Bakung, bakong (dua-dua dalam Jawi: باکوڠ‎‎‎‎), bakuh, melung, landap, selandap atau tembaga suasa (nama botani: Crinum asiaticum)[2][3] merupakan sejenis pokok beracun dalam keluarga Amaryllidaceae. Spesies ini tumbuh asli di pulau-pulau Lautan Hindi, Asia Timur, Asia Tenggara tropika, Australia dan pulau-pulau Pasifik.[1][4] Ia ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Bakung
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
C. asiaticum
Nama binomial
Crinum asiaticum
Sinonim[1]
  • Bulbine asiatica (L.) Gaertn.

Botani

sunting

Pokok bakung merupakan sejenis tumbuhan herba yang tumbuh dari bebawang seberat 5-9 kg. Daun-daun pokok ini berbentuk tirus dan berwarna hijau gelap, daun-daun ini biasanya memanjang sehingga 1 meter dari pangkal tanah sampai hujung daun dengan lebar 10 sm.[2][4]

Bunganya muncul dalam jambak payung 8-9 sm atas batang tebal; setiap jambak ada 10–24 kuntum bunga. Setiap kuntum berwarna putih dan berbentuk corong yang membuka menjadi ranggi tirus[2][4] 4.5–9 sm panjang dan 6–9 mm lebar. Bunga-bunga ini mengeluarkan bau wangi pada waktu malam.

Penanaman

sunting

Pokok bakung membiak dengan kaedah bebawang. Apabila matang, bebawang boleh dipisahkan kepada beberapa butir kecil berumpun yang boleh dialih ke tempat yang lain dan ditanam dengan medium tanaman yang baru atau bawah tanah sahaja.[5] Ia memerlukan banyak cahaya matahari.

Kegunaan

sunting

Ia digunakan sebagai ubatan dalam perubatan tradisional.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Crinum asiaticum L., Sp. Pl.: 292 (1753)". World Checklist of Selected Plant Families. Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  2. ^ a b c Tan, Ria (November 2010). "Bakung or Seashore spider lily". Wild Singapore. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  3. ^ "Crinum asiaticum". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ a b c "#35 Crinum asiaticum". Floridata. 2022. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  5. ^ "Crinum Asiaticum bukan sekadar penghias laman". Media Permata. 11 Oktober 2017. Dicapai pada 3 Ogos 2022.

Pautan luar

sunting