Balai raya, disebut juga balai desa atau dewan orang ramai, ialah balai tempat orang ramai (penduduk di suatu tempat) berhimpun untuk membuat perjumpaan, mengadakan mesyuarat, sokongan sosial atau aktiviti lain. Ada balai raya yang terbuka untuk semua masyarakat setempat, manakala ada juga yang khusus untuk kumpulan tertentu, misalnya pusat Islam atau kelab belia.

Balai Raya Toa Payoh, Singapura
Balai Desa Buntu, Wonosobo, Jawa Tengah, Indonesia

Jika balai raya berada dalam lotnya sendiri, ia mungkin memiliki kafe/kantin, koperasi, perpustakaan, makmal komputer, dewan sukan dan kemudahan lain di sekitarnya, atau dalam bangunan besar yang sama.

Lihat juga

sunting