Bahasa Melayu Kelantan
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Thai. (Jun 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Bahasa Melayu Kelantan atau popular dikenali sebagai kecek Klate ialah sebuah bahasa cabang Melayu rumpun Austronesia yang dituturkan di negeri Kelantan, daerah Besut dan Setiu, Terengganu, daerah Merapoh, Pahang, sebahagian di Perak dan Kedah di Malaysia, serta di Selatan Thailand. Di Thailand, bahasa ini dikenali sebagai Bahasa Melayu Pattani (Baso Nayu Taning). Istilah Baso Nayu atau Baso Yawi (Bahasa Thai: แกแจะนายู ) juga diguna pakai oleh penutur di wilayah-wilayah selatan Thailand.
Bahasa Melayu Kelantan-Patani | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Kecek Klate, Baso Nayu Taning | |||||||
Asli kepada | Malaysia Thailand (selatan) | ||||||
Kawasan |
| ||||||
Etnik | Melayu Kelantan Melayu Patani | ||||||
Penutur bahasa | 4,500,000 | ||||||
Austronesian
| |||||||
Dialek/loghat | |||||||
Tulisan Rumi, Tulisan Jawi dan Tulisan Thai | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa minoriti dikenali di | |||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-3 | mfa | ||||||
Glottolog | patt1249 | ||||||
Peta bahasa Melayu Kelantan-Patani dituturkan Majoriti
Minoriti | |||||||
Selain di Kelantan, bahasa ini turut digunakan di bahagian utara negeri Terengganu iaitu di daerah Besut dan Setiu. Bahasa ini turut digunakan di mukim Merapoh dan Lipis, Pahang disebabkan terdapat orang Kelantan yang menetap di sana kerana perkampungan itu terletak di tengah-tengah sempadan kedua-dua negeri tersebut. Masyarakat di beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Sik dan Padang Terap juga bertutur dalam dialek ini disebabkan penduduk Melayu di sini mempunyai darah keturunan Kelantan-Patani. Malah di negeri Perak iaitu di daerah Hulu Perak (misalnya di bandar Grik dan Pengkalan Hulu) juga bertutur dalam loghat yang hampir serupa dengan bahasa Melayu Kelantan-Patani disebabkan faktor sempadan geografinya yang berdekatan dengan negeri Kelantan. Ia kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu yang baku meskipun mempunyai banyak persamaan.
Kelantan secara tradisinya menulis Arab, sebagai Yawi. Terdapat pendapat mengatakan yang adalah sepenuhnya bertentangan dengan bahasa Melayu baku, dan bahasa Melayu Kelantan adalah lebih tua dan mempunyai sejarah yang lebih bermakna (menulis Bahasa Arab) daripada bahasa Melayu baku. Ianya berakraban dengan bahasa Melayu Terengganu tetapi berbeza dengan bahasa Melayu baku.
Bahasa Melayu Patani
suntingBahasa Melayu Patani ialah suatu bahasa yang dituturkan luas di wilayah-wilayah Selatan Thailand iaitu di Narathiwat, Yala, Patani dan sesetengah kawasan di Songkhla. Di Songkhla, bahasa ini dikenali sebagai bahasa Melayu Songkhla, iaitu bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Thai. Bahasa ini adalah serumpun dengan bahasa Melayu Kelantan malah ada persamaan sedikit dengan bahasa Melayu Kedah serta mungkin juga bahasa induk, akar atau asal kepada bahasa Melayu Kedah Ulu iaitu di daerah Baling dan Sik, serta bahasa Melayu Ulu Perak di daerah Hulu Perak, juga bahasa Melayu Terengganu.
Bahasa Melayu Patani dan bahasa Melayu Kelantan adalah hampir 90%, kerana itulah bahasa ini layak digelar sebagai "Bahasa Melayu Kelantan-Patani". Namun perbezaan kedua-dua bahasa ini adalah dari segi beberapa perkataan dan cara penyebutan dan intonasi. Ini kerana bahasa Melayu Patani telah terpengaruh sedikit oleh bahasa Thai manakala bahasa Melayu Kelantan terpengaruh oleh bahasa Melayu Malaysia dan sedikit daripada bahasa Inggeris.
Bahasa ini ditulis menggunakan tulisan Jawi dan tulisan Thai. Bahasa Melayu Patani juga dikatakan pernah berpengaruh ke arah utara hingga Segenting Kra, Phuket dan Surat Thani semasa zaman Srivijaya.
Sebutan
sunting- /am/ /an/ dan /aŋ/ diikuti oleh perubahan konsonan sengau ke /ɛ̃ː/
ayam (ايم) menjadi ayé; makan (ماکن) menjadi maké
- /a/ pada akhir suku kata perubahan /ɑ/
minta (مينتا) menjadi mitok
- /ah/ perubahan /ɑh/
rumah (رومه) menjadi ghumoh
- /i/ menjadi /iŋ/
sini (سيني) menjadi sining
- /ua/ perubahan /ɔ/
puasa (ڤواسا) menjadi poso
- /aj/ menjadi /aː/
sungai (سوڠاي) menjadi sunga
- /aw/ menjadi /a/
pisau (ڤيساو) perubahan kepada pisa
- /EP/ sebelum perubahan vokal sengau untuk = /ijɛ/
siam (سيام) menjadi siyé
- /EP/ perubahan /ɛ/
biasa (بياسا) menjadi béso
- /s/ dan /f/ pada akhir suku kata perubahan kepada /h/
malas (مالس) perubahan malah
- /m/ dan /n/ pada akhir suku kata perubahan /ŋ/
hakim (حاکيم) perubahan kepada hakéng
- /r/ perubahan /ɣ/
orang (اورڠ) menjadi oghé
- konsonan akhir sering hanya disebut sebagai letupan atau hentian glotis.
bukit (بوکيت) menjadi bukéʔ
- kata-kata disebutkan berlainan antara konsonan awal yang dipanjangkan
Bulé ('bulan') vs bu:lé ('beberapa bulan'); katok ('menyerang') vs ka:tok ('katak'); siku ('siku') vs si:ku ('alat tangan').
Contoh perbezaan kata
suntingBahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu Kelantan
Bahasa Melayu Baku | Bahasa Melayu Kelantan | |
---|---|---|
boleh | buleh | /buleɪːh/ |
makan | maké | /makɛ̃ː/ |
apa | gapo | /gapɑː/ |
Kenapa | bakpo (sebab apa) | /bakpɑː/ |
saya | kawé (kawan) | /kawɛ̃ː/ |
nasi | nasik | /nasiʔ/ |
beritahu | ghoyak | /ɣɑjaʔ/ |
(ber)langgar | (b)lago (berlaga) | /(b)lãgɑː/ |
rambutan | mokte | /mɑʔtɛ̃ː/ |
tak ada apa-apa | tak dok gapo | |
tipu; atau bergurau | wak lolok | |
baling; lempar | pungga | |
lari; (ber)lari | hungga |
Ciri fonologi
suntingBahasa Melayu baku | Bahasa Melayu Kelantan | |
---|---|---|
akhiran am | ||
akhiran an | ||
akhiran ang | ||
akhiran a | ||
r |
Perkataan yang berakhir dengan '-an', '-am', '-ang'
suntingPerkataan yang berakhir dengan -an, -am, -ang biasanya akan disebut /ɛ̃/ bersengauan.
Bahasa Melayu Baku | Bahasa Melayu Kelantan | |
---|---|---|
ayam | ayé | /ajɛ̃ː/ |
bukan | buké | /bukɛ̃ː/ |
geran | geghé | /gəɣɛ̃ː/ |
jangan | jangé | /d͡ʒaŋɛ̃ː/ |
lengan | lengé | /ləŋɛ̃ː/ |
pisang | pisé | /pisɛ̃ː/ |
Perkataan yang berakhir dengan 'a', 'o', 'e'
suntingPerkataan yang berakhir dengan 'a', 'o', 'e' biasanya (bukan semestinya) akan diganti dengan /ɑ/ (dan 'o' sebutan dalam "sore" dan "roar" dalam bahasa Inggeris, bukannya seperti "sow" dan "row")
Bahasa Melayu Baku | Bahasa Melayu Kelantan | |
---|---|---|
baka | bako | /bakɑː/ |
buka | buko | /bukɑː/ |
mana | mano | /manɑː/ |
Sabdu
suntingPeranan sabdu dalam loghat Kelantan adalah begitu besar maksudnya. Penggunaan sabdu akan menyebabkan susunan struktur perkataan tidak berubah.
Bersabdu (Bahasa Kelantan) | Tanpa sabdu (Beza maksud yang ketara) | Perkataan yang dimaksudkan |
---|---|---|
ghuput maké kkambing /ɣũput makɛ̃ kːambeɪŋ/ |
Rumput makan kambing | Rumput dimakan oleh kambing |
tok ppaka /tɑʔ pːkaː/ | tak pakai | tidak boleh pakai (tidak berguna) |
make kketeng /makɛ̃ː kːɛ̃teɪŋ/ | makan kantin | makan di kantin |
kkécék /kːɛ̃cɛ̃ʔ/ | kecek (pujuk) | cakap |
baju ddalé /bad͡ʒu dːalɛ̃ː/ | baju dalam | baju dimasukkan dalam seluar (tuck in) |
Bunga Bahasa
suntingBunga Bahasa | Maksud |
---|---|
Yak! | Opocot! atau Opps! |
Déh? | OK? (untuk memohon restu atau persetujuan.) |
Dih? | Ya? / Bukan? |
Gak / Gok | Habis tu... / Jadi... |
Pah? | Habis tu... / Jadi... (Lebih kurang Gak.) |
Ho (Bunyi naik ke hidung.) | Ya lah... |
Dok? | Bukan? / Betul tak? (Persoalan.) |
Lamo ké buléh pékdoh | Nantikan nak kena nii.. |
Gelenya téh! | Miangnya! |
Hok Aloh! | Aduhai / Alahai |
Kata penguat
suntingKata penguat | Maksud |
---|---|
Manis lleting | Sangat manis |
Maséng ppeghak | Sangat masin |
Pahét llepé | Sangat pahit |
Masé ppughik | Sangat masam |
Masé ccettung | Muka sangat masam |
Tawa ébér / tawa lemba | Sangat tawar |
putéh ssuéh / sseppo | Sangat putih |
Hité llegé | Sangat hitam |
Biru kketu | Sangat biru |
Kuning nnéhé | Sangat kuning |
Kenyé bbonyah | Sangat kenyang |
Comé lloté | Sangat cantik |
Gemuk ddébok | Sangat gemuk |
Busuk bbanga | Sangat busuk |
Hapok kohong | Sangat hapak |
Nnakut apah | Penakut sangat |
Ceghoh jeghiloh /bbolé | Sangat terang /cerah |
Jatuh celabok | Jatuh sangat teruk |
Kuca hanya | Sangat bercelaru |
Hangit lettong | Sangat hangit |
Yak kelih bokté | Perbuatan yang sangat tidak disetujui |
Istilah yang biasa menjadi salah faham
suntingKata | Maksud | Catatan |
---|---|---|
Selalu | Terus | Contoh: Wak selalu = buat terus/segera |
Rajin | Pernah | Contoh: Rajin gi = Pernah pergi |
Bujé | Bujang | Masih belum berumah tangga dan teruna atau dara |
Koté | Kontang | Contoh: Nyo koté = Buah kelapa tanpa kupas sangat kering |
Patat | Dasar | Contoh: Patat sungai = Dasar sungai |
Tuak | Nira | Minuman yang tidak mabuk |
Sia | Sembuh | Kedengaran seperti sial (celaka) / siar (sebar/siaran) Contoh : Luko ambo nok sia doh (salah faham : Luka saya nak siar (merebak)) |
Saing | Kawan | Kawé nok saing denga demo.
(Maksud: saya nak berkawan dengan awak. Maksud saing disini bukanlah bersaing (berlawan)) |
Nyo/nyor/nyior | Kelapa | Ambo nok beli air nyo so.
(Maksud: saya mahu membeli air kelapa satu) |
Contoh (dialog): Pelancong dari luar Kelantan mendapatkan khidmat pemandu teksi (kereta sewa) untuk ke Pasir Puteh.
Pelancong: Saya nak ke Pasir Puteh, pak cik.
Pemandu: Nok gi selalu? (Nak pergi terus/sekarang?)
Pelancong: Tak, baru sekali je saya ke sana.
Pemandu: ????
Pautan luar
suntingUjian Wikipedia bahasa Bahasa Melayu Kelantan di Wikimedia Incubator |
- Peradaban Melayu Timur Laut, Aziz Deraman, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003 - 432 pages, History of Malay civilization in the northeastern Malaysia.
- Hikayat Seri Kelantan, Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004 - Social Science - 144 pages, Textual criticism on Hikayat Seri Kelantan, a classical Malay literature.
- The administration of Islamic law in Kelantan, Abdullah Alwi Haji Hassan, Dewan Bahasa and Pustaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996 - Religion - 444 pages