Awang Jabar
Dato' Haji Awang bin Jabar (1945-2011) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Terengganu (1995-199), mantan ADUN Bukit Besi selama sepenggal (1995-1999), mantan Ahli Parlimen Dungun selama empat penggal (1978-1995) dan mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (1984-1990).
Dato' Haji Awang Jabar PJN; AMN | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Menteri Besar Terengganu | Wan Mokhtar Ahmad |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Bukit Besi | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Kawasan dicipta daripada DUN Jerangau |
Digantikan oleh | Roslan Ismail |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Dungun | |
Dalam jawatan 1978–1995 | |
Didahului oleh | Abdul Wahab Yunus |
Digantikan oleh | Mokhtaruddin Wan Yusof |
Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Malaysia | |
Dalam jawatan 1984–1990 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Sulaiman Daud (1984-1986) Najib Razak (1986-1990) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1945 |
Mati | 20 September 2011 (66 tahun) KM 26, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Machang, Terengganu |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu, Terengganu |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pasangan | Datin Mariam Abdullah |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan (1984-1990). Selain itu menjadi Ketua UMNO Bahagian Dungun.
Beliau menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia ketika Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pemuda UMNO. Beliau juga disebut-sebut sebagai MB Terengganu yang menyebabkan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad tidak selesa.Buku 'Dilemma Yusof Noor' 1993 mendedahkan persinggitan antara Awang Jabar-Wan Mokhtar- Ustaz Azmi Ibrahim.
Pada 2008, beliau menjadi Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad bin Said.
Pilihan raya
suntingBeliau menang pilihan raya selama empat penggal (1978, 1982,1986 dan 1990). Pada Pilihan raya umum Malaysia 1995 Awang Jabar menang di DUN Bukit Besi dengan majoriti 1501 undi. Berikutan itu, beliau dilantik menjadi Exco Terengganu.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 , bertanding di DUN N25 Bukit Besi. Beliau kalah kepada calon PAS ,Roslan Ismail dengan undi tipis. Pengundi Bukit Besi seramai 8236 orang. Pada tahun itu kerajaan BN Terengganu pimpinan Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad tumbang kepada PAS.
Royalti Minyak Terengganu
suntingDalam Perhimpunan Agung UMNO 2000 di PWTC, Kuala Lumpur , Umno Terengganu diwakili Datuk Awang Jabar membawa usul agar royalti Terengganu ditarik balik. Menurut perjanjian 1975, Terengganu sepatutnya menerima 5 % royalti minyak dari Petronas. Oleh itu MB Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang terpaksa mencari dana lain dan akhirnya kerajaan PAS di Terengganu tumbang pada 2004.
Wakaf sekolah
suntingBeliau mewakafkan tanah dan menjual murah rumahnya di Dungun menjadi Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin dan menggunakan modul pendidikan Dewan Ulamak PAS.[1]
Maut kemalangan
suntingPada 20 September 2011,jam 7.10 pagi, beliau (66 tahun) maut selepas terbabit kemalangan jalan raya di di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kemaman dekat Kampung Alor Tumang, Dungun.Turut terkorban ialah seorang pelancong Yemen, Nesma Nabil Abdul Karim Al-Saiban (25) yang menaiki kereta Perodua Alza.Pelancong dari Yemen , Muhamad Mazan Jamal, Muhamad Hassan, Muhamad, Najda dan Fairus cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Pemandu kereta Mercedes Benznya, Abdul Razak hanya cedera di muka. Pelancong Yemen itu hendak bercuti di Pulau Redang.
Jenazah dibawa balik ke rumahnya di Jalan Tekukur dan disembahyangkan di Masjid Al Muktafibillah Shah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim.[2][3] Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said; dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob.
Beliau meninggalkan isteri, Mariam Abdullah dan tujuh orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan).[4]
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Malaysia
- Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 1982
- Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2002)
- Terengganu
- Tokoh Maal Hijrah Terengganu 1433H - 2011 (anumerta)[5]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Saiful Bahari Mamat (21 September 2022). "Belasungkawa: Harap rakyat Terengganu maafkan Datuk Awang Jabar". Buletin Online. Dicapai pada 12 April 2022.
- ^ Former parliament secretary Awang Jabar dies in car crash
- ^ "Maut sebelum sertai majlis TPM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-23. Dicapai pada 2011-09-21.
- ^ Bekas Ahli Parlimen Dungun maut dalam kemalangan
- ^ Umat Islam sambut Maal Hijrah 1433