BioShock Infinite
Bioshock Infinite ialah permainan video penembak orang pertama yang terbaharu dan merupakan permainan ketiga dalam siri Bioshock. Sebelumnya dikenali sebagai "Projek Icarus", ia dikeluarkan oleh Irrational Games pada Mac 2013 untuk pelantar Microsoft Windows, PlayStation 3 dan Xbox 360. Bioshock Infinite tidak termasuk dalam jalan cerita permainan Bioshock sebelumnya, ia terjadi pada masa yang sebelumnya dan perbezaan latar, walaupun mempunyai ciri-ciri konsep permainan yang serupa daripada permainan ini. Pemain mengendalikan bekas ejen Pinkerton, Booker DeWitt, di mana dia cuba untuk menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di dalam bandar-udara Columbia pada tahun 1912.
BioShock Infinite | |
---|---|
Pembangun | Irrational Games 2K Australia[1] |
Penerbit | 2K Games |
Pengarah | Ken Levine |
Pereka | Ken Levine |
Komposer | Garry Schyman |
Siri | BioShock |
Enjin | Unreal Engine 3 |
Platform | PlayStation 3, Windows, Xbox 360, Mac OS X, Nintendo Switch |
Pelepasan | 26 Mac 2013
|
Genre | Penembak orang pertama |
Mod | Pemain tunggal |