Aiskrim pisang belah
pembasuh mulut berasaskan aiskrim
(Dilencongkan daripada Banana split)
Aiskrim pisang belah (Inggeris: banana split) ialah pembasuh mulut Amerika berasaskan aiskrim yang terdiri daripada sebiji pisang kupas yang dipotong dua memanjang, dan dihidangkan dengan aiskrim dan sos di antara dua kepingan tersebut.
Aiskrim pisang belah | |
---|---|
Jenis | Pembasuh mulut berasaskan aiskrim, hidangan pisang |
Jenis sajian | Pembasuh mulut |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Kawasan/rantau | Latrobe, PA |
Suhu penghidangan | Sejuk |
Bahan utama | Vanila, coklat, dan aiskrim strawberi, pisang |
Bahan yang biasa digunakan | Krim putar, ceri maraskino |
Keragaman/variasi | Hias atas karamel, hias atas strawberi, hias atas nanas, sirap coklat, kacang |
sunting · sunting di Wikidata |
Terdapat banyak variasi, tetapi aiskrim pisang belah klasik dibuat dengan tiga cedok aiskrim (setiap satu untuk vanila, coklat dan strawberi). Sos atau pelbagai sos (coklat, strawberi dan nanas adalah tradisional) dituangkan ke atas aiskrim, lalu dihiaskan dengan krim putar dan ceri maraskino. Kacang hancur (biasanya kacang tanah atau walnut) adalah pilihan.[1]
Rujukan
sunting- ^ "All-American Banana Split Recipe". Taste of Home. Dicapai pada 5 Mei 2017.