  5. ^ "Brendon Gan helps lift Sydney FC to victory over Newcastle Jets". foxsports.com.au. Dicapai pada 8 Mei 2024.
  6. ^ "Kosmina to give Brendan Gan full debut". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2011. Dicapai pada 3 Januari 2009.
  7. ^ Hassett, Sebastian (30 Disember 2008). "Gan lights up Sydney's darkest days". The Sydney Morning Herald.
  8. ^ "Sydney FC player clean out". SBS – The World Game. 14 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2011. Dicapai pada 14 Mei 2011.
  9. ^ Former rising star given another chance for shot at Glory, smh.com.au. Retrieved 18 November 2011.
  10. ^ Carayannis, Michael (6 Mac 2013). "Malaysian stint pays off for Gan". St George & Sutherland Shire Leader.
  11. ^ Transfer News: Kelantan want Brendan Gan as local player Retrieved at 23 November 2013
  12. ^ "KAFA will find a way to sign Brendan Gan as a local player". Yahoo.com. malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2014. Dicapai pada 24 April 2014.
  13. ^ "Brendan Gan sedia lepas kerakyatan Australia demi Liga Malaysia". astro awani.com. malaysia.
  14. ^ "Brendan Gan sah milik Kelantan". Sinar Harian. malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2014. Dicapai pada 24 April 2014.
  15. ^ "Kelantan's Brendan Gan ruled out for season ahead of Lions XII game". ESPN FC.com. 10 Februari 2015. Dicapai pada 12 Februari 2016.
  16. ^ "Malaysia's Brendan Gan to miss AFF Suzuki Cup with second ACL injury". ESPN FC.com. 12 September 2016. Dicapai pada 13 September 2016.
  17. ^ Brendan Gan diagnosed with testicular cancer, The Malaysian Reserve, 27 Julai 2021.
  18. ^ Unbreakable Brendan, New Straits Times, 6 Februari 2022.