Berilium (Jawi: بيريليوم[4]) ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Be dan nombor atom 4. Unsur toksik bivalen, berilium ialah logam kelabu yang kukuh dan ringan tetapi mudah pecah, serta sejenis logam Alkali Bumi, yang kegunaan utamanya adalah sebagai bahan penguat dalam aloi (terutamanya, tembaga berilium).

Berilium,  4Be
Ciri-ciri umum
Rupametalik putih kelabu
Berilium dalam jadual berkala
Hidrogen (bukan logam diatom)
Helium (gas adi)
Litium (logam alkali)
Berilium (logam alkali bumi)
Boron (metaloid)
Karbon (bukan logam poliatom)
Nitrogen (bukan logam diatom)
Oksigen (bukan logam diatom)
Fluorin (bukan logam diatom)
Neon (gas adi)
Natrium (logam alkali)
Magnesium (logam alkali bumi)
Aluminium (logam pascaperalihan)
Silikon (metaloid)
Fosforus (bukan logam poliatom)
Sulfur (bukan logam poliatom)
Klorin (bukan logam diatom)
Argon (gas adi)
Kalium (logam alkali)
Kalsium (logam alkali bumi)
Skandium (logam peralihan)
Titanium (logam peralihan)
Vanadium (logam peralihan)
Kromium (logam peralihan)
Mangan (logam peralihan)
Besi (logam peralihan)
Kobalt (logam peralihan)
Nikel (logam peralihan)
Kuprum (logam peralihan)
Zink (logam peralihan)
Galium (logam pascaperalihan)
Germanium (metaloid)
Arsenik (metaloid)
Selenium (bukan logam poliatom)
Bromin (bukan logam diatom)
Kripton (gas adi)
Rubidium (logam alkali)
Strontium (logam alkali bumi)
Ytrium (logam peralihan)
Zirkonium (logam peralihan)
Niobium (logam peralihan)
Molibdenum (logam peralihan)
Teknetium (logam peralihan)
Rutenium (logam peralihan)
Rodium (logam peralihan)
Paladium (logam peralihan)
Perak (logam peralihan)
Kadmium (logam peralihan)
Indium (logam pascaperalihan)
Timah (logam pascaperalihan)
Antimoni (metaloid)
Telurium (metaloid)
Iodin (bukan logam diatom)
Xenon (gas adi)
Sesium (logam alkali)
Barium (logam alkali bumi)
Lantanum (lantanid)
Serium (lantanid)
Praseodimium (lantanid)
Neodimium (lantanid)
Prometium (lantanid)
Samarium (lantanid)
Europium (lantanid)
Gadolinium (lantanid)
Terbium (lantanid)
Disprosium (lantanid)
Holmium (lantanid)
Erbium (lantanid)
Tulium (lantanid)
Yterbium (lantanid)
Lutetium (lantanid)
Hafnium (logam peralihan)
Tantalum (logam peralihan)
Tungsten (logam peralihan)
Renium (logam peralihan)
Osmium (logam peralihan)
Iridium (logam peralihan)
Platinum (logam peralihan)
Emas (logam peralihan)
Merkuri (logam peralihan)
Talium (logam pascaperalihan)
Plumbum (logam pascaperalihan)
Bismut (logam pascaperalihan)
Polonium (logam pascaperalihan)
Astatin (metaloid)
Radon (gas adi)
Fransium (logam alkali)
Radium (logam alkali bumi)
Aktinium (aktinid)
Torium (aktinid)
Protaktinium (aktinid)
Uranium (aktinid)
Neptunium (aktinid)
Plutonium (aktinid)
Amerisium (aktinid)
Kurium (aktinid)
Berkelium (aktinid)
Kalifornium (aktinid)
Einsteinium (aktinid)
Fermium (aktinid)
Mendelevium (aktinid)
Nobelium (aktinid)
Lawrencium (aktinid)
Rutherfordium (logam peralihan)
Dubnium (logam peralihan)
Seaborgium (logam peralihan)
Bohrium (logam peralihan)
Hasium (logam peralihan)
Meitnerium (ciri kimia tidak diketahui)
Darmstadtium (ciri kimia tidak diketahui)
Roentgenium (ciri kimia tidak diketahui)
Kopernisium (logam peralihan)
Nihonium (ciri kimia tidak diketahui)
Flerovium (ciri kimia tidak diketahui)
Moscovium (ciri kimia tidak diketahui)
Livermorium (ciri kimia tidak diketahui)
Tennessin (ciri kimia tidak diketahui)
Oganesson (ciri kimia tidak diketahui)


Be

Mg
litiumberiliumboron
Nombor atom (Z)4
Kumpulan, kalakumpulan 2 (logam alkali bumi), kala 2
BlokBlok s
Konfigurasi elektron[He] 2s2
Bil. elektron per petala/cengkerang
2, 2
Ciri-ciri fizikal
Takat lebur1560 K ​(1287 °C, ​2349 °F)
Takat didih2742 K ​(2469 °C, ​4476 °F)
Ketumpatan suhu bilik hampir1.85 g/cm3
apabila cecair, pada t.l.1.690 g/cm3
Titik genting5205 K,  MPa (tertentu-luar)
Haba pelakuran12.2 kJ/mol
Haba pengewapan292 kJ/mol
Muatan haba molar16.443 J/(mol·K)
Tekanan wap
T (Pa) 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada S (K) 1462 1608 1791 2023 2327 2742
Ciri-ciri atom
Keadaan pengoksidaan+2, +1[1] ​(oksida amfoterik)
KeelektronegatifanSkala Pauling: 1.57
Tenaga pengionanpertama: 899.5 kJ/mol
ke-2: 1757.1 kJ/mol
ke-3: 14,848.7 kJ/mol
(lagi)
Jejari atomempirik: 112 pm
Jejari kovalen96±3 pm
Jejari van der Waals153 pm
Rampaian
Struktur hablurheksagon disusun rapat (hcp)
Struktur hablur hexagonal close packed bagi berilium
Kelajuan bunyi rod nipis12,890 m/s (pada s.b.)[2]
Pekali pengembangan terma11.3 µm/(m·K) (pada 25 °C)
Daya pengaliran terma200 W/(m·K)
Kerintangan elektrik36 nΩ·m (pada 20 °C)
Sifat kemagnetandiamagnetik
Kerentanan magnet (χmol)−9.0·10−6 cm3/mol[3]
Modulus Young287 GPa
Modulus ricih132 GPa
Modulus pukal130 GPa
Nisbah Poisson0.032
Skala Mohs5.5
Kekerasan Vickers1670 MPa
Kekerasan Brinell590–1320 MPa
Nombor CAS7440-41-7
Sejarah
PenemuanLouis Nicolas Vauquelin (1798)
Pengasiangan pertamaFriedrich Wöhler & Antoine Bussy (1828)
Isotop utama bagi berilium
Iso­top Kelim­pahan Separuh hayat Mod reputan Pro­duk
7Be halus 53.12 d ε 0.862 7Li
γ 0.477
9Be 100% adalah stabil dengan 5 neutron
10Be trace 1.39×106 y β 10B
| rujukan | dalam Wikidata

Berilium mempunyai antara takat lebur yang tertinggi di kalangan logam jenis ringan. Modulus kekenyalan berilium adalah lebih kurang 1/3 lebih besar daripada besi waja. Ia mempunyai konduktiviti terma yang sangat baik, tak magnetik dan tahan kakisan asid nitrik. Ia juga mudah ditembusi sinaran X, dan neutron dibebaskan apabila ia dihentam oleh zarah alfa, seperti daripada radium dan polonium (lebih kurang 30 neutron-neutron/juta zarah alfa). Pada suhu dan tekanan piawai, berilium tahan pengoksidaan apabila didedahkan kepada udara (walaupun kemampuannya untuk menggores kaca adalah kemungkinannya disebabkan pembentukan lapisan nipis oksida).

Kegunaan

sunting
  • Berilium digunakan sebagai agen pengaloian di dalam penghasilan tembaga berilium. (Be mempunyai kebolehan menyerap kandungan haba yang banyak). Aloi tembaga-berilium digunakan dalam pelbagai kegunaan oleh kerana konduktiviti elektrik dan konduktiviti termanya, kekuatan tinggi dan kekerasan, sifat yang tak magnetik, dan juga tahan kakisan serta tahan lesu (logam). Kegunaan-kegunaan ini termasuklah pembuatan: elektrod kimpalan bintik, pegas, alat tukang tak mencucuh dan penyambung elektrik.
  • Ketegaran, ringan dan kestabilan dimensi pada julat suhu yang lebar menyebabkan aloi tembaga-berilium digunakan dalam industri aeroangkasa dan pertahanan iaitu sebagai bahan penstrukturan ringan dalam pesawat halaju tinggi, peluru berpandu, kapal terbang dan satelit komunikasi.
  • Kepingan nipis kerajang berilium digunakan bersama diagnostik pengesanan sinaran X untuk menapis cahaya nampak dan membenarkan hanya sinaran X dikesan.
  • Dalam bidang litografi sinaran X, berilium digunakan untuk penghasilan litar bersepadu mikroskopik.
  • Oleh kerana ia mempunyai keratan rentas penyerapan terma neutron yang rendah, industri tenaga nuklear menggunakan logam ini dalam reaktor nuklear sebagai pemantul neutron dan moderator.
  • Berilium digunakan dalam pembuatan giroskop, pelbagai alat komputer, spring jam tangan dan peralatan yang memerlukan keringanan, ketegaran dan kestabilan dimensi.
  • Berilium oksida sangat berguna dalam pelbagai kegunaan yang memerlukan konduktor haba yang baik, dan kekuatan serta kekerasan yang tinggi, dan juga takat lebur yang tinggi, seterusnya bertindak sebagai perintang elektrik.
  • Sebatian berilium pernah pada satu ketika dahulu digunakan dalam lampu kalimantang, tetapi penggunaan tersebut tergendala oleh sebab pendedahan pekerja dalam kilang penghasilan lampu kepada penyakit beriliosis.

Sejarah

sunting

Nama berilium berasal daripada perkataan Yunani beryllos, beril. Pada satu ketika, berilium pernah dinamakan glucinium (daripada Yunani glykys, manis), oleh kerana rasa manis garamnya. Unsur ini dijumpai oleh Louis Vauquelin dalam tahun 1798 dalam bentuk oksida dalam beril dan dalam zamrud. Friedrich Wöhler dan A. A. Bussy masing-masing berjaya mengasingkan logam pada tahun 1828 dengan memberi tindak balas antara kalium dengan berilium klorida.

Kejadian

sunting

Berilium dijumpai dalam 30 jenis garam galian berbeza, dan antara yang paling penting ialah bertrandite, beril, chrysoberyl, dan phenacite. Jenis batu permata beril termasuklah aquamarine dan zamrud. Mutakhir, kebanyakan penghasilan logam ini diselesaikan dengan mengurangkan (kimia) berilium fluorida dengan logam magnesium. Logam berilium tidak mudah didapati sehingga tahun 1957.

Pengasingan

 

Isotop

sunting

Berilium hanya mempunyai satu isotop stabil, Be-9. Berilium kosmogenik (Be-10) dihasilkan dalam atmosfera melalui perkecaian oksigen dan nitrogen oleh sinaran kosmik. Oleh sebab berilium seringkali wujud dalam bentuk larutan pada paras pH yang kurang daripada 5.5 (dan kebanyakan air hujan mempunyai pH kurang daripada 5), ia akan larut ke dalam larutan dan diangkut ke permukaan Bumi melalui air hujan. Apabila pemendakan dengan cepatnya menjadi semakin beralkali, Be keluar dari larutan. Be-10 kosmogenik akan berkumpul atas permukaan tanah, di mana ia mempunyai separuh hayat yang panjang (1.5 juta tahun) lalu membolehkannya menetap dengan lebih lama sebelum mereput menjadi B-10 (boron). Be-10 dan hasil reputannya digunakan dalam kajian hakisan tanah, pembentukan tanah oleh regolitos, pembentukan tanah laterit, dan juga variasi dalam aktiviti matahari dan usia teras ais. Pengetahuan bahawa Be-7 dan Be-8 yang tak stabil memberikan pendapat kesan kosmologi yang mendalam kerana ini bermaksud unsur yang lebih berat daripada berilium tidak mungkin dapat dihasilkan daripada pelakuran nuklear semasa letupan besar big bang. Malahan, aras tenaga nuklear berilium-8 memberi petunjuk bahawa karbon boleh dihasilkan dalam bintang-bintang, maka memungkinkan penghasilan hidupan. (Lihat proses tripel-alfa dan nukleosintesis big bang)

Awasan

sunting

Berilium dan garamnya adalah bahan bertoksik dan berpotensi sebagai karsinogenik. Beriliosis kronik adalah penyakit granulomatous pulmonari dan sistemik yang disebabkan oleh pendedahan kepada berilium. Penyakit berilium akut dalam bentuk pneumonitis kimia pertama kali dilaporkan di Eropah pada tahun 1933 dan di Amerika Syarikat pada tahun 1943. Kes beriliosis kronik pertama kali diperincikan dalam tahun 1946 di kalangan pekerja dalam kilang penghasilan lampu kalimantang. Beriliosis kronik menyamai sarkoidisis dalam pelbagai perkara, dan diagnosis pembezaan amatlah sukar.

Walaupun sebatian berilium dalam lampu kalimantang telah dihentikan pada tahun 1949, kemungkinan pendedahan kepada berilium masih wujud daripada industri nuklear dan aeroangkasa dan dalam penulenan logam berilium dan peleburan aloi berkandungan berilium, penghasilan alat elektronik dan pengurusan bahan yang mengandungi berilium.

Pengkaji awal merasa berilium dan sebatian-sebatiannya yang lain untuk rasa kemanisan bagi memastikan kehadirannya. Alat diagnostik moden tidak lagi memerlukan prosedur berisiko tinggi ini dan percubaan untuk memakan bahan ini tidak patut dilakukan. Berilium dan sebatiannya haruslah dikendalikan dengan rapi dan pengawasan haruslah dijalankan semasa melakukan kegiatan yang memungkinkan pelepasan habuk berilium (barah peparu adalah antara akibat daripada pendedahan berpanjangan kepada habuk berilium).

Bahan ini haruslah dikendalikan dengan berhati-hati dan prosedur tertentu haruslah dipatuhi. Tidak patut ada percubaan menggunakan berilium sebelum prosedur pengendalian yang tepat diperkenalkan dan dibiasakan.

Kesan Kesihatan

sunting

Berilium adalah sangat berbahaya jika disedut. Kesannya bergantung kepada kandungan yang didedahkan dan jangka masa pendedahan. Jika paras udara berilium sangat tinggi (lebih tinggi daripada 1000 μg/m³), keadaan akut boleh berlaku. Keadaan ini menyamai pneumonia dan dipanggil penyakit berilium akut. Piawaian udara komuniti dan tempat kerja adalah berkesan dalam mengelakkan kerosakan peparu yang paling akut.

Sesetengah orang (1-15%) akan menjadi sensitif (alah) kepada berilium. Orang-orang ini akan mendapat tindak balas keradangan pada sistem pernafasan. Keadaan ini dipanggil penyakit berilium kronik (CBD), dan boleh berlaku setelah pendedahan bertahun-tahun kepada paras berilium lebih daripada normal (lebih daripada 0.2 μg/m³). Penyakit ini boleh menyebabkan rasa lemah dan kelesuan, dan juga kesesakan bernafas. Ini boleh menyebabkan anoreksia, susut berat badan, dan boleh juga menyebabkan pembesaran bahagian kanan jantung dan penyakit jantung dalam kes-kes peringkat lanjut. Sesetengah orang yang alah kepada berilium mungkin atau mungkin tidak akan mendapat simptom-simptom ini. Bilangan penduduk pada umumnya jarang mendapat penyakit berilium akut atau kronik kerana paras berilium dalam udara ambien adalah pada kebiasaannya sangat rendah (0.00003-0.0002 μg/m³).

Menelan berilium tidak pernah dilaporkan menyebabkan kesan kepada manusia kerana berilium diserap sangat sedikit oleh perut dan usus. Ulser dikesan pada anjing yang mempunyai berilium pada pemakanannya. Berilium yang terkena kulit yang mempunyai luka atau terkikis mungkin akan menyebabkan radang atau ulser.

Pendedahan jangka masa panjang kepada berilium boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit barah peparu di kalangan orang ramai.

United States Department of Health and Human Services (DHHS) dan International Agency for Research on Cancer (IARC) telah memberi kepastian bahawa berilium adalah karsinogen kepada manusia. EPA menjangkakan bahawa pendedahan seumur hidup kepada 0.04 μg/m³ berilium boleh menyebabkan satu perseribu kebarangkalian untuk menghidap barah.

Tidak terdapat mana-mana kajian tentang kesan pendedahan berilium terhadap kanak-kanak. Kemungkinannya kesan kesihatan yang dilihat pada kanak-kanak yang terdedah kepada berilium adalah sama dengan kesannya terhadap orang dewasa. Kita tidak lagi mengetahui sama ada terdapat perbezaan dalam kesan terhadap berilium antara orang dewasa dan kanak-kanak.

Kita juga tidak mengetahui sama ada pendedahan terhadap berilium boleh menyebabkan kecacatan sejak lahir atau lain-lain kesan yang berlanjutan kepada orang ramai. Kajian terhadap kesan lanjutan terhadap haiwan adalah tidak konklusif.

Berilium boleh disukat dalam air kencing atau darah. Kandungan berilium dalam darah atau air kencing boleh memberi petunjuk kepada berapa banyak atau berapa lama anda telah terdedah. Paras berilium juga boleh disukat daripada sampel peparu dan kulit. Ujian-ujian ini biasanya tidak terdapat dalam bilik doktor, tetapi doktor boleh menghantar sampel ke makmal yang dapat melakukan ujian tersebut.

Satu lagi ujian darah, iaitu beryllium lymphocyte proliferation test (BeLPT), mengenal pasti alahan terhadap berilium dan memberikan jangkaan terhadap CBD.

Paras berilium biasa yang mungkin dilepaskan ke dalam udara daripada kawasan perindustrian adalah pada tertib 0.01 μg/m³, dipuratakan pada tempoh 30 hari, atau 2 μg/m³ dalam bilik kerja dengan syif kerja 8 jam.

Rujukan

sunting
  1. ^ "berilium: berilium(I) Hydride compound data" (PDF). bernath.uwaterloo.ca. Dicapai pada 2007-12-10.
  2. ^ Haynes, William M., penyunting (2011). CRC Handbook of Chemistry and Physics (ed. 92). Boca Raton, FL: CRC Press. m/s. 14.48. ISBN 1439855110.
  3. ^ Weast, Robert (1984). CRC, Handbook of Chemistry and Physics. Boca Raton, Florida: Chemical Rubber Company Publishing. m/s. E110. ISBN 0-8493-0464-4.
  4. ^ "Carian Umum". prpm.dbp.gov.my. Dicapai pada 2024-05-16.

Pautan luar

sunting