Boris Pistorius
Boris Pistorius (Sebutan bahasa Jerman: [ˈbɔʁɪs pɪsˈtoːʁiʊs];[2] lahir 14 Mac 1960) ialah peguam dan ahli politik Jerman dari Parti Demokrat Sosial (SPD) yang sedang berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan Persekutuan Jerman sejak 19 Januari 2023 dalam kabinet Scholz. Beliau sebelum ini pernah menjadi Menteri Dalam Negeri dan Sukan untuk kerajaan negeri Sachsen Hilir dari 2013 hingga 2023.[3] Beliau telah menjadi sebahagian daripada ahli Parlimen Negeri Sachsen Hilir sejak 14 November 2017.[4]
Boris Pistorius | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Menteri Pertahanan | |||||||||||||
Menyandang jawatan 19 Januari 2023 | |||||||||||||
Canselor | Olaf Scholz | ||||||||||||
Didahului oleh | Christine Lambrecht | ||||||||||||
Menteri Dalam Negeri dan Sukan Sachsen Hilir | |||||||||||||
Dalam jawatan 19 Februari 2013 – 18 Januari 2023 | |||||||||||||
Menteri-Presiden | |||||||||||||
Didahului oleh | Uwe Schünemann | ||||||||||||
Digantikan oleh | Daniela Behrens (sementara) | ||||||||||||
Tuan Datuk Bandar Osnabrück | |||||||||||||
Dalam jawatan 7 November 2006 – 19 Februari 2013 | |||||||||||||
Timbalan |
| ||||||||||||
Didahului oleh | Hans-Jürgen Fip | ||||||||||||
Digantikan oleh | Wolfgang Griesert | ||||||||||||
| |||||||||||||
Maklumat peribadi | |||||||||||||
Lahir | Boris Ludwig Pistorius 14 Mac 1960 Osnabrück, Sachsen Hilir, Jerman Barat (kini Jerman) | ||||||||||||
Parti politik | Parti Demokratik Sosial (1976–) | ||||||||||||
Pasangan | Sabine Pistorius (kematian 2015) | ||||||||||||
Pasangan Serumah | Doris Schröder-Köpf[1] (2016–2022) | ||||||||||||
Anak | 2 | ||||||||||||
Tempat belajar | |||||||||||||
Pekerjaan |
| ||||||||||||
Tandatangan | |||||||||||||
Laman web | Laman sesawang rasmi | ||||||||||||
Perkhidmatan tentera | |||||||||||||
Kesetiaan | Jerman | ||||||||||||
Cabang/khidmat | Bundeswehr | ||||||||||||
Tahun khidmat | 1980–1981 | ||||||||||||
Unit | Tentera Jerman (Heer) / Flugabwehrregiment 11 | ||||||||||||
Kehidupan awal dan pendidikan
suntingPistorius dilahirkan di Osnabrück, anak kepada Ursula Pistorius (lahir Raabe) dan Ludwig Pistorius.[5] Ibunya ialah ahli Landtag Sachsen Hilir dari 1978 hingga 1990.[6]
Selepas menamatkan fasa pendidikan abiturnya di Gimnasium Ernst-Moritz-Arndt[7] di Osnabrück, beliau telah dikerahkan ke perkhidmatan tentera di Bundeswehr pada 1980[8] sebelum mengambil pengajian undang-undang di Universiti Münster dan Universiti Osnabrück, dan juga, untuk tempoh yang singkat, di Université catholique de l'Ouest.[9]
Kerjaya awal
suntingPistorius bekerja sebagai penasihat peribadi kepada Menteri Negeri bagi Dalam Negeri Sachsen Hilir Gerhard Glogowski dalam kerajaan diterajui oleh Menteri-Presiden Gerhard Schröder dari 1991 hingga 1995, dan merupakan timbalan ketua pejabatnya dari 1995 hingga 1996.
Kerjaya politik
suntingPolitik tempatan
suntingPistorius menyertai SPD pada 1976.[10]
Pistorius adalah sebahagian daripada majlis bandar dari 1996 hingga 2013 dan dari 1999 hingga 2002 di mana beliau berkhidmat sebagai datuk bandar kedua Osnabrück.[11]
Pistorius berkhidmat sebagai Datuk Bandar Osnabrück[12] memulakan penggal Datuk Bandarnya pada 7 November 2006 apabila menang dengan 55.5% menentang Wolfgang Griesert[13] yang kemudiannya akan menjadi Datuk Bandar selepas peletakan jawatan Pistorius kerana jawatannya di kerajaan negeri Sachsen Hilir pada 2013.[14]
Menteri Negeri Sachsen Hilir
suntingSelepas pilihan raya negeri Sachen Hilir pada 2013, Pistorius mengangkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri dan Sukan pada sesi perundangan Parlimen Negeri Sachsen Hilir ke-17 pada 19 Februari 2013.
Dari 2013 hingga 2017, Pistorius adalah salah seorang wakil negeri di Bundesrat Jerman; dari 2017, beliau adalah ahli ganti.[15] Dalam kapasiti ini, beliau berkhidmat sebagai ahli Kumpulan Persahabatan Jerman-Rusia yang ditubuhkan dengan kerjasama Majlis Persekutuan Rusia. Beliau juga merupakan ahli ganti delegasi Jerman ke Perhimpunan Parlimen PPAU, di mana beliau adalah sebahagian daripada Jawatankuasa Politik, Jawatankuasa Kecilnya mengenai Perkongsian PPAU dan Jawatankuasa Kecilnya mengenai Hubungan Transatlantik.[16]
Semasa memegang jawatan dalam kerajaan negeri, Pistorius dilihat secara meluas sebagai menonjol di negerinya kerana pendirian tegasnya[17] terhadap radikalisme Islam, ancaman keganasan, jenayah terancang dan ekstremisme sayap kanan.[18]
Politik kebangsaan
suntingDalam rundingan untuk membentuk pemerintah campuran keempat di bawah kepimpinan Canselor Angela Merkel berikutan keputusan pilihan raya persekutuan 2017, Pistorius adalah sebahagian daripada kumpulan kerja dalam hal ehwal dalaman dan undang-undang, diketuai oleh Thomas de Maizière, Stephan Mayer dan Heiko Maas.
Pada pemilihan kepimpinan SPD 2019, Pistorius adalah calon untuk jawatan sebagai pengerusi bersama parti, bersama-sama dengan Menteri Negeri Sachsen Petra Köpping.[19][20] Köpping dan Pistorius berada di tempat kelima, hanya menerima 14.41% undian.
Dalam rundingan untuk membentuk gabungan yang dipanggil sebagai '[[Gabungan lampu isyarat|gabungan lampu isyarat]' SPD, Parti Hijau dan Demokrat Bebas (FDP) berikutan keputusan pilihan raya Jerman 2021, Pistorius mengetuai delegasi partinya dalam kumpulan kerja mengenai migrasi dan integrasi; pengerusi bersama daripada parti lain ialah Luise Amtsberg dan Joachim Stamp.[21]
Menteri Pertahanan Persekutuan
suntingPada 17 Januari 2023, Canselor Olaf Scholz mengumumkan bahawa Pistorius akan menggantikan Christine Lambrecht, yang meletak jawatan pada 16 Januari selepas melakukan banyak kesilapan politik, sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Canselor Olaf Scholz.[22] Ini mengejutkan ramai pemerhati politik, dengan ketua bersama SPD Lars Klingbeil dan Pesuruhjaya Angkatan Tentera Bundestag Eva Högl paling kerap diapungkan sebagai pengganti.[23][24] Pelantikan itu telah dikritik,[25] kerana ia bermakna melanggar pariti jantina yang dijanjikan Scholz semasa pembentukan kabinet.[26]
Pistorius dilantik secara rasmi oleh presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier dan akhirnya mengangkat sumpah jawatan di Bundestag pada 19 Januari 2023.
Kedudukan politik
suntingPada 2021, Pistorius menuntut Jerman mengarahkan program pemesejan Telegram dialih keluar daripada kedai aplikasi Apple Inc. dan Google jika ia terus mengabaikan permintaan untuk membantu menjejaki kandungan pelampau.[27]
Di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022, Pistorius mengecam apa yang disebutnya sebagai "serangan kejam" Rusia ke atas Ukraine,[28] tetapi juga mengambil pendirian yang berbelah bahagi dengan menyeru agar sekatan terhadap Rusia dilonggarkan.[29] Pada Mei 2022, beliau berkata para simpatisan Rusia tidak boleh mengagungkan perang di jalan-jalan Jerman.[30]
Kehidupan peribadi
suntingPistorius mempunyai dua anak perempuan bersama isterinya Sabine yang meninggal dunia pada 2015 akibat barah.[31] Beliau menjalinkan hubungan dengan Doris Schröder-Köpf dari 2016 hingga musim bunga 2022.[32] Beliau telah menjalin hubungan dengan Julia Schwanholz, seorang profesor di universiti Duisburg-Essen, sejak 2022.[33]
Anugerah dan penghormatan
sunting- 2009: Darjah Merit (Portugal)[34]
- 2019: Schlesierschild Landsmannschaft Schlesien[35]
Aktiviti-aktiviti lain
suntingLembaga korporat
sunting- Lapangan Terbang Antarabangsa Münster Osnabrück, Ahli lembaga penyeliaan (2011–2013)[36]
- Niedersächsische Sparkassenstiftung, Ahli Lembaga[37]
Pertubuhan bukan untung
sunting- Forum Perniagaan Parti Sosial Demokrat Jerman, Ahli Lembaga Penasihat Politik (sejak 2020)[38]
- Robert Enke Foundation, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (sejak 2017)[39]
- Aloys & Brigitte Coppenrath Foundation, Ahli Lembaga[40]
Rujukan
sunting- ^ "Schröder-Köpf und Minister Pistorius sind ein Paar" (dalam bahasa Jerman). Hannoversche Allgemeine Zeitung. Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ https://youtube.com/8GTeE59t93Q?t=30
- ^ "Innenminister Boris Pistorius". Niedersachsen (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 23 Oktober 2021.
- ^ "Boris Pistorius". Landtag Niedersachsen (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 23 Oktober 2021.
- ^ "Traueranzeigen von Ludwig Pistorius". Neue Osnabrücker Zeitung (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 13 November 2021.
- ^ Schmidt, Ulrike. "Zum Tod der Osnabrücker Politikerin Ursula Pistorius" (dalam bahasa Jerman). Neue Osnabrücker Zeitung. Dicapai pada 13 November 2021.
- ^ "Minister Pistorius diskutiert mit Osnabrücker Schülern" (dalam bahasa Jerman). Neue Osnabrücker Zeitung. Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ Holger Hansen (17 January 2023), Germany names new defence minister, faces pressure to send tanks to Ukraine (dalam bahasa Inggeris) Reuters.
- ^ "Lebenslauf". Boris Pistorius (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ "Boris Pistorius". SPD-Landtagsfraktion Niedersachsen (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ "Innenminister Boris Pistorius Lebenslauf". Niedersachsen (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ "Die ehemaligen Oberbürgermeister der Stadt Osnabrück". Osnabrück (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 23 Oktober 2021.
- ^ "Vorläufiges Ergebnis der Stichwahl zur Direktwahl der Oberbürgermeisterin / des Oberbürgermeisters in der Stadt Osnabrück". Niedersächsisches Landesamt für Statistik (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ Remmers, Bernhard. "Osnabrück sucht den OB-Kandidaten" (dalam bahasa Jerman). Hannoversche Allgemeine. Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ "Boris Pistorius". Bundesrat (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 23 Oktober 2021.
- ^ Boris Pistorius Perhimpunan Parlimen PPAU.
- ^ Holger Hansen (17 Januari 2023), Germany names new defence minister, faces pressure to send tanks to Ukraine (dalam bahasa Inggeris) Reuters.
- ^ Bojan Pancevski (17 January 2023), Little-Known Politician to Become German Defense Minister Amid Mounting Challenges (dalam bahasa Inggeris) Wall Street Journal.
- ^ Christoph Hickmann, Veit Medick and Christian Teevs (29 Ogos 2019), SPD-Kandidatenduo: Köpping und Pistorius bringen Steuersenkungen ins Spiel Der Spiegel.
- ^ Madeline Chambers (23 Oktober 2019), Aspiring leaders of Germany's Social Democrats {[in lang|en}} Reuters.
- ^ Lakämper, Britt-Marie. "SPD, Grüne, FDP: Diese Politiker verhandeln die Ampel" (dalam bahasa Jerman). Westdeutsche Allgemeine Zeitung. Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ Connolly, Kate (17 Januari 2023). "Germany's no-nonsense new defence minister faces early test over Ukraine" (dalam bahasa Inggeris). Guardian News & Media Limited.
- ^ https://www.ndr.de/nachrichten/niedersachsen/Wer-folgt-auf-Lambrecht-Vier-Niedersachsen-hoch-gehandelt,verteidigungsministerium110.html
- ^ https://www.wp.de/politik/lambrecht-ruecktritt-verteidigungsministerium-nachfolger-kandidaten-spd-id237367801.html
- ^ https://www.zdf.de/nachrichten/politik/pistorius-verteidigungsminister-frauen-kabinett-kritik-100.html
- ^ https://www.deutschlandfunkkultur.de/paritaet-proporz-kabinett-scholz-100.html
- ^ Thomas Escritt (14 December 2021), Politician says Germany should ban Telegram unless it tackles extremist content (dalam bahasa Inggeris) Reuters, 15 Disember 2021.
- ^ Holger Hansen (17 January 2023), Germany names new defence minister, faces pressure to send tanks to Ukraine (dalam bahasa Inggeris) Reuters.
- ^ https://edition.cnn.com/us/live-news/russia-ukraine-war-news-1-19-23/h_68ceb7916c6660df09533c796325ad89
- ^ Holger Hansen (17 January 2023), Germany names new defence minister, faces pressure to send tanks to Ukraine (dalam bahasa Inggeris) Reuters.
- ^ "Innenminister Pistorius trauert um seine Frau" (dalam bahasa Jerman). Bild. Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ "Trennung von Boris Pistorius: Doris Schröder-Köpf ist wieder Single". n-tv.de (dalam bahasa Jerman). 9 Jun 2022. Dicapai pada 11 Julai 2022.
- ^ "Sie ist die Neue an Boris Pistorius' Seite" (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 19 Januari 2023.
- ^ "ENTIDADES ESTRANGEIRAS AGRACIADAS COM ORDENS PORTUGUESAS - Página Oficial das Ordens Honoríficas Portuguesas". Dicapai pada 17 Januari 2023.
- ^ "Innenminister Pistorius mit Schlesierschild beim Deutschlandtreffen der Schlesier 2019 in Hannover ausgezeichnet". Niedersächsisches Ministerium für Inneres und Sport. 17 Jun 2019. Dicapai pada 14 Januari 2020.
- ^ Oberbürgermeister bilden Führungsspitze: Osnabrücker Oberbürgermeister Boris Pistorius zum stellvertretenden Vorsitzenden des Aufsichtsrates gewählt Neue Osnabrücker Zeitung, 24 Mac 2011.
- ^ Board Niedersächsische Sparkassenstiftung.
- ^ Bernd Westphal und Anke Rehlinger koordinieren neu konstituierten Politischen Beirat des SPD-Wirtschaftsforums Business Forum of the Social Democratic Party of Germany, press release of 1 July 2020.
- ^ Board of Trustees Robert Enke Foundation.
- ^ Board Aloys & Brigitte Coppenrath Foundation.