Bakung lembah

spesies tumbuhan

Bakung lembah atau lili lembah (nama saintifik: Convallaria majalis; Inggeris: lily-of-the-valley)[2][3] ialah tumbuhan berbunga hutan jarang yang ada bunga putih berbau wangi berbentuk loceng berjuntai. Ia tempatan dari seluruh Hemisfera Utara di Asia dan Eropah yang bersuhu sejuk, namun kerap dianggap penceroboh di sebahagian Amerika Utara.[4][5] Convallaria majalis var. montana yang turut disebut 'bakung lembah Amerika' tempatan di Amerika Utara.[6][7]

Bakung lembah
Perbungaan.
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Asparagaceae
Subkeluarga: Nolinoideae
Genus: Convallaria
Spesies:
C. majalis
Nama binomial
Convallaria majalis
Gambar abad ke-19

Ia sangat beracun sekiranya dimakan oleh orang atau binatang lain atas kepekatan glikosida jantungnya (kardenolida).[8][9]

Nama lainnya termasuk May bell, Our Lady's tear dan Mary's tear. Nama Perancisnya iaitu muguet, kadang-kadang muncul pada nama minyak wangi yang meniru bau bunga tersebut. Dalam pra-moden England, tumbuhan ini disebut glovewort (yang mana menjadi rumpai yang dibuat penawar untuk tangan yang sakit) atau apollinaris (berdasarkan legenda yang ia ditemukan oleh Apollo).[10]

Penerangan

sunting
 
Beri

Convallaria majalis ialah tumbuhan saka bak herba yang membentuk koloni besar dengan menyebarkan akar bawah tanahnya yang disebut rimpang. Pucuk menegak yang baru akan terbentuk di hujung rayapan pada musim panas.[11] Ia tumbuh pada musim bunga menjadi pucuk baru berdaun yang kekal bersambung dengan pucuk lain di bawah tanah. Batangnya tumbuh sehingga 15–30 cm (6–12 in) tinggi, dengan satu atau dua daun 10–25 cm (4–10 in) panjang; tangkai bunga pula mempunyai dua daun dan malaian lima ke lima belas bunga pada puncak batangnya.

Bunganya ada enam tepal putih (kekadang dadu) yang bercantum pada dasar membentuk loceng, 5–10 mm (0.2–0.4 in) garis pusat dan berbau manis; perbungaan adalah pada lewat musim bunga dan pada awal Mac dalam musim sejuk sederhana di Hemisfera Utara. Buahnya beri jingga merah kecil 5–7 mm (0.2–0.3 in) garis pusat yang mana ada banyak benih berwarna keputihan hingga keperangan, yang mengering menjadi manik lutsinar jernih 1–3 mm (0.04–0.12 in) lebar. Tumbuhan ini bertentang diri, dalam koloni yang terdiri daripada satu klon yang tak membenih.[12]

Taburan

sunting

Convallaria majalis tempatan dari Eropah, di mana ia menghindar tepian Mediterranean dan Atlantik.[13] Satu kelainan timur, C. majalis var. keiskei ditemukan di Jepun dan sebahagian Asia Timur. Populasi tempatan terbatas C. majalis var. montana (sinonim C. majuscula) ditemukan di Barat Amerika Syarikat.[14] Namun, turut terdapat sedikit pertimbangan bagi status tempatan yang berkelainan Amerika.[15]

Menyamai beberapa tumbuhan saka berbunga, C. majalis menunjukkan mod pembiakan duaan dengan membentuk anak secara aseks melalui kaedah tampang, dan melalui benih iaitu terbentuk melalui percantuman gamet.[16]

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Bilz, Melanie (2013). "Convallaria majalis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2013: e.T202965A2758291.
  2. ^ Damin Sumardjo (2009). Pengantar Kimia Buku Panduan Kuliah Mahasiswa Kedokteran Dan Program Strata I Fakultas Bioeksakta (dalam bahasa Indonesia). EGC. ISBN 9794489026. Farnesol adalah cairan yang berbau bakung lembah (Convallaria majalis) atau berbau bunga lili; ...
  3. ^ Andrey Taranov (2022). Малайский разговорник и тематический словарь 3000 слов [Kamus tematik dan buku ungkapan Melayu 3000 kata] (dalam bahasa Rusia). Letters. m/s. 180. ISBN 5041847177.
  4. ^ "Invasive Species Photo Gallery - Wisconsin DNR". dnr.wi.gov. Dicapai pada 2021-05-10.
  5. ^ "lily of the valley: Convallaria majalis (Liliales: Liliaceae): Invasive Plant Atlas of the United States". www.invasiveplantatlas.org. Dicapai pada 2021-05-10.
  6. ^ "Lady Bird Johnson Wildflower Center - The University of Texas at Austin". www.wildflower.org. Dicapai pada 2021-05-10.
  7. ^ "ITIS Standard Report Page: Convallaria majuscula". www.itis.gov. Dicapai pada 2021-05-10.
  8. ^ "Lily of the valley: Guide to Poisonous Plants". Colorado State University. 2019. Dicapai pada 29 Julai 2020.
  9. ^ "Lily of the valley: Safe and Poisonous Garden Plants". University of California. 2020. Dicapai pada 29 Julai 2020.
  10. ^ Cockayne, Thomas Oswald (1864). Leechdoms, Wortcunning, and Starcraft of Early England: Being a Collection of Documents, for the Most Part Never Before Printed, Illustrating the History of Science in this Country Before the Norman Conquest. London: Longman, Green, Longman, Roberts, and Green. m/s. 121. glovewort.
  11. ^ "Convallaria in Flora of North America @". Efloras.org. Dicapai pada 2012-04-30.
  12. ^ OHARA, MASASHI; ARAKI, KIWAKO; YAMADA, ETSUKO; KAWANO, SHOICHI (2006). "Life-history monographs of Japanese plants. 6: Convallaria keiskei Miq. (Convallariaceae)". Plant Species Biology. Wiley. 21 (2): 119–126. doi:10.1111/j.1442-1984.2006.00157.x. ISSN 0913-557X.
  13. ^ "Liljekonvalj Blomningstid" (dalam bahasa Sweden). Dicapai pada 16 May 2018.
  14. ^ "Convallaria majalis var. montana in Flora of North America". eFloras.org.
  15. ^ Gleason, Henry A. and Cronquist, Arthur, (1991), Manual of Vascular Plants of Northeastern United States and Adjacent Canada, New York Botanical Garden, Bronx, New York, pp. 839–840. – In reply to Cronquist, A. S. Weakley points out that there is “a broad suite of morphological distinctions from European C. majalis” and that C. pseudomajalis, as he calls this taxon, is typically found “on ridges remote from present or past habitations” which excludes the idea of the taxon stemming from garden escapes. – Weakley, A. S. 2020. Flora of the southeastern United States. University of North Carolina Herbarium, North Carolina Botanical Garden. p. 281 (Download page)
  16. ^ Vandepitte, Katrien; De Meyer, Tim; Jacquemyn, Hans (February 2013). "The impact of extensive clonal growth on fine-scale mating patterns: a full paternity analysis of a lily-of-the-valley population (Convallaria majalis)". Annals of Botany. 111 (4): 623–628. doi:10.1093/aob/mct024. PMC 3605957. PMID 23439847.