Bateriku

syarikat di Malaysia

Bateriku ialah sebuah penyedia perkhidmatan bantuan tepi jalan di Malaysia, beribu pejabat di Shah Alam, Selangor. Ditubuhkan pada 2014, syarikat ini menawarkan khidmat penggantian bateri kenderaan[1] dan perkhidmatan baik pulih automotif dan elektrikal secara bergerak.[2] Setakat Februari 2024, syarikat ini mempunyai lebih 170 kedai di seluruh Malaysia.[3]

Bateriku
Jenis/bentuk sahSendirian berhad
IndustriBantuan tepi jalan Sunting ini di Wikidata
DitubuhkanMac 2014 Sunting ini di Wikidata
PengasasAzarol Faizi
Ibu pejabatTaman Perindustrian Saujana Indah, TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam, Selangor, Malaysia
KeluaranBateri kereta, khidmat penggantian bateri, aplikasi mudah alih
Anak syarikat
  • Bateriku (M) Sdn. Bhd.
  • Akademi Bateriku Sdn. Bhd.
  • BPlaz (M) Sdn. Bhd
Tapak webbateriku.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: bateriku Twitter: baterikudotcom Instagram: baterikudotcom LinkedIn: baterikudotcom Youtube: UCGb0JZpmG0dBORV2moMq9xw TikTok: bateriku.com Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bermula 2019, Bateriku mengembangkan perkhidmatannya dengan memperkenalkan khidmat bantuan tepi jalan penuh, merangkumi khidmat tunda, penggantian tayar, pengisian bendalir, dan kunci kereta.[4]

Pada April 2022, Bateriku.com mengeluarkan jenama bateri sendiri iaitu Astra.[5]

Sejarah

sunting

Bateriku diasaskan pada Mac 2014 oleh Azarol Faizi, seorang graduan kejuruteraan aero­­nautik dari Universiti Teknologi Malaysia dan terlibat dalam industri berat sejak awal kerjayanya.[6] Bateriku bermula sebagai penyedia perkhidmatan penggantian bateri kereta berdasarkan permintaan dan beralih mewujudkan sebuah ekosistem yang menghubungkan pengguna kereta dengan bantuan tepi jalan, bengkel yang dipercayai, pusat jualan alatan kereta dan khidmat bantuan.[7]

Penubuhan akademi

sunting

Sebagai tanggungjawab sosial, Bateriku melancarkan Akademi Bateriku pada 2022.[8] Ia merupakan sebuah institusi bertauliah yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang menyediakan program pemahiran semula dan peningkatan kemahiran bagi tenaga mahir automotif dalam ekosistemnya.[9]

Sokongan dan kerjasama

sunting

Pada September 2024, Bateriku meraih dana pelaburan bernilai RM34.7 juta atau US$7.4 juta daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Gobi Partners, VentureTech SBI Capital LP, dan VentureTech Sdn Bhd.[9]

Pada Februari 2024, Bateriku diumumkan sebagai salah satu syarikat yang memperoleh dana pelaburan daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) di bawah strategi Dana Perintis milik perbadanan itu.[10][11]

Pada April 2022, Bateriku menjadi ejen bagi produk perlindungan diri milik Allianz General dengan melancarkan ‘Allianz PerlindunganKu’ untuk komuniti berpendapatan rendah yang berdaftar dengan Bateriku.com.[12]

Pada Mei 2018, Bateriku memeterai kerjasama pintar dengan dua syarikat pemula niaga Malaysia, Serv yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kereta mudah alih dan JomParking yang membantu pemilik kereta dalam pembayaran tempat meletak kereta bagi menyediakan pemandu penggantian bateri, penyelenggaraan dan pembayaran meletak kereta.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Aman (2024-04-02). "Bateriku Menerima Suntikan Dana Pelaburan Berjumlah RM10 Juta>". Amanz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-28.
  2. ^ a b "Alumni MaGIC bekerjasama tangani isu-isu pemanduan » Media Permata Online". Alumni MaGIC bekerjasama tangani isu-isu pemanduan (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-08. Dicapai pada 2024-11-28.
  3. ^ Aman (2024-02-16). "KWAP Melakukan Pelaburan Pada Bateriku Dan Lapasar>". Amanz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-28.
  4. ^ "Jangan Kisah Sangat dengan Mulut-Mulut Puaka Manusia. Ini Kisah Bisnes Bateri Je" (dalam bahasa Inggeris). 2024-07-15. Dicapai pada 2024-11-28.
  5. ^ "Tidak sekadar jual bateri, Bateriku.com kini jadi platform lahir usahawan jana pendapatan boleh cecah RM10,000 sebulan". Majoriti.com.my. 2024-09-02. Dicapai pada 2024-11-28.
  6. ^ "Bateriku.Com kegigihan Azarol - Utusan Digital". web.archive.org. 2020-10-24. Dicapai pada 2024-11-28.
  7. ^ "Bateriku's 10 Year Journey to RM95m Business". bfm.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-28.
  8. ^ Izarul, Mohd (2024-09-10). "Menteri Besar Selangor rasmi Akademi Bateriku". funtasticko.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-28.
  9. ^ a b "Bateriku.com closes US$7.4 mil Series B round to enhance roadside assistance and accelerate environmental goals". Digital News Asia (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-04. Dicapai pada 2024-11-28.
  10. ^ Kadir, Farhana Abd (2024-02-16). "KWAP umum melabur dalam Bateriku, Lapasar". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-11-28.
  11. ^ Bernama. "KWAP umum kumpulan pertama pelaburan di bawah Strategi Dana Perintis berjumlah RM100 juta". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-11-28.
  12. ^ ROZLIN, IZWAN (2022-04-25). "Allianz General, Bateriku lancar 'Allianz PerlindunganKu'". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-11-28.