Asrul Aimran Abd Jalil
Asrul Aimran bin Abd Jalil (lahir 11 Mei 1983) ialah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis (ADUN) untuk Kayang. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).[1] Beliau adalah adik kepada Asrul Nizan Abd Jalil, bekas ADUN untuk Sena.[2]
Asrul Aimran Abd Jalil | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis | |
Menyandang jawatan 25 November 2024 (Perumahan, Kerajaan Tempatan, Maklumat dan Digital) | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin |
Menteri Besar | Mohd Shukri Ramli |
Didahului oleh | Sendiri (Perumahan, Kerajaan Tempatan) Mohammad Azmir Azizan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) |
Dalam jawatan 16 November 2023 – 25 November 2024 (Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan) | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin |
Menteri Besar | Mohd Shukri Ramli |
Didahului oleh | Fakhrul Anwar Ismail (Perumahan, Kerajaan Tempatan) |
Digantikan oleh | Sendiri (Perumahan, Kerajaan Tempatan Mohammad Azmir Azizan (Pembangunan Sumber Manusia) Portfolio dimansuhkan (Pembasmian Kemiskinan) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Kayang | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Hamizan Hassan (BN–UMNO) |
Majoriti | 3,261 (2022) |
Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis | |
Dalam jawatan 2021–2023 | |
Didahului oleh | Mohammad Azmir Azizan |
Digantikan oleh | Haziq Asyraf Dun |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Perlis, Malaysia | 11 Mei 1983
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) |
Saudara | Asrul Nizan Abd Jalil (abang) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kerjaya politik
suntingCalon Dewan Undangan Negeri Perlis (2022)
suntingPada pilihan raya negeri 2022, Asrul Aimran Abd Jalil membuat penampilan sulungnya selepas dicalonkan oleh PN untuk bertanding bagi kerusi ADUN Kayang. Asrul Aimran bertanding menentang Hamizan Hassan daripada Barisan Nasional, Wan Kharizal Wan Khazim daripada Pakatan Harapan dan Khairuddin Abdullah daripada Parti Warisan Sabah. Beliau memenangi kerusi itu dengan memperoleh 6,178 undi dengan majoriti 3,261 undi.[3][4]
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (2023)
suntingPada 16 November 2023, EXCO Perlis telah dirombak, Asrul Aimran Abd Jalil telah dilantik oleh Menteri Besar, Mohd Shukri dan diambil alih oleh Fakhrul Anwar Ismail semasa rombakan sebagai Ahli EXCO yang menjaga Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan.[5][4]
Pada 25 November 2024, EXCO Perlis telah dirombak, Asrul Aimran bertanggungjawab ke atas Perumahan, Kerajaan Tempatan, Penerangan dan Digital oleh Ketua Menteri Mohd Shukri.[6]
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | N10 Kayang | Asrul Aimran Abd Jalil (PAS) | 6,178 | 58.31% | Hamizan Hassan (UMNO) | 2,917 | 27.53% | 10,744 | 3,261 | 79.9% | ||
Wan Kharizal Wan Khazim (AMANAH) | 1,400 | 13.21% | ||||||||||
Khairuddin Abdullah (WARISAN) | 101 | 0.95% |
Rujukan
sunting- ^ "Calon PRU Asrul Aimran Abd Jalil". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "Calon adik-beradik lain parti tetap jaga ukhwah". www.utusan.com.my. 5 November 2022.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15". Astro Awani. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ a b "Dua ADUN dilantik, seorang digugurkan barisan Exco penggal baharu Perlis". www.astroawani.com. 16 November 2023.
- ^ "Seorang digugurkan, 2 ADUN PN dilantik barisan EXCO penggal baharu Perlis". Berita Harian. 16 November 2023. Dicapai pada 11 April 2024.
- ^ "Tiga ADUN Perlis dilantik sebagai Exco, dua Exco sedia ada digugurkan". www.astroawani.com. 25 November 2024.
- ^ "The Star Online GE15 Perlis results". election.thestar.com.my.