Pusat kebudayaan

(Dilencongkan daripada Pusat budaya)

Sebuah pusat kebudayaan ialah sebuah organisasi, bangunan atau kompleks yang mempromosikan budaya dan seni sesebuah masyarakat. Pusat kebudayaan boleh diuruskan oleh organisasi kejiranan, swasta, tajaan pemerintah mahupun oleh aktivis.

Pusat Budaya Katuaq di Nuuk, Greenland.

Beberapa pusat budaya mempunyai perpustakaan, bengkel, kursus dan aktiviti lain yang lazimnya percuma atau dengan harga yang berpatutan. Jenis tempat ini sangat penting bagi pelestarian budaya tempatan, terutama bagi masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai teater, pawagam atau ruang konsert. Walaupun ada di bandar-bandar besar, pusat-pusat budaya penting untuk mengekalkan aktiviti budaya yang ditujukan kepada kumpulan daripada semua peringkat umur dan taraf sosial.

Pusat kebudayaan atau institusi serupa mungkin terletak di bangunan bersejarah sesebuah bandar, seperti di Casa de la Cultura di Buenos Aires, Argentina, atau mungkin bersaiz besar dengan pameran seni antarabangsa seperti Centro Cultural Universitario di Zapopan, Mexico.[1] Selain itu, pusat-pusat budaya juga dapat ditempatkan di sebuah bangunan kecil, terutamanya bagi bandar atau komuniti yang lebih kecil. Sejak kebelakangan ini, rumah-rumah ibadat turut dijadikan sebagai pusat budaya bagi sesebuah kelompok keagamaan.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Gisela Daus (2 Julai 2019). "Claves para que los centros culturales entren al siglo XXI". Diario Clarín (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 3 Julai 2019.