Pembaptisan

(Dilencongkan daripada Baptis)

Pembaptisan pada umumnya merujuk kepada upacara amal penyucian air yang diamalkan oleh banyak agama, termasuk agama Kristian, Mandaeanisme, dan Sikhisme. Pembaptisan Kristian berasal daripada mikvah, salah satu upacara amal agama Yahudi. Perkataan baptis berasal daripada perkataan bahasa Yunani, βάπτειν (infinitif; juga disenaraikan sebagai βαπτίζω), yang secara kurang tepat bermaksud "mencelupkan, mandi, atau mencuci".

Pembaptisan dalam lukisan Kristian awal.

Bagi sesetengah kumpulan dengan keyakinan agama, upacara pembaptisan adalah betul-betul sama dengan membenamkan sesuatu dengan sepenuhnya ke dalam air, supaya air melitupinya. Sebaliknya, untuk kumpulan-kumpulan yang lain, pembaptisan ialah istilah perlambangan yang bermaksud "mengaitkan diri dengan" (umpamanya, Yesus), dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan upacara amal duniawi.

Amalan pembaptisan

sunting

Pada hari ini, pembaptisan air paling biasa dikaitkan dengan agama Kristian, dan melambangkan penyucian dosa (pengampunan) serta penyatuan penganut dengan Yesus dalam kematian, pengebumian, dan kebangkitan-Nya, supaya dia dapat menjadi salah seorang Kristian yang beriman. Kebanyakan kumpulan Kristian mengamalkan sesuatu bentuk pembaptisan berasaskan air atau yang lain, dan bersetuju bahawa upacara amal ini adalah mustahak. Bagaimanapun, mereka tidak dapat bersetuju dengan kumpulan-kumpulan yang lain tentang sebahagian atau seluruh aspek pembaptisan, seperti:

  • bentuk pembaptisan
  • penerima pembaptisan
  • maksud/kesan pembaptisan.

Terdapat juga beberapa kumpulan Kristian yang menegaskan bahawa pembaptisan berasaskan air telah diambil alih oleh pembaptisan Roh Kudus dan oleh itu, merupakan sesuatu perkara yang tidak perlu yang dibawa masuk daripada amalan Kristian Yahudi.

Bentuk pembaptisan

sunting

Antara orang Kristian yang mendukung amalan pembaptisan, upacara amal dilaksanakan melalui:

  • Perenjisan: merenjis air pada kepala;
  • Penuangan: menuang air pada kepala; atau
  • Perendaman: merendamkan seluruh badan ke dalam air.

Bagi orang-orang Kristian yang membaptis melalui perenjisan dan penuangan, pencucian dengan air dari atas menggambarkan penyucian dosa seseorang melalui darah Yesus oleh Roh Kudus yang menyatukan orang yang dibaptiskan dengan Yesus dalam Kematian dan Kebangkitan-Nya. Air itu diberikan dari atas untuk menunjukkan rezeki daripada Roh Kudus yang memberikan hidup yang kekal abadi, serta untuk melambangkan bahawa pembaptisan ialah perbuatan Tuhan dan bukannya, manusia. Sebaliknya, seorang yang dibaptiskan melalui perendaman dilitupi dengan air dan kemudian dikeluarkan untuk menandakan penyucian melalui kematian dan pengebumian bersama-sama dengan Yesus, dan kebangkitan semula dalam hidup yang baru melalui Roh Kudus. Tidak mengira bentuknya, pembaptisan ialah suatu upacara awam untuk membuktikan kepada orang-orang lain, limpah kurnia yang dikurniakan kepada orang yang dibaptiskan itu, dan sebagai lambang terhadap janji-janji Tuhan dalam Yesus Kristus kepada mereka yang percaya.

Penerima pembaptisan

sunting

Pilihan untuk dibaptiskan dibuat oleh 'penganut yang mengaku' (pembaptisan penganut), tanpa mengira usia, sebagai 'pengakuan' atau pernyataan awam tentang kepercayaannya kepada Yesus; atau bagi pihak anak oleh ibu bapanya (pembaptisan bayi), jika ibu bapanya telah dibaptiskan dan menyatakan agama mereka. Pada abad ke-4, Augustine dari Hippo mengatakan bahawa pembaptisan bayi perlu dilaksanakan. Beliau memperdebatkan bahawa pembaptisan mencuci dosa dan oleh itu, upacara ini harus diberikan kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan disebabkan mereka telah dicemarkan Dosa Pertama dan mereka akan terlaknat jika mereka meninggal dengan tiba-tiba sebelum pembaptisan.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya satu abad lebih awal lagi, Tertullian memperdebatkan pembaptisan untuk penganut: "menurut keadaan dan pembawaan, serta juga umur setiap orang perseorangan, kelewatan pembaptisan adalah lebih baik; terutamanya, dalam kes kanak-kanak... biar mereka menjadi penganut Kristian apabila mereka berupaya mengetahui Christ." [1]. Banyak orang Kristian evangelis berpendapat bahawa pembaptisan ialah sesuatu yang berkaitan dengan "pernyataan luaran terhadap perubahan dalaman". Pembaptisan dilakukan berdasarkan ketaatan kepada Christ, dan menunjukkan secara luaran kepada orang-orang lain bahawa mereka telah berubah secara dalaman ketika mereka mengabdikan diri kepada Yesus dan menjadi ciptaan yang baharu (2. Cor. 5:17).

Maksud/Kesan pembaptisan

sunting

Terdapat perbezaan-perbezaan yang amat besar dari segi pandangan tentang kesan pembaptisan air terhadap seseorang Kristian. Sesetengah kumpulan Kristian menegaskan bahawa pembaptisan ialah satu keperluan untuk memperoleh takhlisan dan sakramen bagi orang Kristian, dan menggelarkannya "pemulihan pembaptisan". Pandangan ini ialah pandangan umum yang dikongsi oleh:

Umpamanya, Martin Luther menyatakan dalam Soal Jawab Besar pada tahun 1529:

"Untuk menghuraikannya dengan cara yang paling mudah, kuasa, kesan, manfaat, hasil, dan tujuan Pembaptisan adalah untuk menyelamatkan. Tiada sebarang orang yang dibaptiskan untuk menjadi putera, tetapi sebagaimana perkataan-perkataan berkata, untuk 'diselamatkan'. Untuk diselamatkan, sebagaimana yang kita tahu, bukan apa-apa selain daripada diselamatkan daripada dosa, kematian, dan syaitan, serta untuk memasuki alam Yesus dan hidup selama-lama dengannya."

Sebagai perbandingan, kumpulan-kumpulan Baptis mendukung pembaptisan sebagai satu amalan yang wajar, tetapi menafikan bahawa pembaptisan mempunyai sebarang kuasa sakramen. Bagi mereka, pembaptisan hanya memberikan keterangan secara luaran terhadap perjalanan kuasa Tuhan yang tidak kelihatan, dalaman, dan 'terasing' sama sekali daripada upacara pada dirinya. Kumpulan-kumpulan Baptis yang lain mengajar dan berkhutbah bahawa istiadat pembaptisan adalah 'bermakna dan diperlukan'.

Lihat pula

sunting

Sumber utama

sunting
  • Baptism, Eucharist and Ministry (Kertas kerja kepercayaan dan mazhab). Majlis Gereja-gereja Dunia, 1982. ISBN 2-8254-0709-7
  • Jungkuntz, Richard. The Gospel of Baptism. St. Louis: Concordia Publishing House, 1968.
  • Kolb, Robert. Make Disciples Baptizing: God's Gift of New Life and Christian Witness. Siri Fasikel, Nombor 1. St. Louis: Concordia Seminary Publications, 1997. ISBN 0-911770-66-6
  • Scaer, David P. Baptism. Confessional Lutheran Dogmatics, Jilid XI. St. Louis: The Luther Academy, 1999. ISBN 0-9622791-2-1
  • Schlink, Edmund. The Doctrine of Baptism. Herbert J. A. Bouman, terjemahan. St. Louis: Concordia Publishing House, 1972. ISBN 0-570-03726-3
  • Stookey, L.H. Baptism: Christ's Act in the Church. Nashville: Abingdon, 1982. ISBN 0-687-02364-5
  • Ware, Timothy (Bishop Kallistos of Diokleia). The Orthodox Church (edisi ke-2). London: Penguin Books, 1993, m.s. 277-278. ISBN 0-14-014656-3
  • Willimon, William. Remember Who You Are: Baptism and the Christian Life. Nashville: Upper Room, 1980. ISBN 0-8358-0399-6

Pautan luar

sunting
Gereja Yahudi
Mazhab Ortodoks
Mazhab Katolik
Mazhab Lutheran
Mazhab Calvinis
Mazhab Anglikan / Church of England
Mazhab Methodist
Mazhab Mennon
Kumpulan-kumpulan lain