Bentō
Bentō (弁当 atau べんとう ) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain. Seperti nasi bungkus, bentō boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan.
Bentō biasanya dibungkus untuk satu orang, walaupun dalam erti yang luas boleh bermaksud makanan bekal untuk sekumpulan atau sekeluarga. Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ketika dibeli, bentō sudah dilengkapi dengan penyepit pakai buang serta penyedap rasa yang disesuaikan dengan lauk, seperti kicap atau sos dalam paket mini.
Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera. Bungkusan bento selalu mempunyai tutup, dan bekas bentō boleh berupa kotak segi empat plastik, kotak roti, atau kotak kayu yang diperbuat daripada tangan yang dilicinkan. Suri rumah di Jepun dianggap perlu pandai menyiapkan bentō, walaupun bentō boleh dibeli di mana-mana saja.
Sejarah
suntingPada akhir zaman Kamakura, orang Jepun mula mengenali makanan praktikal berupa nasi yang ditanak dan dikeringkan. Makanan ini disebut Hoshi-ii (nasi kering) dan dibawa di dalam beg kecil. Hoshi-ii boleh dimakan begitu saja, atau direbus di dalam air sebelum dimakan. Pada zaman Azuchi Momoyama (1568 - 1600), orang sudah mula suka makan di luar, dan kotak kayu yang dilicinkan digunakan sebagai bekas membawa makanan. Bentō mulai dikenali sebagai makanan praktikal ketika hanami atau upacara minum teh.
Pada zaman Taisho (1912 - 1926), perbezaan kaya-miskin yang ketara selepas Perang Dunia I menimbulkan gerakan sosial untuk menghentikan kebiasaan membawa bentō ke sekolah. Bentō dituduh sebagai penunjuk kekayaan bagi anak orang berada yang mampu membawa nasi ke sekolah.
Pada zaman Edo (1603 - 1867), kebudayaan bentō semakin meluas di kalangan rakyat kebanyakan. Orang yang bermmusafir atau bercuti membawa makanan praktikal yang disebut Koshibentō (bentō di pinggang). Isinya adalah beberapa onigiri yang dibungkus daun buluh, atau nasi di dalam kemasan kotak beranyam dari buluh yang diikatkan di pinggang. Salah satu jenis bentō yang disebut Makunouchi bentō popular di kalangan rakyat yang menonton pertunjukan noh dan kabuki. Bentō dimakan sewaktu pergantian layar panggung (maku) sehingga dinamakan Makunouchi bentō. Pada zaman Edo, cara memasak, membungkus, dan menyiapkan bentō untuk hanami dan hinamatsuri sudah diterbitkan dalam buku resepi masakan.
Penjualan paket nasi yang disebut Ekiben (駅弁 , bentō stesen) dimulakan sejak zaman Meiji. Ekiben adalah untuk dinikmati di atas kereta, dan sering merupakan hidangan khas dari daerah tempat stesen kereta api tersebut berada. Stesen KA Utsunomiya (Wilayah Ibaraki) merupakan salah satu stesen yang mendakwa mereka sebagai penjual ekiben yang pertama. Pada 16 Julai 1885, di Stesen KA Utsunomiya dijual ekiben berupa dua buah onigiri berisi umeboshi dan potongan lobak masin (takuan) dengan pembungkus daun buluh.[1] Bekal bentō yang dibawa murid dan guru juga mula popular pada zaman Meiji. Sebaik sahaja pembelajaran selesai pada petang hari, bento dinikmati memandangkan sekolah-sekolah belum memiliki dapur dan kafetaria yang menyediakan makanan. Selain bentō berisi nasi, penjual bentō juga mulai menyediakan bentō ala Eropah berisi sandwich.
Pada zaman Taisho (1912 - 1926), perbezaan kaya-miskin yang ketara selepas Perang Dunia I menimbulkan gerakan sosial untuk menghentikan kebiasaan membawa bentō ke sekolah. Bentō dituduh sebagai penunjuk kekayaan bagi anak orang berada yang mampu membawa nasi ke sekolah.
Pada awal zaman Showa, kotak dari aluminium untuk membawa bento sangat digemari orang Jepun dan merupakan barangan mewah. Selepas Perang Dunia II, tradisi membawa bentō secara berangsur-angsur hilang selari dengan semakin banyaknya sekolah yang menyediakan juadah makan siang.
Bentō kembali popular pada tahun 1980-an setelah kemasan kotak plastik polisterin pakai buang diperkenalkan, begitu juga ketuhar gelombang mikro, dan semakin meluasnya kedai 24 jam. Sementara itu, bentō buatan rumah kembali digemari, dan tradisi membawa bentō dari rumah hidup kembali. Keahlian menyiapkan bentō untuk anak-anak merupakan kebanggaan tersendiri bagi suri rumahtangga. Lauk seperti sosej dan nori dipotong-potong atau digunting untuk dijadikan hiasan, seperti daun, bunga, binatang, hingga watak anime.
Jenis-jenis
sunting- Shōkadō bentō (松花堂弁当 )
- Bentō yang dihidangkan di dalam kotak kayu dengan penutup yang boleh menutup dengan rapat, dan di dalamnya terdapat penghadang untuk membahagi bekas menjadi 4 bahagian.
- Chūka bentō (中華弁当 , bentō Tionghoa)
- Bentō berisi makanan Cina.
- Kamameshi bentō (釜飯弁当 , bentō nasi periuk)
- Bentō yang menggunakan periuk tanah liat sebagai bungkusan.
- Makunouchi bentō (幕の内弁当 )
- Bentō tradisional berisi nasi dan lauk.
- Noriben (海苔弁 )
- Bentō berisi nasi ditutupi nori yang sudah dicelupkan ke dalam kicap.
- Hinomaru bentō (日の丸弁当 )
- Bentō yang hanya terdiri daripada nasi putih dan sebuah umeboshi yang diletakkan di tengah-tengah seperti bendera Jepun.
Istilah berkaitan
sunting- Shidashi bentō (仕出し弁当 , bentō kiriman)
- Bentō yang tidak dibuat di rumah, melainkan dibeli di penjual bento atau kedai makan.
- Hayaben (早弁 , bentō lebih awal)
- Murid sekolah yang memakan bentō sebelum waktu makan tiba.
- Soraben (空弁 , bentō udara)
- Bentō yang dijual di lapangan terbang.
- Rokeben (ロケ弁 , bentō lokasi)
- Bentō yang disediakan di lokasi penggambaran filem atau acara televisyen.
- Aisai bentō (愛妻弁当 , bentō istri tercinta)
- Bentō yang disiapkan isteri di rumah untuk suami di pejabat.
- Reitō mikan (冷凍ミカン , jeruk beku)
- Pencuci mulut berupa jeruk yang dibekukan dan dijual di stesen KA atau di atas KA bersama ekiben.
Rujukan
sunting- ^ "Ekiben no rekishi (駅弁の歴史)". Ekiben no komado (駅弁の小窓). Dicapai pada 26 Mei. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bentō |
- (Inggeris) Bento Corner Pelbagai jenis bentō untuk kanak-kanak