Azmi Ahmad (atau dikenali dengan Syeikh Azmi Ahmad) ialah seorang agamawan di Malaysia. Beliau ialah Mufti Pulau Pinang yang berkhidmat pada 1992 hingga 1997. Beliau juga pernah menjadi ketua hakim syarie di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan. Beliau giat dalam badan kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Dato' Syeikh
Azmi Ahmad
D.S.P.N.
Mufti Pulau Pinang
Dalam jawatan
1992–1997
Didahului olehMuhammad bin Hashim
Digantikan olehHassan Ahmad
Naib Presiden Parti Keadilan Nasional
Dalam jawatan
April 1999 – 2003
Berkhidmat with Marina Mohd Yusof dan Tian Chua
PresidenWan Azizah Wan Ismail
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJawatan dibubarkan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
2003–2007
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehMohamed Azmin Ali, Lee Boon Chye dan Mustaffa Kamil Ayub
Ahli Majlis Penasihat Syariah
Suruhanjaya Sekuriti
Dalam jawatan
1998–2000
Dalam jawatan
1996–1998
Maklumat peribadi
Lahir
Azmi bin Ahmad

(1943-08-10)10 Ogos 1943
Batas Liku, Arau, Perlis
Mati1 Mac 2008(2008-03-01) (umur 64)
Ibu bapaAhmad Long dan Melor Musa

Pendidikan

sunting

Azmi mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Arau dan Sekolah Arab Alawiyyah, Arau. Setelah tamat pengajian menengah, dia menyambung pengajian di Universiti Baghdad, Iraq dalam bidang pengajian syariah & kesusteraan Arab dan memperoleh ijazah sarjana muda. Semasa bekerjaya, beliau pernah mengikuti kursus pengajian undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1987 dan memperolehi Diploma Kehakiman dan Pentadbiran Hukum Syarak, dan mengikuti kursus di Kolej Muslim London pada 1990 selama 6 bulan.

Kerjaya

sunting

Selepas bergraduasi dari Iraq, dia mula berkhidmat dalam perkhidmatan agama negeri-negeri. Dia bertugas sebagai pegawai penerangan agama di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak. Setelah itu, dia dilantik menjadi kadi di Kedah sebelum dilantik menjadi timbalan kadi besar Kedah. Pada 1990-1991, beliau dilantik sebagai Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di Alor Setar, Kedah sehingga bersara pada 1991.[1]

Selepas bersara, beliau dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang (1992 – 1997).

Pada 1994, beliau dilantik menggangotai Kumpulan Penyelidik Instrumen Islam (KPII) di bawah Suruhanjaya Sekuriti bagi membincangkan dan memutuskan isu berkaitan pasaran modal Islam di Malaysia.[2] Pada 1996, Suruhanjaya Sekuriti kemudiannya menubuhkan Majlis Penasihat Syariah, dan Azmi dilantik menggangotai majlis itu untuk dua sesi, 1996-1998 dan 1998-2000.[3]

Beliau turut dilantik sebagai Ketua Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang (1998 – 1999) dan Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan) pada Febuari hingga April 1999, sebelum terlibat dalam lapangan politik Malaysia.[1]

Politik

sunting

Azmi menjadi pemimpin awal yang mengasaskan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan susulannya, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Beliau menjadi naib presiden KeADILan sepanjang kewujudan parti itu dari April 1999 hingga 2003,[4] kemudian kekal menjadi naib presiden apabila KeADILan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia membentuk KEADILAN, hingga 2007.[5] Beliau juga ialah pengasas KEADILAN Kedah bersama Johari Abdul, Ahmad Kasim dan beberapa tokoh lain.[6]

Keputusan pilihan raya

sunting
Keputusan pilihan raya yang ditandingi Syeikh Azmi Ahmad
Tahun Kawasan undi Calon Parti Undi Per (%) Lawan Parti Undi Per (%) Majoriti
1999 Kulim-Bandar Baharu Syeikh Azmi Ahmad KeADILan 12,697 37.95 Abdul Kadir Sheikh Fadzir BN (UMNO) 20,764 62.05 8,067

Anugerah dan pengiktirafan

sunting
  •   Pulau Pinang
    • Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) - Dato' (1994)

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Biodata Dato' Sheikh Azmi bin Ahmad". TERAS Pengupayaan Melayu. 2008-03-03. Dicapai pada 2024-10-09.
  2. ^ Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti. 2006. m/s. 4. ISBN 983-9386-59-X.
  3. ^ Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti. 2006. m/s. 6. ISBN 983-9386-59-X.
  4. ^ Keadilan, Suara (2024-04-04). "Ulang tahun ke-25: 'Kuasa adalah amanah, bukan keistimewaan' - Anwar". Suara Keadilan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-09.
  5. ^ "Parti gabungan Keadilan, PRM dilancar" (PDF). BH. 4 Ogos 2003 – melalui Perdana.
  6. ^ Shamsudin, Redzuan (2022-04-03). "Menjelang 23 tahun KEADILAN, berbangga dengan perjuangan parti - Saifuddin". Suara Keadilan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-09.