B-1 Lancer merupakan sebuah pesawat pengebom strategik yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Ia bermula seawal tahun 1960-an sebagai sebuah pengebom supersonik dengan beban muatan dan jarak yang bersesuaian bagi mengantikan pesawat B-52 Stratofortress, akan tetapi diberi keutamaan bagi aras rendah, penembus berkelajuan subsonik dengan jarak jauh. Rekabentuknya telah dibatalkan dan diteruskan untuk beberapa kali sepanjang sejarah pembangunannya, apabila teori keseimbangan strategik berubah daripada tindakan fleksibel kepada mutually assured destruction dan kembali semula. Pesawat ini akhirnya memasuki perkhidmatan 20 tahun selepas dikaji.

B-1 Lancer
Peranan Pesawat pengebom strategik
Pengeluar North American Rockwell
Rockwell International
Boeing
Penerbangan sulung 23 Disember 1974
Mula digunakan 1 Oktober 1986
Status 66 aktif,
24 tidak aktif[1]
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina B-1A: 4
B-1B: 100
Kos seunit AS$ 283.1 juta pada 1998 (B-1B)

Pesawat B-1B versi pengeluaran telah memasuki perkhidmatan dalam Tentera Udara A.S sejak 1986. Ia digunakan sebagai komponen pengebom berkelajuan supersonik dengan pasukan pengebom jarak jauh Tentera Udara A.S, bersama-sama pesawat subsonik B-52 dan B-2 Spirit. Sepertimana nama-nama popular pada pesawat lain, Lancer biasanya dikenali sebagai "Bone" (berasal dari "B-One") dalam Tentera Udara A.S. Dengan persaraan pesawat EF-111 Raven pada 1998 dan F-14 Tomcat pada 2006, B-1B adalah satu-satunya pesawat sayap boleh ubah terakhir yang masih digunakan dalam inventori angkatan tentera A.S.

Sejarah

sunting

B-1 telah dibayangkan sebagai program Pesawat Strategik Berpemandu Termaju sejak 1965. Program ini merupakan sebuah program terakhir sehingga 1960-an yang akan mengantikan pesawat B-52 dengan sebuah pesawat supersonik pelbagai peranan yang berupaya untuk melakukan pengeboman jarak jauh dan melancarkan peluru berpandu nuklear.[2] Beberapa siri pembatalan mengakibatkan pengenalan perkhidmatan pesawat ini mengalami kelewatan sehingga pertengahan 1980-an, iaitu selepas 20 tahun selepas program ini bermula.

Spesifikasi (B-1B)

sunting

Data dari USA Fact Sheet, Jenkins,[3] Pace

Ciri umum

  • Anak kapal: 4 (komander, pembantu juruterbang, pegawai sistem serangan dan pegawai sistem pertahanan)
  • Panjang: 146 kaki (44.5 m)
  • Rentang sayap:
    • Rentang: 137 kaki (41.8 m)
    • Kuncup: 79 kaki (24.1 m)
  • Tinggi: 34 kaki (10.4 m)
  • Sayap luas: 1,950 kaki² (181.2 m²)
  • Aerofoil: NA69-190-2
  • Berat kosong: 192,000 lb (87,100 kg)
  • Berat berisi: 326,000 lb (148,000 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 477,000 lb (216,400 kg)
  • Loji kuasa:General Electric F101-GE-102 penambahan turbofan
    • Tujahan kering: 14,600 lbf (64.9 kN) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 30,780 lbf (136.92 kN) setiap satu
  • Muatan bahan api, pilihan: 10,000 gelen A.S (38,000 L) tangki bahan api untuk 1-3 ruang persenjataan dalaman setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Avionik

Lihat juga

sunting

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

sunting
  1. ^ Mehuron, Tamar A., Assoc. Editor. "The Air Force in Facts and Figures - 2008 USAF Almanac". Air Force Magazine, Journal of the Air Force Association, Vol. 91, Issue 5, May 2008. ISSN 0730-6784.
  2. ^ B-1A background, Globalsecurity.org.
  3. ^ Jenkins 1999
  4. ^ Sepertimana senarai periksa muatan senjata T.O. 1B-1B-33-2-1CL-8 bagi B-1B
  5. ^ Sepertimana senarai periksa muatan senjata T.O. 1B-1B-33-2-1CL-7 bagi B-1B (berubah dari 84 ke 81 oleh kerana isu padanan pada 28X CBM dengan alat ekor baru)
  6. ^ Bad to the B-ONE Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine, Air Force Magazine, March 2007, p. 63.
  7. ^ Sepertimana senarai periksa muatan senjata T.O. 1B-1B-33-2-1CL-13 bagi B-1B
  8. ^ kedua-dua bom kegunaan am Mk-84 dan bom penembusan BLU-109
  9. ^ Sepertimana senarai periksa muatan senjata T.O. 1B-1B-33-2-1CL-12 Seksyen 3.4 (hanya 6 unit disetiap ruang hadapan dan tengah dan tiga di setiap ruang buritan)
  10. ^ 96 jika menggunakan empat pek, 144 jika menggunakan enam pek. Keupayaan ini belum lagi digunakan pada B-1
  11. ^ 1995 Annual Defense Report: Strategic Nuclear Forces
  12. ^ Pate, Kristen "Sniper ATP-equipped B-1 has combat first", US Air Force, 11 August 2008.
  13. ^ Tirpak, John A. "The Big Squeeze". Air Force Magazine, Journal of the Air Force Association, Volume 90, Issue 10, October 2007. ISSN: 0730-6784.
  14. ^ "B-1 crews conduct TWF test; receive pod spin-up", US Air Force, 29 February 2008.

Pautan luar

sunting