Azzim Zahid
Azzim Zahid Azim (lahir 29 Januari 1997) atau lebih dikenali sebagai Meri merupakan pengasas kepada baju melayu jenama Bulan Bintang.
Meri | |
---|---|
Kelahiran | Azzim Zahid Azim 29 Januari 1997 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Meri |
Kerakyatan | Malaysia |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Komunikasi massa |
Pusat pendidikan | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Usahawan |
Terkenal kerana | Pengasas Bulan Bintang |
Latar belakang
suntingMeri dilahirkan pada 29 Januari 1997, di Teluk Intan,Perak Darul Ridzuan. Beliau merupakan anak bongsu kepada pasangan Datuk Azim seorang pesara kerajaan dan Datin pesara pengetua sekolah. Beliau juga merupakan adik bongsu kepada pengasas Hausboom, Azri Zahir atau lebih dikenali sebagai John Lemon.[1]
Meri mendapat pendidikan awal di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur dan telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan meraih perolehan A dalam kesemua subjek.
Bulan Bintang
suntingJenama Bulan Bintang telah dibina olehnya sejak berusia 19 tahun pada tahun 2016 dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang terhasil dari menjual baju T semasa zaman persekolahan
Pada diawal pembabitan jenama Bulan Bintang mereka hanya fokus kepada pakaian kurta dan mereka jadikan Luqman Podolski sebagai seorang model kurta pada tahun 2016. Kini mereka mampu membayar selebriti termuka seperti Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sebelum Sharnaaz menarik diri
Tahun 2023 adalah tahun yang terbaik buat Bulan Bintang apabila pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh Bulan Bintang berjaya tersenarai dalam The Malaysia Book of Records. Dengan bajet sebanyak RM2 juta, mereka berjaya mengadakan pertunjukan fesyen pada Februari 2023 yang diberikan nama 'Takes The Sky' dengan menggunakan 350 unit dron, paling banyak dalam sejarah Malaysia.
Selang sebulan kemudian pada 4 Mac 2023, Bulan Bintang berjaya mengadakan satu konsert mega bertemakan muzik Islamik kontemporari dengan menampilkan beberapa artis terkemuka dari dalam dan luar negara antara yang terlibat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dato' M. Nasir, Salammusik. Raihan feat Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir dan penyanyi luar negara Sabyan dan penyanyi lagu dakwah dari Indonesia iaitu Opick.[2]
Reference
sunting- ^ "Biodata Usahawan Azzim Zahid Azmi (Meri), Founder Jenama Bulan Bintang". iluminasi. 2023-03-02. Dicapai pada 2024-02-10.
- ^ Soselisa, Priyanca Minerva Charillane (2022-01-31). "Menggambar Bintang: Kisah Anak Suku Asmat --Etnografi Sebagai Sarana Edukasi--". Lembaran Antropologi. 1 (1): 108–113. doi:10.22146/la.3547. ISSN 2828-0954.