Untuk kegunaan lain, sila lihat: Nangka (nyahkekaburan).

Nangka (Jawi: نڠک ; nama botani: Artocarpus heterophyllus)[5][6] merupakan spesies pokok dalam keluarga Moraceae serumpun dengan kertau dan bertaburan asal di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya di Uganda dan Mauritius, termasuk juga di keseluruhan Brazil.

Nangka
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
A. heterophyllus
Nama binomial
Artocarpus heterophyllus
Sinonim[4]
Pokok nangka

Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara. Ia mula ditanam orang Austronesia di pulau Jawa atau Semenanjung Melayu.[7]:118

Botani

sunting

Ia sangat sesuai tumbuh di tanah rendah tropika. Pokok nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia.[8] ia tumbuh mencapai ketinggian 9-21 meter[9] dengan batang yang tebal 20 inci (50 cm) diameter.[10] Helai daunnya berbentuk bujur dengan ukuran 22.5 sm panjang, permukaannya keras dan berkilat.[9]

Buahnya besar dengan ukuran 20-90 sm panjang dan 15-50 sm lebar dengan berat sehingga 50 kilogram. Kulitnya keras dan berbintil yang bertukar warna hijau atau kuning apabila masak. Seulas nangka mengandungi sebiji benih berukuran 2-4 sm panjang dan 1.25-2 sm tebal diselaput berwarna kuning dan berbau wangi seperti nenas atau pisang.[9]

Penanaman dan ekologi

sunting

Nangka telah memainkan peranan penting dalam pertanian India berabad lamanya. Jumpaan arkheologi di India telah menunjukkan bahawa Maharaja Ashoka Agung (274–237 BC) menggalakkan penanaman arbori-horticulture bagi pelbagai pokok buah termasuk pokok nangka. Varahamihira, pakar kaji bintang India, pakar mathematik, dan astrologi, menulis satu bab mengenai rawatan pokok di tempatnya di Brhat Samhita. Treatisnya termasuk rujukan khusus mengenai cantuman yang dilakukan pada pokok seperti nangka.[11] Pokok nangka matang dalam 35–40 tahun, kayunya boleh digunakan bagi menghasilkan perabut. Selain itu kayu nangka menjadi pilihan untuk di buat alat bunyian, termasuk beduk. kompang dan sebagainya. Getah semulajadi dari pokok nangka digunakan bagi membaiki lubang kecil pada periuk. Di Kerala (India), pokok nangka menyokong batang pokok lada hitam yang memanjat. Dengan itu batang pokok nangka di Kerala biasanya dilitupi dengan daun hijau gelap pokok lada hitam yang dituai petani.

 
Gambaran saiz nangka. Daun lada hitam yang gelap juga dapat dilihat

Pokok nangka dianggap sebagai spesies ceroboh di Brazil, terutamanya di Taman Negara Hutan Tijuca Rio de Janeiro. Sebahagian besar hutan Tijuca merupakan hutan kedua buatan, yang penanamannya bermula sejak pertengahan abad ke-19, dan pokok Nangka merupakan sebahagian tumbuhan taman tersebut sejak ia diasaskan. Masa kini, spesies ini membiak melampau, kerana disebabkan buahnya, apabila masak gugur ke tanah dan terbuka, menjadi makanan kepada mamalia kecil seperti “common marmoset” dan coati. Biji benihnya disebarkan oleh haiwan ini, yang membenarkan pokok nangka tersebar meluas berbanding spesies pokok tempatan. Tambahan lagi, marmoset dan coati juga merupakan pemangsa peluang kepada telur burung dan anak burung, pokok nangka membekalkan bekalan makanan yang membenarkan mereka semakin membiak, yang menyebabkan kesan negetif kepada populasi burung tempatan. Antara 2002 dan 2007, 55,662 anak pokok nangka telah dimusnahkan di kawasan Hutan Tijuca sebagai sebahagian usaha pengawalan sengaja oleh pengurus taman.[12]

Perdagangan

sunting

Di luar kawasan Negara asal, buah nangka segar terdapat di pasar makanan Asia terutama di Filipina. Ia juga ditanam secara meluas di bahagian persisiran Brazil, di mana ia dijual di pasar tempatan. Ia terdapat sebagai ditinkan dalam sirap gula, atau dibekukan. Cip nangka kering dihasilkan oleh banyak pengilang. Di utara Australia, terutamanya di Daerah Utara Darwin, Australia]], nangka boleh di dapati di pasar pengeluar terbuka semasa musim kering. Di luar Negara di mana ia ditanam, nangka boleh didapati sepanjang tahun samaada ditinkan atau dikeringkan. Musim matangnya di Asia adalah pada akhir musim bunga hingga akhir musim panas.[13]

Buah Nangka

sunting

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut".[14] Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa.

Variati Nangka di Malaysia

sunting

Terdapat beberapa klon kultivar Nangka yang disyorkan untuk ditanam:-

Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan didaftarkan pada 8 Februari 1973. Mempunyai buah yang besar dengan berat 10 kg sebiji dan berbentuk bulat. Kulit berwarna hijau kekuningan dan sederhana tebal. Durinya kasar dan jarang. Ulas besar dan banyak dan bijinya besar. Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan bertekstur halus. Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis.

Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973. Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm. Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal, banyak getah dan durinya rapat-rapat. Ulasnya sederhana besar dan berbentuk bulat. Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal, rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami. Bijinya kecil.

Klon J 32 didaftarkan pada November 1997. Bentuk buah bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat. Saiz sederhana besar, berduri padat dan beraroma sedikit. Warna isi kuning oren, tebal, saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair.

Sesuai dimakan mentah. Pembiakan secara tampang.

MASTURA (CJ-USM 2000)

sunting
 
Bandingan saiz nangka madu MASTURA dengan badan seorang manusia.

MASTURA merupakan satu kultivar baru buah nangka yang terhasil daripada penyelidikan pakar saintis dari Universiti Sains Malaysiaselama 16 tahun.[15][16]

Pembiakan

sunting

Nangka ditanam melalui biji, cantuman atau kultur tisu.

Khasiat

sunting

Pemakanan

sunting

Buah yang masak dimakan mentah atau dibuat jem, jeli, acar, dodol, pengat atau ditinkan. Isi nangka muda boleh dimasak gulai lemak, kari, kerabu atau direbus sebagai ulam.

Perubatan

sunting

Biji nangka boleh direbus dan dimakan atau dihancurkan menjadi tepung yang boleh dicampur dalam air untuk diminum bagi mengubat penyakit kelebihan hempedu. Bijinya juga dipanggang dan dimakan sebagai tonik kelamin.

Kayu dari pokok nangka digunakan bagi penghasilan alatan muzik. Di Indonesia ia membentuk sebahagian dari peralatan muzik gamelan dan juga di Filipina, kayu lembutnya dijadikan badan kutiyapi, sejenis seruling bot Filipina. Ia juga digunakan bagi menghasilkan Veena, sejenis peralatan muzik bertali India dan dram Mridangam dan Kanjira, kayu kuning keemasan dengan urat yang cantik turut digunakan bagi menghasilkan perabut dan rumah di India. Kepingan kayu berhias yang dikenali sebagai Avani Palaka dihasilkan dari pokok nangka digunakan sebagai tempat duduk sami semasa istiadat Hindu di Kerala.

Kayu nangka digunakan secara meluas bagi penghasilan perabut, pembinaan pintu, tingkap, dan atap.

Teras pokok nangka digunakan oleh sami hutan Buddha di Asia Tenggara sebagai pewarna, memberikan jubah sami pengikut tradisi itu warna perang muda yang berbeza.[17]

Kepentingan budaya

sunting

Nangka merupakan satu dari tiga buah mewah Tamil Nadu, bersama mangga dan pisang.[18]

Rujukan

sunting
  1. ^ Spesies ini digambarkan dalam Encyclopédie Méthodique, Botanique 3: 209. (1789) by Jean-Baptiste Lamarck, di bawah nama sudah diterima umum Artocarpus heterophyllus (kemudian sebagai heterophylla) daripada satu spesimen dikumpul oleh ahli botani Philibert Commerson. Lamarck berkata bahawa buah tersebut berasa kasar dan sukar dihadam. Larmarck's original description of tejas. t.3. Panckoucke;Plomteux. Dicapai pada 23 November 2012. On mange la chair de son fruit, ainsi que les noyaux qu'il contient; mais c'est un aliment grossier et difficile à digérer.
  2. ^ "Name - !Artocarpus heterophyllus Lam". Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 2012-11-23.
  3. ^ "Artocarpus heterophyllus". Tropicos. Oktober 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2012. Dicapai pada 21 Jun 2010.
  4. ^ "Artocarpus heterophyllus Lam". World Flora Online. World Flora Consortium. 2023. Dicapai pada 3 September 2023.
  5. ^ "Senarai Pokok-Pokok Buah-Buahan Dan Pokok-Pokok Sumber Makanan Fauna Khususnya Burung (Yang Tidak Boleh Ditebang)". Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. 2006. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  6. ^ Index to Scientific Names of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names (PDF). Persatuan Pengujian Biji Benih Antarabangsa. n.d. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 September 2023.
  7. ^ Blench, Roger (2008). "A history of fruits on the Southeast Asian mainland" (PDF). Dalam Osada, Toshiki; Uesugi, Akinori (penyunting). Occasional Paper 4: Linguistics, Archaeology and the Human Past. Kyoto, Jepun: Indus Project. m/s. 115–137. ISBN 9784902325331.
  8. ^ "Jackfruit, Breadfruit & Relatives". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2009. Dicapai pada 21 Jun 2010.
  9. ^ a b c Morton, Julia F. (1987). Fruits of warm climates. West Lafayette, Indiana, AS: Center for New Crops & Plant Products, Purdue University Department of Horticulture and Landscape Architecture. m/s. 58–64. ISBN 0-9610184-1-0.
  10. ^ "Jackfruit". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2014. Dicapai pada 21 Jun 2010.
  11. ^ Science in India with Special Reference to Agriculture P.M. Tamboli and Y.L. Nene
  12. ^ Livia de Almeida, "Guerra contra as jaqueiras" ("War on Jackfruit"), Revista Veja Rio, May the 5th.2007; see also [1]
  13. ^ http://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/jackfruit_ars.html#Season
  14. ^ [2] Diarkibkan 2009-04-13 di Wayback Machine General information, Department of Agriculture, State of Bahia
  15. ^ [http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm Mastura buah nangka terbaik Oleh RIZAM ZAKARIYA.]
  16. ^ NANGKA MASTURA ULASNYA LAZAT,KUNING KEEMASAN.[pautan mati kekal]
  17. ^ Forest Monks and the Nation-state: An Anthropological and Historical Study in Northeast Thailand J.L. Taylor 1993 p218
  18. ^ Subrahmanian N, Hikosaka S, Samuel GJ (1997). =triad+of+famous+auspicious+fruits&hl=en&ei=XcmnS5GHEsqGkAXcie2CAw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CDoQ6A EwAA Tamil social history Check |url= value (bantuan). m/s. 88. Dicapai pada March 23, 2010.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting